Nov 16, 2009

Hari Istimewa

SELAMAT HARI JADI MAK:)

Sep 20, 2009

Apa Aku Buat Sewaktu Hari Raya Pertama(Edisi Ucapan Atas Talian)

Seperti tajuk di atas aku buat perkara-perkara seperti ini sebentar tadi(kemaskini sehingga pukul 1.14 pagi waktu Middlesborough):

1.Telefon mak abah lepas tu komplen macam mana tak seronoknya beraya di tempat orang.Seperti biasa abah akan cakap 'tak ada apa-apa lah' lepas tu letakkan telefon.

2.Mesej cinta.Tak dibalas,tak ada kredit agaknya.

3.Lama sedikit telefon cinta.Tak diangkat.Pergi mandi kot.

4.Telefon Jiha ucapkan selamat hari raya.Aku selalu akan kacau makcik kenit ni setiap kali raya.Tak pernah miss.Gosip-gosip pasal Teha kejap pastu letak telefon.

5.Telefon Izzat.Kawan punk paling akrab dalam dunia.Cakap-cakap pasal The Strokes dan bola sikit lepas tu ucapkan selamat hari raya dan hang up.

6.Mesej Cik Ash kacau dia tidur.Berlagak-lagak plus perasan-perasan diri sendiri sendiri cute lepas tu minta diri nak tidur.

7.Telefon Teha.Tanya pasal gosip yang ditabur tadi(baca point nombor 4).Lepas tu dia cakap dia nak kahwin lagi dua minggu.Dah lah tarikh nikah sama macam harijadi aku.

Hari raya di Malaysia memang meriah.Tadi aku ada pergi majlis sambutan malam raya di rumah Abang Hafiz.Ada makan-makan sikit dan takbir raya.Simple je tapi agak menusuk jiwa sebab beraya jauh.Esok ada juga lagi gathering raya tapi aku pasti dekat tempat sendiri lagi best.

Satu lagi fun fact tentang diri sendiri,sepanjang umur 23 tahun hidup;kalau aku berada dalam sebarang hubungan,tak pernah lagi pasangan aku akan angkat telefon aku sewaktu pagi hari raya pertama.Samada ini satu sumpahan atau aku memang annoying kacau orang pagi-pagi raya.Haha!

Sep 18, 2009

Apa Ada Raya Tahun Ni?

Puasa dah hampir tamat.Tak lama lagi boleh lah aku membelek redtube.com.Lama sangat rasanya aku tinggalkan benda tu.Bertambah ceria lah sedikit hari-hari aku lepas ni.Puasa kali ni agak menduga segala kesabaran,iman atau fizikal dan mental.Tak terlepas dari ujian dari tuhan.Tapi walaupun macam mana,fizikal aku tetap berubah.Ketika kawan-kawan lain jatuh 2-3 kilogram,aku pula sibuk naik 3 kilogram.Buat penat je tahan lapar.Bertambah gemuk ada lah.Tapi nasib ibadah terjaga.

Sekarang di Middlesborough tengah di awal musim luruh.Keadaan dia sejuk sampai ke tulang.Sudah lah heater dalam bilik aku nazak,mati segan hidup tak mau.Jadi keadaan agak sejuk dan memeritkan.Beraya dalam sejuk lah aku kali ni.

Persiapan untuk hari raya aku kali ni agak sederhana.Tiada apa pun yang di beli kecuali sehelai baju Union Jack.Ya raya aku kali ni berprinsip punk-rock;moden habis!Sebenarnya aku tak ada mood untuk menyambut Aidilfitri kali ni.Ya lah,kali pertama jauh dengan keluarga dan kawan-kawan.Sejuk je lagi pulak.Rasa macam nak terajang je sesiapa yang hinggap depan mata.

Raya aku kali ni pun agak malap sebab aku dah mula sibuk dengan research dan assignment.Minggu ni saja tiga report nak tulis;dah lah sejuk,nak menghadap laptop lagi.Ketar-ketar menahan marah je aku.Dengan dua presentation lagi,memang sayu aku sambut raya.

Kali ni pun aku agak mengalami masalah wang.Bayangkan dalam tangan sekarang ni pun hanya ada sepuluh pound.Fiver karang buat topup,fiver lagi aku buat duit makan.Gila sedih raya bengkrap-bengkrap.Kalau ada kawan-kawan yang sudi,tolong lah email aku minta nombor akaun aku di sini.Nak juga aku merasa raya seperti kau orang.Tapi sekali lagi aku laki tabah,tak mudah hilang fokus dalam hidup.Kita kena cool.Nanti-nanti ada lah tu.

Kami di sini menyambut Aidilfitri dalam hari ahad.Agak awal dari kau semua yang tinggal di Malaysia.Padan muka(haha!).Aku mungkin akan berangkat ke Durham untuk sambutan raya dengan pelajar Malaysia di sana.Ya raya aku agak sayu berbanding kemeriahan yang kau orang rasa di Malaysia.Baru sekarang aku faham apa maksud Sudirman waktu dia nyanyi Dari Jauh Kupohon Maaf.

Malaysia memang rock.

Sep 11, 2009

Air Mata

Selamat 11 September 2009.Hari ni merupakan sambutan kepada kemusnahan yang semua orang tau;simbol manusia tamak.Hari ni hari yang akan sentiasa dikenang sebagai hari kesedihan.Walaupun tidak aku,tetapi masih ada manusia yang meratapi kehilangan saudara mara mereka dan kehilangan ramai nyawa manusia sebagai individu yang berhak untuk hidup.

Memang tidak ada pemenang dalam setiap konflik.Hanya darah dan air mata.Mungkin ada orang berdiri teguh mengatakan mereka menentang imperialis.Ada yang mengangkat tangan mengatakan mereka perlu untuk mempertahankan negara mereka.Tapi apa yang pasti,3,017 nyawa melayang pada tarikh ini tahun 2001 yang lalu.Hari itu juga mengubah sejarah dunia.Hilang sudah Baghdad,Kabul akhirnya di tawan.Semuanya angkara tamak dan haloba manusia.

Tiada siapa pemenang dalam setiap konflik.Hanya air mata dan darah yang akan menitis.Selain itu hanya lah bayangan kuasa manusia tamak.Tamak dari segi ideologi dan kuasa.

Aug 20, 2009

Pedas Pedas

Masalah utama di sini adalah mencari makanan yang masuk dengan citarasa aku.Aku bukan lah seorang yang cerewet atau taste bukan-bukan.Cuma kadang-kadang tu,aku mahukan rasa Malaysia.Segalanya ada;pedas,masam,masin,manis,pahit.Tak perlu lah nak rasa semua tu,cukup lah kalau aku dapat jumpa masakan pedas yang mampu buat aku menangis.Tetapi kebanyakkan masakan di Middlesborough ini adalah masam dan masin.Itu saja yang aku dapat rasa sepanjang di sini.Sos cili di sini pun rasanya masam.Sudah apa hal kan?

Jadi aku dan hommies cuba mencari cara baru untuk high dengan pedas.Makanan ruji kami kalau sama-sama berkongsi duit adalah pizza.Dan setiap kali kami akan beralih dari satu kedai pizza ke satu kedai pizza yang lain.Bajet nak cari rasa pedas yang menusuk sanubari la konon-konon.Minggu lepas kami membeli satu pizza ni.Tulis kat kotak dia,pizza paling pedas dalam town.Dia punya topping pun kemain.Chilli,Jalapenos,yada yada.Memang class A lah dari segi presentation;Merah Berdarah!Tapi bila di makan,rasa macam mengulum gula-gula.Tak feel langsung.Ptuih!

Semalam aku dengan Hasnol nak cuba pizza kat satu kedai ni.Sudah seminggu kami membuat pemantauan drastik.Aweknya boleh tahan tapi pizza tak tahu apa cerita lagi.Harga pun macam biasa lah,mana-mana pizza kat England ni memang murah.Jadi kami pun order lah pizza yang paling pedas dia boleh offer.Aku pula tambah sebiji burger 1/2 pounder sebagai pencuci mulut.Kami bawa balik pizza tu dan tersangat-sangat lah terkejut apabila tengok tak ada lah gempak mana pun.Topping entah kemana-mana.Presentation memang hancus.Ni kalau nampak kat kawan aku si Anip yang kerja chef tu,mesti dia sedih tersedu-sedu.

Tapi bagaikan all hell broke loose.Rasa pizza tu pedas bagai nak mati.Hasnol semalam dah beberapa kali teguk air.Aku yang bajet jantan pun berair-air mata sebabkan pedas dan mengenangkan kampung halaman.Memang tak pernah makan pedas macam itu sekali,memang terbaik lah pizza kak long tu buat.Apa setan dia pakai tetap menjadi misteri alam.Paling tak boleh nak blah,pizza tu bukan saja buat aku menangis tetapi ia juga menyebabkan kecederaan fizikal yang serius.Entah macam mana adik kat bawah tu pun turut menerima akibatnya.Pedas tu rasa sampai ke bawah.Bukan-bukan sungguh pula aku rasa.Tapi semalam memang bahang lah dia.Panas je rasa.Sebelum aku tidur,aku pesan kat Mahdar dan Hasnol;

'Agak-agak aku jerit malam karang,kau orang tolong telefon kan NHS eh?Risau pula kot-kot berdarah tiba-tiba benda ni'

Pagi tadi aku bangun dah tak rasa bahang sangat.Ok lah sikit aku rasa,tak terseksa macam semalam.Cuma sekarang ni,dia macam bengkak.Eh kejap,tak ada masalah kot.Sebab dari azali dia memang bengkak macam itu.

Aug 17, 2009

Tidur Sebelum Lampu Buka

Apabila terkurung dalam rumah dan tanpa berbuat apa-apa semua manusia boleh jadi gila atau hampir gila.Bagi aku,aku dah gila.Tekanan yang bukan-bukan membuatkan aku terasa macam nak lompat laju-laju lepas tu shuffle.Sudah lah bahan-bahan toksik nak beli kat sini kena pakai ID.Apa pakai passport saja tak boleh ke?

Tapi dalam tekanan mental ni,aku berjaya membuatkan diri aku teringat kenangan lama.Rupa-rupanya aku pernah masuk pertandingan lakonan peringkat daerah.Hebat juga aku dulu-dulu.Jangan tak tau.Sebab tu Cinta aku selalu cakap aku ni drama queen.Memang bakat di kesan ketika muda.

Waktu tu aku baru umur dalam 16 tahun;tingkatan empat.Tiba-tiba saja aku,Izzat,Andika dan beberapa budak perempuan kelas aku kena panggil dengan Cikgu tengkuk.Yeah kami memang hebat kalau tak menghormati cikgu-cikgu ni.Nasib ilmu dia halalkan setiap kali hari guru.
Tu baru kami bagi nama Cikgu tengkuk,ada saja lagi nama-nama cikgu berasaskan organ badan yang tak boleh disebut di sini.

Di pendekkan cerita,kami dikumpulkan untuk membentuk pasukan drama untuk dipertandingkan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.Skrip asal drama tersebut adalah berbentuk drama tarian.Aku pula di pilih sebagai watak utama.Biasa lah,muda-muda dulu badan tengah sasa macam Fahrin Ahmad.

Tapi skrip terpaksa diubah memandangkan aku tidak pandai menari.Gila lah,tukar skrip tuu bukan tukar pelakon.Nampak sangat aku ni hot stuff waktu sekolah dulu.Memandangkan lagi dua minggu pertandingan tu dan skrip pula baru ditukar,kami terpaksa playsafe dengan hanya membuat pantomin.Senang nak berlatih dan senang nak kuasai.Pelakon pun tak payah nak hafal skrip.

Aku jadi watak suami yang mendera isteri,Shantanu menjadi isteri aku,Izzat menjadi doktor,adik Latifah menjadi skandal aku manakala Latifah dan Andika menjadi watak bunian.Eh bunyian-bunyian;seperti suara pelakon,pintu dan suara pokok.Setiap hari kami dipanggil berlatih dan tanpa banyak bunyi kami cuba memenuhi kriteria watak.

Pada hari pertandingan,kami tengok sekolah lain kemain sungguh persediaan dia.Dengan bendera-bendera,pasukan dikir barat,awek-awek cheerleader.Prop kami simple je.Tali pinggang dari seluar aku dan paling bercostume terhebat pun Izzat je.Tu pun sebab dia jadi doktor.Dia pakai baju makmal pinjam cakap sama kau.Walaupun kami dikenali sebagai underdog tidak berprops mahal tapi moral pasukan kami tetap utuh.

Bila saja tiba masa kami,masing-masing menunjukkan komitmen watak yang jitu.Ada satu scene tu,memang aku pukul Shantanu sampai lebam pipi dia.Tu baru aku hentak pakai tali pinggang,apa lah kalau aku guna pinggang.Mau lepak ICU lah dia.Secara purata persembahan masing-masing adalah terhebat.

Tapi masih kami tak mampu menang.Setakat nombor empat saja.Ok lah tu dari tempat kesembilan.

Selepas itu kami pun balik kepenatan.



Aug 10, 2009

Mencari Kesimpulan

Di England,tak banyak perkara untuk dibualkan kecuali cuacanya.Satu hari ia akan hujan sepanjang hari dan hari kemudiannya mungkin akan panas sampai aku nak tidur pun susah.Tempat aku takkan dilitupi salji walaupun pada musim sejuk.Aku pernah sekali je tengok salji turun,itu pun tak sampai lima belas minit.

Kebanyakkan hari,sama ada ia akan hujan ataupun panas.Aku pun dah bosan bercakap tentang cuaca di sini.Tapi apa pun aku boleh buat.Nak bercakap tentang pasukan bolasepak Middlesbrough,baru hari tu lawan Sheffield United pun seri.

Nasib lah dah nak masuk kelas bulan depan.Tak lah menderita parkinson sangat kalau bosan-bosan.

Aug 3, 2009

Raksasa

Cuaca sudah jadi makin sejuk.Aku pun mula jadi makin lapar.Ah bila je pun aku tak pernah lapar?24 jam 7 hari seminggu dok asyik lapar je.Patut lah tak kurus-kurus macam sweet 17 dulu.Setiap malam sebelum tidur,cita-cita nak berjogging tapi hampas.Semangat je lebih,dapat jumpa bantal;semangat ke mana,semua ke mana.

Tahi.

Sekarang dah nak mula balik jogging pagi aku.Sebelum puasa dan sebelum raya,aku kena fit.Sebab aku pun dah mula nak buat research paper dah.Ni asyik penat je,mood pun tak ada apa pun tak ada.Tak siap research paper memang la tak boleh balik.

Memang bye bye lah Perhentian.

Tahi.

Aug 1, 2009

Tidur Petang Lebih

Aku baru saja tengok filem V for Vendetta di tv tadi.Seperti semua yang pernah tengok cerita tu,ia melambangkan bagaimana masyarakat di Neo-Britain cuba untuk melumpuhkan sistem kerajaan yang bersifat totalitarian.Isi filem tu agak berat dengan ideologi-ideologi radikal untuk membentuk masyarakat yang lebih adil dan saksama.

Secara kebetulan pula,hari ini di Malaysia pula masyarakatnya bangun menentang ketidakadilan kerajaan.Sahutan revolusi bergema di tengah-tengah Kuala Lumpur hari ni dan tampaknya rakyat Malaysia tidak lah hanya duduk melangut apabila ditekan dan dinafikan hak sebagai masyarakat bebas.

Ramai orang mengutuk dan mengeji.Kata mereka,perkara ni tak lebih dari berunsurkan politik dan menyusahkan rakyat.Tapi kita kena ingat dan letak ini semua dalam kepala,negara kita kononnya negara yang berpegang teguh kepada demokrasi berpelembagaan.Tapi selama ni,pernah ke kerajaan kita ambil pusing apabila kita menyuarakan perkara secara aman?Dan kita kena ingat lagi satu,kita tak pernah ada kerajaan pusat lebih dari satu.Mereka saja yang kita ada sejak 52 tahun dulu.Mereka saja yang kita selalu adukan segala masalah dan hanya mereka yang tahu apa yang rakyat nak selama ni.

Bagi mengubah sesuatu,kita harus menekan dan terus menekan supaya mereka tahu,kita pilih mereka bukan untuk tidur dan bermimpi.

Tapi kasihan pula Cinta aku tak dapat pergi Sogo hari ni.Kau orang punya pasal lah semua ni.Buat polis tutup jalan je.Cuba la kau orang buat waktu malam ke?

Jul 31, 2009

Cerobong Asap

Aku orang yang optimis.Mungkin juga seorang yang sangat sangat positif.Hidup penuh keyakinan je.Buat apa yang aku percaya dengan sepenuh hati tanpa fikirkan apa keputusannya kemudian.Serius siapa yang rapat dengan aku,akan cakap aku macam tu.

Tapi kadang-kadang tu,sempadan optimis aku dan over confident agak tipis.Ni abah aku la selalu cakap, 'Hidup jangan over confident sangat,nanti tak dapat hati kecewa'.Banyak kali juga aku macam ni.Aku berusaha bersungguh-sungguh dan mengharapkan keputusan dia juga akan sepadan dengan usaha.

Tak semua akan jadi sepadan dengan usaha kita.Kita boleh merengek,kita boleh mengharap,dan kita boleh berusaha.Tapi tak semua akan ikut kehendak kita.Aku tak pernah salahkan nasib.Kalau ada,ada lah dia.Cuma aku takkan mengalah selagi tak dapat sebarang keputusan.Tapi bagi aku tak apa lah kalau sakit hati sebab over confident atau apa-apa;sebab aku tau---kalau pun aku mati,aku tak pernah mati tanpa berusaha.

Jul 26, 2009

Buka Tin

'Puasa dah nak mai ni'.

Mak aku pesan dalam telefon hari tu.Eh pulak?

'29 ka 22 haribulan lapan agaknya' dia cakap lagi.

Eh?Selama ni aku ingat bulan sembilan baru nak mula.

Nasib mak aku cakap awal.Sebab aku tak jangka pun puasa akan datang secepat.Masa dah makin bergerak pantas.Ok lah agaknya.Bila di congak balik,ada ke rongak-rongak dalam puasa aku?Kalau tak salah dulu pernah ada empat hari.Tu pun dah macam 4 tahun lepas;sebab aku demam panas.Tapi gua dah cover baik punya.

Kali ni aku memang pasti,suasana akan jadi lain.Takkan ada lagi nugget ayam Ramly waktu sahur.Takkan ada lagi tau fu fa waktu buka puasa.Tak ada trip lima kali mak aku ketuk bilik atau tengok ada orang kena sembur air spray seterika.Aku pun tak payah nak ulang-alik ke rumah kawan-kawan buka puasa.

Puasa aku kali ni pun akan jadi lebih panjang.Sumpah dia akan jadi sangat panjang.Bayangkan di sini subuh antara pukul 2 pagi dan waktu maghrib pula di antara pukul 9.30 malam.Memang la slim melim jadinya aku nanti.

'Gila vain puasa 19 jam!' aku shout out kat ym Azim hari tu.Dia seronok lah,musim panas ni dia dekat Malaysia.Balik nak kahwin kata dia.

'Eleh kau,tu baru kat Middlesborough,cuba kau puasa dekat kutub selatan.Maunya kena puasa enam bulan terus menerus' Azim cuba buka cerita.(untuk info, klik sini,ke klik kat perkataaan klik.pandai-pandai kau lah).

Tak apa lah Azim.Nasib setahun je dekat sini.Nanti bila aku dah balik,puasa-puasa macam ni dapat pergi pasar ramadhan Gombak batu empat memang layan oh.Dia punya popia basah boleh buat orgasm.Tapi buat masa ni,kita layan buka puasa kat masjid Pakistan dulu.Dengar cerita setiap kali buka puasa,dia hidang nasi beriyani.



Jul 25, 2009

Dalam Kenangan




Sedang aku bosan-bosan melayari internet,aku mendapat berita bahawa salah seorang pengarah tempatan yang aku suka meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.Memang agak mengejutkan.Aku ada juga dengar yang dia dimasukkan ke hospital,tapi aku tak menyangka yang ia mampu meragut nyawa dia.

Aku pasti semua orang kenal kepada Yasmin Ahmad.Kerana beliau lah kita berasa gembira,sedih,dan sebagainya.Filem-filem yang di arahkan beliau adalah antara yang terbaik untuk aku.Karya-karyanya walaupun bersifat agak santai tetapi ia masih menunjukkan suasana Malaysia yang moden, 'comel',dan berani.Jauh lari dari filem-filem konvensyenal Malaysia yang lain.

Kita semua tersenyum bila kita melihat keletah Kak Yam dan kita menitiskan air mata apabila Jason terbaring diatas jalan bergelumang dengan darah.Iklan-iklan yang di arahkan beliau juga sangat menarik hati apabila banyak isu masyarakat digunakan untuk memupuk nilai-nilai murni.

Sebenarnya apabila aku berangkat ke Middlesborough,filem beliau bertajuk Muallaf sudah mula di tayangkan di Singapura tetapi malangnya atas sebab-sebab tertentu,ia tak dapat di tayangkan secepat mungkin di Malaysia.Mungkin aku akan ada peluang berikutnya untuk menonton Muallaf tapi aku takkan dapat lagi menonton buah tangan dari pengarah yang sangat aku kagumi ni.


Jul 19, 2009

Johnny Depp Pun Boleh

Sebenarnya aku dah hampir gila untuk tunggu dan menghabiskan cuti musim panas di England ni.Aku dah pergi hampir seluruh tempat di kawasan North East dan aku jangka tak akan pergi mana-mana lagi selain London.Itu pun bulan November nanti.Tengok Green Day live in concert hoi.Gila teruja ni walaupun tiket yang aku order masih tak nampak bayang.

Aku juga pernah menyuarakan pendapat aku nak menghabiskan baki cuti sekurangnya seminggu di Malaysia dekat mak aku.Tapi dia cakap,'Abah hang nak suruh merantau kat tempat orang'.Aku dah mula rasa ralat kat situ.Adik aku yang masuk PLKN tu pun mampu balik cuti,tapi aku ni sedih saja.Kenapa lah aku tak masuk University of Port Dickson je dulu,senang sikit nak balik rumah ulang-alik.

Bagi menghilangkan rasa bosan aku sempena musim panas ni,selain dari online dan bercinta;aku juga menghabiskan masa untuk menonton tv.Mujur lah rumah aku dilengkapi dengan tv kabel.Jadi tak lah vain sangat nak tengok rancangan-rancangan menarik.Softcore porn pun ada,jangan kau tak tau.Tapi jarang lah aku tengok;bukannya nampak apa pun.

Tapi walau macam mana pun,aku tetap rasa bosan di sini dan oh paling malang sekali, gua sekarang ni tengah nervous breakdown juga.Bukan sebab apa,tapi aku dah bosan duduk rumah tak buat apa-apa.

Rasa nak lepak Hakim seksyen tujuh saja sekarang ni.


Jul 13, 2009

Jul 4, 2009

Hidup Aku Untuk Aku Hidup.

Sewaktu aku kecil dulu,aku boleh di katakan antara cucu yang rapat dan paling hommies sama tok aku.Aku anak sulung mak aku,yang juga anak bongsu dalam keluarga dia.Jadi bila aku lahir,aku boleh di label sebagai cucu paling kecil dalam keluarga.Jadi secara tak langsung,aku pun turut di manjakan oleh nenek aku dan pakcik makcik aku.Gila mewah hidup gua waktu tu,apa minta semua dapat.Nasib waktu tu Proton tak keluar kereta Gen 2 lagi waktu tu.Kalau tak,mesti dah dapat.

Tapi mak abah aku tidak lah manjakan aku sangat.Mereka tegas dengan aku agar tak ada lah aku nak jadi bimbo bila dah besar macam sekarang.Walaupun macam tu,perhatian semua orang tetap terhadap aku.Sikit-sikit Syafiq,sikit-sikit Syafiq;umur lima tahun pun aku dah merasa hidup macam selebriti.Kadang-kadang tu terasa lelahnya.

Lagipun waktu tu aku sekeluarga tinggal dengan tok aku.Agaknya depa dua nak teman tok aku;sejak tok wan meninggal,dia hidup seorang.Seronok tinggal dekat kampung,tambah-tambah lagi bila tengahari.Member paling rapat aku waktu tu nama dia Asrol,dia jiran belakang.Segala aktiviti aku akan jalankan sama dia.Tapi bila aktiviti kena rotan dengan mak dia,aku tarik diri.Tak gemar sangat kena piat tu.Menyengat rasa dia.

Bila aku fikirkan balik bila aku dah besar macam sekarang,rasa tu buat aku rasa bahagia.Tapi sekarang benda tu dah hilang.Rumah tok aku dah jadi bengkel sejak dia meninggal,pakcik makcik aku semuanya makin tua,Asrol tu entah kemana,aku pun dah makin berumur dan tidak lagi di manjai.Aku agak ni lah kot pusingan kehidupan.

-------------------------------

Tak semua benda berkekalan.Dan kita yang tinggal ni,mesti jalan ke depan.Pandang ke belakang untuk buat peringatan.Memang dah adat.


Jun 30, 2009

Tunggu Si Dia Bangun

Dah tiga hari Cinta aku mula bekerja(ikut waktu Malaysia).Dan dia selalu cakap yang dia selalu rindu zaman remaja dia.Dia sangat rindu sewaktu dia menjadi student semua;bebas dari tanggungjawab pendek kata.Tak payah nak fikir bayar duit kereta,tak payah nak fikir nak bayar loan pelajaran(walaupun lambat laun kena bayar juga tapi siapa pun yang akan kenakan tindakan kepada pelajar yang sedang menuntut?).

Eleh ingat dia sorang saja?Aku pun sama.Nasib baik lah aku sekarang masih menuntut tapi lambat-laun aku pun kena keluar ke dunia luar dan rasa segalanya.Segala tanggungjawab,sepak terajang dan kena mengorat;semuanya sudah tersedia untuk dunia masa depan aku.

Umur pun dah semakin meningkat.Dulu aku congak dalam kepala,masih 16 tahun tapi lama-lama ia berubah menjadi 18 tahun.Banyak bezanya.Aku pun kena rancang baik punya perjalanan hidup aku.Mana nak kumpul duit beli Gen 2,mana nak kumpul duit beli cincin tunang lagi(ahaks).Semuanya kena rancang ikut plan terbaik.

Buat masa ni,aku masih mencuba untuk berjaya dalam hidup.Sudah menjadi adat,yang berjaya akan di atas dan memerintah.

Oh no!

Jun 23, 2009

Matahari Matahari

Umur aku sekarang dah cecah lapan belas.Dah tua rasanya.Untuk kehidupan sepanjang ini aku dah capai segalanya.Tapi aku tak pernah anggap semua apa yang aku capai sebagai kejayaan,tak pernah aku rasa sebarang kejayaan total.Aku tak pernah menang trofi pertandingan catur,aku tak pernah menang kejuaraan Grand Slam.Tapi aku berani cakap yang segala pengalaman yang aku kutip dari hidup aku gunakan sebagai pengajaran.Mana satu baik,aku akan simpan elok-elok di dalam kotak memori,yang buruk pula aku akan kutip dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi.

Aku tak pernah sempurna.Ada perkara tu aku akan buat sengaja atau tidak dan menyakitkan hati kau.Ramai yang sakit hati dengan aku,aku tau.Walaupun kau tak boleh buat apa-apa tentang ni,aku harap kau semua lupakan saja kejahatan yang aku pernah buat pada kau semua.Aku minta maaf pada kau semua.Mungkin kau semua anggap segala kebahagiaan yang aku ada sekarang ni adalah hasil usaha aku dengan berbuat jahat pada kau semua.Maafkan aku.

Sekarang aku bahagia.Aku ada keluarga aku,aku ada Cinta aku dan kawan-kawan baik yang tak habis-habis memberi cahaya pada aku.Aku mungkin kaget dalam membalas kembali apa yang dia semua bagi pada aku.Tapi manusia ada masa-masa bodoh dia.Jadi aku harap kau semua tak usah lah berkecil hati pada aku.Aku dah tak jahat macam dulu.Sekarang aku cuma fikir nak menjadi tua bersama kau semua saja.Dan kau juga Cinta.Maafkan aku kalau aku dah buat kau marah sama aku.Kau saja yang aku nak.

Jun 22, 2009

Apa Aku Makan?

'Eh apa kau makan kat sana selalu-selalu eh?Babi-babi ada tak?Nampak gemuk macam babi lah kau sekarang ni'

Seorang kawan aku yang naif tahap nak kena pijak tanya aku lama dulu.Aku pasti kau semua pun nak tau apa diet seharian aku kan?

Sebenarnya aku paling minimal dalam bab-bab makan ni.Satu hari,boleh di katakan tak sampai 2 kali pun aku makan.Sarapan dan makan tengah hari.Makan malam aku jarang ambil,agak-agak madam besar dah bising baru aku akan terhegeh-hegeh teringat nak makan.Tapi makanan halal adalah bukan masalah di sini kerana Middlesbrough ni merupakan pekan yang agak tinggi kehadiran imigran dari Pakistan dan negara-negara Arab.

Jadi setakat nak makan nasi beriyani tu aku masih boleh petik jari lagi.Tapi kalau nasi beriyani gam tu,sampai esok petik pun belum tentu dapat lagi lah kan.Kalau nak beriyani gam,paling afdal kau pergi kat TTDI.Aku kan jauh,mana boleh pergi,jadi nanti balik aku nak kau semua pakat-pakat belanja aku sepinggan dua.Layan weh nasi beriyani gam.

Lagi satu makanan kegemaran aku sementara di sini ialah Fish and Chips.Mitos mengatakan fillet-fillet yang di gunakan untuk hidangan ini ialah ikan Haddock.Tadi aku dah google,muka dia iras-iras ikan Tongsan tapi mana ada ikan Tongsan tinggal dalam laut.Jadi kau panggil saja lah dia ikan Haddock.Semua nak translate,kau ingat aku tak ada kerja?Fish and Chips di sini biasanya akan di goreng kuning dan akan di hidangkan dengan cuka,garam dan sos tomato.

Kemudian di sini juga aku boleh nak dapat ayam tandoori.Ayam-ayam tandoori di sini saiznya lebih besar dari Malaysia.Kalau kat Malaysia tu,lagi kecil ayam tu maka akan lebih mahal lah dia.Tapi di sini,ia akan jadi lebih mahal sebab tukaran asing Malaysia kan lagi rendah dari Pound.Tak kelakar langsung pula.Lantak lah.Tapi aku jarang makan tandoori,di sini atau di Malaysia;sebabnya aku tak boleh makan rempah banyak sangat.Nanti aku panas badan.Bujang-bujang ni panas badan tak baik sangat.

Tapi secara totalnya,kebanyakkan makanan aku terdiri dari makanan orang Pakistan.Dan paling menyedihkan,KFC yang halal hanya terdapat di London.McDonald's memang harapan lah,tak ada langsung outlet yang menyediakan hidangan halal.Bagus lah agaknya untuk aku,sekurang-kurangnya aku tak menyokong ekonomi jahat zionis.Angkat tiga ibu jari untuk aku.

Best.

Jun 14, 2009

Hey Hey Let's Go!

Keadaan musim panas di England agak berlainan dengan keadaan di Malaysia(duh!).Siang malam di sini boleh di katakan sangat pelik.Malamnya akan menjadi sangat pendek,manakala siangnya adalah sangat panjang.Bayangkan matahari hanya akan tenggelam pada pukul 9 malam dan ke atas.Mungkin kerana ini juga lah aku menjadi sangat gemuk di sini.Dalam kepala aku,makan malam hanya boleh di makan bila ia sudah gelap.Dan untuk makan sesuatu hidangan berat pada pukul 10 malam,hanya lah menyebabkan lemak berkumpul dan menampakkan diri kau gemuk.

Cuaca di sini yang nyaman dan kadang-kadang sejuk tu juga kadang-kadang buat aku malas sekali nak berjogging di waktu pagi.Kebanyakkan masa pagi aku di habiskan di atas katil menunggu cuaca menjadi panas dan sesuai.Tapi setiap kali cuaca begitu sampai,kedai Fish and Chips seberang jalan dah mula menjalankan operasi.Jadi,dari berjogging,baik layan Fish and Chips.Sedap juga kalau dapat makan panas-panas.

Kadang-kadang tu,aku hanya boleh merancang.Tapi displin yang lemah buat aku tewas berturut-turut.Nasib Cinta aku tak begitu memandang rupa paras aku.Tapi seboleh-bolehnya nak juga aku nampak hot.Kot-kot dia juga yang bangga kalau agak-agak ada orang tanya;'Boyfriend sapa lah ni handsome sangat?'

Esok nak kena jogging lah!

Tak Semua Benda Selamanya

Hari ni mak aku balik ke Kedah.Satu perjalanan yang tak di rancang;mengejut.Wa Mad aku dalam keadaan yang nazak.Dalam bahasa Kedah,Wa bermaksud yang paling tua dan boleh lah dianggap sebagai pangkat Pak Long.Oh aku ada memori indah banyak sangat tentang dia dan aku sangat sedih.

Ok bye.

Jun 12, 2009

Dia Tengah Marah

Cuti musim panas merupakan cuti yang di tunggu-tunggu oleh semua orang yang berada di negara yang beriklim 4 musim.Waktu ni di mana cuaca menjadi panas mengikut kulit mereka dan secara amnya,segala sektor yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pelajaran akan bercuti.Aku pun turut terlibat juga.Aku ingin balik ke Malaysia tapi aku di nasihatkan untuk tunggu dan menikmati segala panorama yang ada di England.Mana aku nak pergi?Aku tau England besar dan macam banyak nak pakai duit.Buat masa ni,aku ingat nak pelan-pelan jelajah Northeast region.

Kawan-kawan aku sudah ada pun yang balik ke Malaysia bercuti.Aku tengok bukan main melompat terkinja-kinja nak balik.Cis tak tahu ke aku pun cemburu?Aku pun ada mak abah dan Cinta juga di Malaysia.Kalau diikutkan berani,mau saja aku masuk dalam baggage Amin kat bawah ruang tamu tu.Buang semua baju dan masuk.Nasib aku tak berani.

Kemungkinan besar aku akan menghabiskan cuti musim panas aku ke Manchester atau Liverpool.Di situ merupakan tempat yang melahirkan muzik yang selalu berkumandangan dalam lappy aku.Silap-silap haribulan,aku boleh makan fish and chips dengan Steven Gerrard dekat Liverpool.Si Hasnol pula asyik mengajak untuk ke Sepanyol tapi aku kalau boleh alang-alang merantau sampai keluar eropah ingin sekali nak pergi Disneyland Paris,sambil-sambil bercuti situ boleh survey tempat bulan madu dengan Cik Epifah nanti;menyelam sambil minum air orang cakap.

Semua ni masih lagi impian aku.Masa aku ada 3 bulan saja.Terhad untuk pergi mana-mana.Tapi percaya lah yang aku akan berusaha untuk menggembara melihat tempat orang.Entah bila lagi aku nak datang ke sini.

Pelangi

Waktu aku sekolah menengah dulu,aku seorang pengawas yang sangat garang orangnya.Walaupun sedikit garang,tapi aku tak pernah mengabaikan aktiviti ponteng kelas.Tambah-tambah lagi kalau hari tu ada tuisyen kat Pusat Tuisyen Martin.Selalu-selalu kelas tuisyen akan bermula pada pukul 3 petang tapi aku memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam persediaan untuk bermain di Cyber Cafe dan layan mesin kuda sekurang-kurangnya 13 kali larian.Jadi aku akan perlahan-lahan menyamar sebagai pelajar sesi petang.Cara paling mudah ialah dengan mencabut tanda sesi dan berlagak cool.

Selalunya aku akan bermain mesin kuda untuk mencari modal tambang bas ke Pudu.Waktu tu kalau tak salah,bas Intrakota cas kami lapan puluh sen.Agak-agak menang RM 2 pun dah cukup dah.Boleh buat main counterstrike setengah jam,beli roti 40 sen sebungkus dan tambang bas.Kadang-kadang tu tak bayar pun,naik bas terus tidur.Duit bulan-bulan mak ayah kasi,boleh simpan buat pergi gig atau beli kaset punk.

Hari tu aku dengan Azman.Ingat lagi,seminggu sebelum tu aku kena tinggal dengan girlfriend paling garang pernah aku jumpa.Nasib la dia tinggalkan aku.Kalau dia pukul aku dengan kayu besbol?Mana nak cekau duit buat pembedahan plastik.Jadi untuk menggembirakan hati aku yang lara,Azman mengajak aku untuk pergi ke Bukit Bintang.Tak payah masuk kelas dia kata,aku pun mengangguk tanda setuju.Ponteng-ponteng ni aku tak pernah protes.Protes tanda lemah.

Jadi sampai lah kami dua dekat Sungei Wang.Waktu tu tempat tu up sikit.Ada kedai cd tu dia jual vcd Linkin Park live in Texas yang kami tak pernah mampu nak beli.Budak-budak sekolah kerajaan macam kami mana mampu nak pegang duit RM 34.90 pergi jalan-jalan kat Sungai Wang.Dapat beli nasi ayam kat foodcourt tingkat 4 tu pun sudah kira berkemampuan.Tapi sekering mana pun poket aku,aku tetap menyimpan perasaan untuk membeli Adidas Superstar.Baru nampak macam Fat Mike.

Tengah aku membelek kasut kat Al-Ikhsan kat BB Plaza,tiba-tiba datang seorang pakcik ni.Dia minta tisu dari Azman.Dia ni nampak macam baru balik kerja,dengan tali leher dan baju kemeja tuck in.Tak pun dia tengah ponteng kerja,sebab waktu tu baru pukul 3.30 petang.Azman cakap dia tak ada tisu.Pakcik tu kemudiannya menjadi sangat mesra pula,dia suruh panggil dia Uncle Is.Cis nak nama mat saleh je.Dia ajak kami untuk temankan dia kat Mc Donald's Sungei Wang.

Kami yang tengah lapar ni pun apa lagi.Orang mengantuk disorongkan bantal.Kurang-kurang dapat simpan duit belasah addbot esok.Lepas tu Uncle Is mula buka cerita.Dari rumah dia sampai lah ke anak cucu dia.Tapi dia nampak berkenan sangat dengan Azman.Asyik bercakap dan ketawa bersama Azman.Dia yang selama ni banyak bercakap tiba-tiba bertanyakan nama kami.

'Adik dua ni nama siapa eh?' dia tanya.

Aku pandang Azman.Dia pun pandang aku.Tak baik bagi maklumat peribadi dekat orang yang baru kita kenal.Tambah-tambah lagi orang tu muka macam sindiket menjual kanak-kanak.

'Aladdin' jawab Azman selamba.Aku tengok dia sambil nak tergelak.Aku pun fikir nak petik nama Nazir sebelum aku tersedar yang aku masih ada nametag kat dada.Jadi selamba saja Uncle Is tu kenal aku.Uncle Is dah mula menunjukkan taring sebenar.Dia ajak kami untuk datang semula ke sini hari sabtu ni.Dia cakap dia nak belanja kami dua karaoke.Aku dah mula berkerut,lain macam saja ini brader.Dia mula minta nombor telefon Azman.

Lagi sekali Azman buat sial.Dia petik nombor telefon rumah Gembo.Uncle Is salin dan simpan dalam beg dia.Nampak sangat dia suka kat Azman kan?Sebab dia tak minta pun nombor telefon aku.Waktu tu aku dah start pakai handphone tau.Baru nak berlagak tunjuk 3310 baru aku,tapi tak jadi.Selepas lama kat situ,kami masing-masing minta diri.Nanti balik lambat kena syak bukan-bukan pula.

'Kau tengok apa macam bok?' Azman tanya aku.

'Aku pun pelik dengan dia,tiba-tiba je ajak pergi karaoke.Mau dia jual bontot kita waktu tu habis la aku,kahwin pun tak lagi' aku jawab.

'Pastu agak-agak kalau dia telefon rumah Gembo,Gembo angkat bagi salam tak?'aku tanya balik.

Kau semua jangan main-main.Gembo tu ketua pengawas surau sekolah tu.Tiap-tiap pagi sebelum masuk kelas,dia yang baca doa kat perhimpunan tau.

Jun 11, 2009

Awan Biru Buat Aku Gila

Musim panas di Middlesborough bukan lah seperti di rancangkan.Iklim di sini bertukar-tukar ikut suka hati.Kau tak akan rasa panas selamanya dan kau tak akan rasa sejuk untuk masa yang panjang.Bagi menambahkan garam pada luka,ia akan hujan dan angin yang datang bersama hujan akan membawa hawa yang sejuk.Bukan rancangan yang baik untuk kau menjemur kain.Macam aku,sudah masuk tiga hari pakaian aku di ampaian.Esok nak pergi kenduri,apa cerita sekarang ni pergi kenduri doa selamat pakai baju tengkorak?

Ketika aku di Malaysia tak lama dulu,aku pernah menghadiri penerangan ringkas tentang cara hidup di England.Aku di janjikan yang kami takkan di curahkan hujan yang banyak kerana menurut Mr. Norman Paddington,Middleborough atau Teeside berada di Northeast region yang mana kurang mengalami sebarang musim hujan atau lebih di namakan dry area.

Tapi jangkaan aku adalah meleset sama sekali.Hanya penerangan dia tentang cara hidup malam mat saleh di sini saja yang boleh pakai.Mr Norman Paddington tu mana pergi aku pun tak tau.Kalau aku nampak kereta Rolls Royce dia,mesti aku siku side mirror.Sebenarnya cara hidup malam mat saleh sini nampak meriah sekali;kalau di sini disko yang paling hips nama dia The Crown.Setiap kali lalu depan The Crown,mesti aku teringin sangat nak masuk.Tapi wajah comel mak abah dengan Cinta mesti akan muncul dalam kepala.Tu yang buat kadang-kadang aku tarik nafas panjang juga tu nak jengah masuk kepala.

Tapi sekarang ni,disko tak disko.Aku kena cari cara macam mana nak keringkan baju.Kena pakai baju terbaik untuk kenduri doa selamat kat Ayersome Street esok.Mana tau kot-kot ada peraduan King and Queen.Silap haribulan boleh bawa balik hamper Danone.

Masalah Lama Dengan Twist Terbaru

Aku tengah mengalami masalah terbesar dalam sejarah hidup aku;badan aku semakin membesar.Ya aku tau ni masalah lama tapi kali ni ia betul-betul menganggu kehidupan aku.Bila berdiri depan cermin,apa yang aku lihat ialah sepasang tangan sebesar bata,paha sebesar kampit baja,pipi setembam selasih dan gabungan huruf seperti 38 dan F.

Sudah tak handsome macam Tim Armstrong.

Bukan lah aku tak mahu in shape kembali atau apa-apa tapi keadaan sejuk di sini memaksa aku untuk terus makan dan makan untuk mengekalkan suhu panas optimum badan aku.

Cantik kan alasan aku?

Kukuh sungguh.Flawless tahap bukan-bukan.

Tapi aku merasakan aku juga harus menjaga kesihatan aku.Cita-cita untuk memakai skinny jeans sebelum kahwin pun nampaknya masih dalam samar-samar.Takkan lah aku nak cita-cita untuk merasakan bagai mana bebola kacang aku di dakap dengan kain denim hitam tu terhapus begitu saja.Jadi aku kena teruskan usaha untuk melawan lemak di badan.Teruskan berlawan dengan titisan peluh terakhir. Kau semua doakan saja lah kejayaan aku.

Stop your messing around,

Better think of your future.

Time you straighten right out,

Creating problems in town.



A message to you,rudai!

Jun 5, 2009

Tarik Gigi

Hari ni dah menjadi rasmi aku tengah bercuti.Aku dah hantar assignment terakhir Dr. Alan Bell.Periksa pun dah dua hari lepas.Lama juga cuti aku kali ni;mau makan tiga bulan juga lah jangka masa dia.Tapi nasib baik sekarang ni England tengah musim panas,jadi tak la sejuk sangat kalau aku nak main badminton secara beregu depan rumah aku tu.Mana tau,silap haribulan boleh lawan dalam All England untuk pasukan Middlesborough.

Walaupun sekarang ni musim panas,tapi tidak lah mencapai jangkaan anda semua.Ya memang ia akan panas sehingga 32 darjah celcius seperti Malaysia,tapi cuaca begitu tak akan lama.Ada masa tu, ia akan hujan dan suhu akan terus menurun sejuk tahap kebas tangan.Agak-agak kalau jemur kain tu,minggu depan pun belum confirm kering.Kak long-kak long pun jarang keluar rumah time hujan-hujan macam ni.

Sebenarnya aku dah rancang baik punya untuk cuti aku kali ni.Aku dah membuat stok buku-buku untuk kegunaan tiga bulan dan aku mungkin akan menggunakan masa tiga bulan ni cuba menghabiskan dissertation aku secepat mungkin.

Pathetic kan?

Memang pun.

Tapi ni semua jangkaan kasar saja.Mungkin ada tawaran yang menarik menanti aku di kemudian hari.Macam esok pun aku dah mula mendapat tawaran yang bukan-bukan.Esok aku nak jadi urusetia penunggu check point perlumbaan basikal kat Durham.

Tengok.

Siapa cakap cuti-cuti aku tak bersukan?

Apr 27, 2009

Kampung Aku Jauh




'Pergi sana setahun saja.Kawan-kawan lain nak tinggal dengan kerja kat sana tapi saya nak pergi setahun saja'

Setahun saja.Itu perkataan senang,pejam celik semuanya akan jadi ok.Itu apa yang aku rasa dulu,semuanya akan jadi macam ni punya senang macam petik jari.

Setahun saja.Itu yang aku cakap dekat mak,Cinta,kawan-kawan baik,kawan-kawan rapat,kawan-kawan online.Cakap memang senang,dua belas bulan pasti berjalan macam air.Tapi tak semudah ABC macam tu.

Tak sampai setahun aku dah mula rindu segala.

Cinta.
Masakan mak.
Lepak mamak.
Nasi campur.
Ikan keli.
Wayang setengah harga pada hari rabu.

Cepat-cepat lah masa berjalan.

Apr 25, 2009

Rawak


*Gambar Hiasan


Sebagai seorang pelajar,hari-hari aku sangat sibuk.Serius.

Tugas aku hanya bangun pagi,mandi,pergi kelas,balik kelas,pergi perpustakaan,fikir apa untuk makan tengah hari,makan malam (atau mencari alasan tak nak makan malam),marah-marah sebab sejuk sangat setiap hari,gelak-gelak dengan Mahda,telefon Cinta,telefon mak,ber IM dengan Cinta,kutuk Ain Najiha dan tidur.

Monotone kan hidup aku?

Dan aku tau,walau macam mana pun hidup kena sentiasa kemas.Tapi masalahnya aku jarang ada masa nak mengemas bilik.Bilik dah macam tahap gaban teruk.Tongkang pecah atau apa saja kau nak panggil.

Tapi perkara ni mungkin sebab cuaca kat sini sangat sejuk membuatkan aku malas untuk membuat perkara-perkara yang memakai banyak tenaga.

Tengok lah nanti dah panas sikit aku jemur la apa-apa yang patut.

Apr 20, 2009

Bila Aku Sudah Tiada

'Lepas aku balik,kita main post-rock' cakap aku kat Hadi satu hari tu.

Nampaknya macam tak sia-sia cita-cita karat aku tu.Hari ni satu telecaster putih dah sampai rumah.

Cool.

Aku nak cuba main lagu Ramli Sarip lah sekarang ni.Dalam percubaan nak main lagu post-rock,latihan kena mantap.

Apr 13, 2009

Kerjasama.

'Jadi punk lah seronok' tiba-tiba Izzat cakap kat aku.

'Green Day' dia cakap lagi.Muka nak habis ketat saja.Tangan nak buat tanda best juga je.

Waktu tu aku dalam tingkatan dua.Baru pindah lagi masuk sekolah tu.Jadi tak ramai kawan.Dia antara kawan paling rapat dengan aku sampai sekarang.Hommies karat.

Seminggu lepas tu,dia kasi aku pinjam kaset International Superhits dia.Aku belek kulit kaset yang warna serba merah jambu dan putih tu.

'Punk kena garang' dia pesan aku lagi.

'Tapi ada lagu She ni.Jiwang la pula' aku cuba pecah keadaan secara bongoknya.

'Punk kasih sayang' dia cakap.Aku senyum.

Kejap garang,kejap kasih sayang.Mana-mana lah kawan.

Ingat lagi.

Dan dari situ juga lah datangnya aku sekarang.Berkembangnya aku menjadi aku.Ada yang suka,ada yang benci dan ada yang jatuh hati.

Nolstalgia pula bila teringat cerita dulu-dulu ni.

Yeah!



Apr 12, 2009

Rom Tak Pernah Di Bina Dalam Sehari

Tiba-tiba Fahmi buzz aku.

Gila.

Aku mana boleh dengar.Aku pakai Meebo.YM aku kat sini boleh pakai waktu-waktu tertentu saja.Internet lembab.

'Woi budak tunjuk fuck dalam Facebook'

'Yo dawg' aku balas.

'Hang makin tembun aku tengok sejak pergi sana' dia tulis.

'Aku dah gemuk sebelum pergi sana lah' sejukkan hati.

'Girlfriend aku pun cakap aku tak gemuk sangat pun' aku tambah.
.............................................................................

Malam tu aku cerita kat Cinta pasal kawan-kawan cakap aku sudah makin gemuk dan betapa dia cakap aku tak lah gemuk mana;sama macam aku counter statement dari kawan-kawan aku.

'Eh awak ada girlfriend lagi satu ke?' habis sarkastik.

Pagi tadi aku cepat-cepat capai tracksuit dan mulakan langkah.Ahh kena kacau dengan orang putih mabuk pun lantak lah.

Apr 3, 2009

Perbezaan

Sepanjang hidup ni,apabila aku pusing belakang;aku akan dapati perkara yang jarang aku buat ialah berterima kasih pada abah aku.Bukan lah kerana aku ni anak derhaka atau apa,tapi sikap tegas dia buat aku rasa janggal untuk bermesra dengan dia.Aku rasa hormat dengan dia.

Abah aku pun tidak lah suka bertegas tak kena tempat.Cuma aku rasa,memang sepatutnya dia bersikap macam tu supaya anak-anak dia dapat di kawal dan membesar menjadi orang yang berguna.

Aku pernah ingat lagi,sewaktu tu aku masih darjah tiga.Seorang sepupu aku bercerita tentang untuk meningkat naik darjah empat,harga-harga buku akan meningkat dengan sangat banyak,RM 500 macam tu.Bagi seorang kanak-kanak yang suka freak out,aku menangis.Aku takut abah tak ada duit untuk menanggung pelajaran aku selepas itu.Habis lah aku,aku fikir.Kemudian dia datang dan dia pegang kepala aku.Dia cakap dia akan tanggung semuanya.Janji aku hanya akan belajar elok-elok.Lepas tu aku kembali tenang.Rasa seronok bila kau dapat perlindungan yang kau nak.

Tapi aku tetap kecewakan dia.Waktu muda dan darah panas.Banyak kali aku nampak dia kecewa dengan aku.Tapi walau banyak mana sekalipun dia kecewa dengan aku,dia tak pernah putus asa untuk aku.Mahu pun adik-adik aku yang lain.

Walaupun macam mana aku usaha dan apa saja outputnya.Aku tau,abah akan ada belakang aku dan rasa bangga dengan aku.

Apr 1, 2009

Kerja Tak Siap,Tapi Imiginasi Bukan-Bukan

Pukul 1 pagi,Hari Sabtu.

Malam jadi makin sunyi.Kesunyian itu hanya di temani tiang-tiang lampu dan bunyi bising dari kenderaan-kenderaan.Ini lah kotaraya yang tak pernah tidur.Siang dan malam adalah sama.Tetapi keindahannya tetap sama,tidak pernah pudar cantiknya walau sudah berusia beratus-ratus tahun.

Sayup-sayup dari celah-celah lampu kelihatan satu susuk badan.

Dia berhenti di belakang sebuah lorong.

Dia menyalakan sebatang rokok Malboro yang di capainya.Di hisap dalam dan di hembus kuat.Nafasnya masih tercungap-cungap.Rasa nikotin memenuhi kepala,terasa ringan.Rasa khayal itu membuatkan dia terlupa sebentar apa yang telah terjadi tadi.Dia tahu,di sini bukan destinasinya.Masih jauh lagi perjalanan harus dia tempuh.Di lorong belakang ini,dia masih terdedah dengan bahaya.

Dia juga sedar rakan-rakannya yang dia tinggalkan di belakang itu mungkin telah menerima nasib mereka.Azab seksa yang sangat perit.Namun tiada siapa suruh mereka untuk minum dan berkhayal.Dia memang sudah jangka ini akan terjadi.Nasi sudah menjadi bubur.Mujur lah dia tak terlibat sama.

'Aku sudah pesan,jangan buat ni kat luar.Tak guna' dia berdengus kepada diri sendiri.

Kini dia sendiri.Berseorangan untuk cuba mencari tempat yang sesuai untuk tidur atau sekurang-kurangnya melepaskan lelah.Dan tempat itu harus lah tempat yang selamat tanpa gangguan skinhead-skinhead yang mengejar dia tadi.

Dia juga sudah tiada sesen pun tinggal untuk pulang menaiki teksi.Perkhidmatan bas pula hanya akan bermula pada pukul 5.30 pagi.Dia ada hampir 4 jam untuk meneruskan hidup.Dia pasrah.Di belasah sepuluh orang skinhead memang bukan pilihan langsung.Dia duduk sementara memikirkan rancangan paling agung untuk menyelamatkan diri.

Tiba-tiba dalam kepekatan malam itu,kedengaran bunyi but-but Doctor Marten menghempas tar jalan.Keadaan menjadi kaget.Mereka sudah nampak dia duduk di bawah sebatang tiang lampu.

'Jangan menyerah!';tubuh kurusnya memaksa.Dia menghembus asap terakhir dan terus berlari.Puntung rokok separuh terbakar itu di balingnya ke tanah.

Dia tau,kehidupan sebegini ialah pilihan nya.

Dia tau,bahaya sebegini akan sentiasa ada dalam hidupnya.

'Biarlah' kata hatinya.Ini semua sementara;hidup selagi muda,bergembira sebelum tua.

'Ya ini hidup yang aku pilih' dia tersenyum sebelum hilang di sebalik bangunan Times Square yang masih dalam pembinaan itu.

Asap dari rokok Malboro itu masih terus menyala.Menanti saat untuk menjadi puntung,menjadi abu.

Sama seperti adat kehidupan.

Siapa Sangka.



Semua benda adalah tak dijangka.Aku suka hidup aku sekarang.Lagi sekali aku ulang,tapi lantak lah aku nak ulang lapan kali pun.

Aku suka hidup aku.

Ada mak abah,adik-adik,Hunny dan kawan-kawan dan kau semua.

Terima kasih.

Full stop.

Mar 31, 2009

Hey Ho!

Waktu juvana aku lah paling berharga bagi aku.Tidak lah kerana aku gembira membuat onar,tapi sebab waktu remaja banyak mengajar banyak benda;hitam atau putih.Waktu tu pun darah tengah panas,jiwa masih memberontak dan muka tetap maintain cute.

Semua lah benda aku nak cuba dan memang semua benda pun.Dalam banyak-banyak benda extreme yang aku cuba,berlagak dengan awek-awek sekolah/semester awal U di Myspace lah yang paling mendatangkan rasa yang thrill di jiwa,sebijik macam makan nasi aku cakap kau.

Tapi kata orang-orang suka menipu: Sepandai-pandai orang makan rasuah melompat,jatuh muflis juga akhirnya.

Waktu tu,aku tengah 'baik' punya hantar-hantar comment kat seorang perempuan ni.Kalau tak salah,waktu tu dia tengah bercuti semester dan boleh kata,dia akan online hari-hari.

Sebagai lelaki single ketika itu,aku layan kan saja.Muka biar macam tapir tapi hati mau peramah,itulah prinsip hidup aku.Akhir nya aku terperangkap dalam keramahan sendiri.Kalau tak salah aku,macam ni lah kot antara comment tu;

Gadis:Eh anda minat Hujan?

Ah sudah.Dia ni cakap pasal cuaca ke band?

Aku:Suka.Siap dah ada cd dia lagi lah.Haha.Bila lah nak makan cheese cake ni?Pendek aku balas sambil nak tukar topik.

Jiwa nak berontak je.Tak mau mengaku kalah.

Gadis:Oh saya pun minat sangat.Anda suka lagu apa kah?

Ok.Bila aku tengok comment tu,aku dah terus offline Myspace aku.Nasib dia tak ada IM aku.Mau aku kena kejar sampai liang lahad.Perlahan-lahan juga aku rasa hidup aku bagai nak pecah.Ego pula nampak macam terbang-terbang di tiup angin.Mana boleh orang budget underground macam aku ni boleh tak tahu band-band hips terkini kegemaran gadis-gadis.

Aku kena cari apa itu kugiran Hujan sebelum aku boleh masuk Myspace aku semula.Mungkin cd atau kaset mereka mampu memenuhi hasrat terpendam ni.

Ingat lagi,waktu tu dalam tengah tahun 2007.

Aku ingatkan benda ni semudah ABC,tapi rupa-rupanya susah.Daripada sumber-sumber dari abang-abang jual cd kat Pertama Kompleks,Hujan hanya akan jual cd di gig-gig yang depa main saja.Dan tambah memeritkan,tak ada siapa pun kawan-kawan aku kenal band Hujan waktu tu.Mana lah aku nak cari,sudah lah nak tengok Myspace Hujan takut di kesan pula nanti.

Haru-haru.

Tapi bagai dapat hidayah,aku ternampak satu flier gig di Annexxe.Dan tertera situ ada nama Hujan.Aku dah nampak hala tujuan aku.Balik rumah tu,aku telefon Izzat,ajak hommies aku sekian lama tu ikut sekali pergi sana.Dia cakap ok saja.

Hari tu hari Sabtu dan ramai gila orang kat luar Annexxe.Aku tengok masing-masing dah pakai T-Shirt Hujan.Tapi lagi ramai awek under age lah kan berbanding kelas umur yang lain.Cis rupa-rupanya selama ni aku hidup dalam kepura-puraan.Berani aku tak upgrade band kegemaran awek-awek.Marah menusuk ke dalam hati perlahan-lahan.

Masuk-masuk tempat tu,aku dah nampak apa yang aku cari.

EP Kugiran Hujan!

Aku ambil dan nak beli,serius waktu tu aku tak sedar;rupa-rupanya si penjual cd tu Noh sendiri.Aku ingatkan dia tu macam ahli band yang biasa saja.Serius muka dia tak macam penyanyi band mana-mana.Sekeping je muka.CD yang harga rm10,aku dapat rm7 saja.Kononnya tengah ada diskaun.

Waktu tu aku tak berminat pun nak ambil kisah dengan scene indie ni.Pada aku mereka ni hanya macam hip hop,dia datang dan pergi macam tu saja.Scene budak-budak sekolah aku selalu cakap.Tapi memandangkan aku dan geng dah ada situ,aku pun cuba sebaik mungkin nak berwajah indie.Mana tau,sangkut tujuh lapan girlfriend.Kami pun waktu tu masih single dan ibubapa kami pula sangat mendambakan anak menantu.Bagai menyelam minum air lah.Macam orang tua-tua selalu cakap.

Tiba-tiba,crowd yang tadi duduk melayan band-band bosan mula bangun dan bersorak.Oh waktu tu ia macam satu fenomena kot.Sebab waktu tu,memang jarang band tempatan mampu buat macam tu kecuali kumpulan Spin yang penyanyi dia nama Achik tu.Emcee tu melaungkan nama kumpulan Hujan.

And all hell breaks loose.Rupa-rupanya tak rugi petang sabtu aku.Betapa energetiknya Hujan main.Lagu-lagu dengan chord-chord yang simple buat aku cepat sangat jatuh cinta dengan kugiran tu.Patutlah ramai awek suka;tegas aku.

Semua orang bagaikan histeria.Semua melompat dan menari sampai bergegar bangunan cakap kau.Sampaikan ada pihak dari Central Market datang dan menghentikan lagu yang Hujan tengah main tu.Aku tak pasti lagu apa,tapi Hujan dalam lagu ketiga depa hari tu.Pegawai tu suruh kami semua keluar sebab segala aktiviti yang kami tengah buat tu sedang membahayakan struktur bangunan.Kau bayangkan sendiri lah macam mana punya ramai dalam tempat sekecil tu.Mau runtuh la bangunan tu,memang banyak sungguh nyawa melayang.Ramai cakap kau.

Tapi yang paling kelakar,kami hanya di halau keluar.Tak ada sebarang urine test.Sampai sekarang aku masih gelak sebab benda ni.

Jadi semua orang pasrah dan keluar pergi.Aku sama Izzat dan D-Man pun fikir macam tu.Kami cepat-cepat pergi nak mendapatkan bas pulang ke rumah.Apa yang berlaku hari tu menjadi titik tolak aku dan Izzat untuk ikut kemana saja Hujan pergi.Serius cakap.Memang menjadi kegilaan sekejap lah kat kami dua.

Malam tu,aku balik dan online aku punya Myspace.Aku balas comment yang dah dua minggu aku tinggalkan tanpa balasan tu.

Aku:Cik,saya paling suka lagu Hiba.Sedih wei.Sori lambat balas.Lama tak ada internet.

Selalu ada white lies.Cis.

Gadis:Oh seronok lah ada CD dia.Saya pun download dari internet je.

Waktu tu aku terpandang Ares aku dan aku fikir,seriously I need help.Lama sungguh aku jadi bongok.

..................................................................................................................

Video ni aku jumpa kat youtube.Memang hari kejadian dia.Cari lah aku kalau kau jumpa.Aku pakai baju warna hitam.

Mar 29, 2009

Kucing Berlari

Aku dulu paling benci untuk belajar matapelajaran matematik tambahan.Sudah lah belajar matematik pun sudah teruk,ni lagi mau belajar yang tambahan-tambahan dia.Gila tak seronok.

Dulu aku ingat lagi,setiap hari selasa kami akan ada dua masa subjek matematik tambahan sebelum balik dan subjek pendidikan jasmani sebelum rehat.Manakala dua masa sebelum subjek Add Math ialah bahasa Inggeris.

Satu hari selepas penat berpendidikan jasmani,ketua gengster kami Aladdin rasa malas gila nak pergi kelas Add Math.Alasan dia nak pergi tuisyen awal.Dia cakap alang-alang dah buang baju sekolah,apa kata terus balik saja.Nanti leceh nak pakai baju sekolah pergi tuisyen.

Apa significant nak pergi tuisyen pagi-pagi aku pun tak tau.Setau aku kedai mesin kuda buka la pagi-pagi macam tu.

Dia ajak lapan-lapan setan kelas lima Beta suruh follow dia ponteng.Aku tak dapat pergi sebab waktu rehat aku kena bertugas.

Lupa cakap,aku dulu pengawas.

Jadi berambus lah tujuh-tujuh ekor tu panjat pagar.Si Johanes Kumar pun nak panjat pagar juga.Tak padan badan besar macam Undertaker.Nasib tembok tu tak roboh.

Alamatnya bertugas seorang lah aku rehat ni,aku dah berkira-kira.Sebelum diorang pergi,Aladdin dah pesan suruh aku kautim sama Wei Suh,amoi ketua kelas aku.

Aku pun buat lah apa yang Aladdin suruh.Cakap kat Wei Suh semua.Dan paling memeritkan aku kena masuk kelas Add Math sorang-sorang.Sebagai seekor antara lapan ekor setan kat kelas tu,seperti biasa aku jadi easy target.Setakat nak buat fungsi,persamaan linear,pengamiran,vektor memang lah aku tak reti!

Hanya tuhan saja tau macam mana seksa kat depan papan hitam tu.

.....................................................................................

Ingat lagi,pagi besoknya tu tenang saja.Serius tenang.Langit biru,burung-burung berkicauan riang.Miss Maha tak habis puji-puji aku(seperti biasa).Si Scary Dalila pula tak datang sekolah dan secara tak langsung tak mengacau aku.Bendera sekolah pun aku ikat sekali nafas saja.Oh rasa syurga.

Rupa-rupanya itu merupakan petanda paling terhebat dalam karier aku sebagai pengawas.Dalam kelas bahasa Inggeris awal pagi tu,tiba-tiba saja nama tujuh-tujuh setan tu di panggil dengan Mr. Bathianathan.

Lepas tu seorang-seorang di panggil ke depan dan di lempang.Aladdin,Azman,Nazmir,Kamal Nathan,Johannes,Nazir.Semuanya kena lempang tanpa belas kasihan.Muka sekor-sekor pula nak macam tapir je.

Rupa-rupanya amoi tu report kat Mr. Bathianathan yang diorang sengaja ponteng kelas semalam.Plan dah backfire.Nasib dia tak petik nama aku.Kalau tak memang habis lah imej good boy aku di sisi masyarakat.Fuh.

Lepas kejadian tu, sebulan juga lah kena pulau dengan geng-geng tu.Gila betul.Hari-hari kena black mail.Terasa macam Karpal Singh pun ada.Tapi bukan salah aku pun.Si Wei Suh tu yang sebenarnya bersalah dan depa pun tau.


Cuma aku tak pakai skirt sama stokin panjang,aku di sisihkan.

Kesian.

Mar 27, 2009

Kau

Senyum lah cinta,
Kerana itu semangatku,
Walau pun untuk selama-selamanya,
Aku akan tetap tersenyum bersamamu,

Jangan kau bimbang sayang,
Ia hanya untuk sementara,
Biarpun segala nya mendatang,
Aku ada untuk kau demi segalanya,

Cuba untuk senyum sekali lagi,
Kerana bibir mu cantik bak matahari,
Biarpun orang datang dan pergi,
Aku akan bersamamu sampai mati,

Mar 25, 2009

Kelakar Je.

Aku dah delete akaun friendster aku.Tapi ada pula blog lama aku lagi situ.

Coolio.

Eva dan Dani

Apa kata kita biarkan semuanya.

Biarkan Sid Vicious yang mati sebab pengambilan heroin berlebihan di New York City.

Dan jom kita biarkan Ian Curtis yang gantung diri dalam dapur rumah dia di Macclesfield.

Mereka sudah pilih bagaimana hidup mereka yang sepatutnya.Biarkan mereka mati dengan aman sekurang-kurangnya.Pegang saja prinsip Live and Let Live.

Hidup aku lagi selesa dari mereka.Kalau pun tidak,mungkin lebih selamat.Bukan kerana aku sudah tak berani lagi untuk hidup secara radikal,tapi hidup dah semakin nampak tujuan dia.

Hidup dah semakin bermakna.Jadi apa kata kita ambil peluang ni dan hidup secara minima.

Sumpah aku suka hidup aku sekarang.

Muah sikit.

Apa.

Emosi sekarang ni banyak terganggu sikit.Sejak aku dah habis baca buku Touching From A Distance hari tu,banyak deria aku kacau.Hampir jadi paranoia.Tapi aku masih pegang pada jalan yang benar.

Cuaca sejuk dan malap setiap hari buat aku makin rindu dekat kehidupan lama di Malaysia.Serius rindu.Tambah-tambah lagi semua yang aku sayang ada di sana.Mak abah keluarga,Hunny,kawan-kawan semua.

Lepas tu buat pula aku download filem Control.Walaupun dah macam 3 kali dah tengok tahun lepas tapi benda ni tetap kacau hidup aku.Masih bagi impak yang sama pada aku.

Lepas balik Malaysia nanti aku ingat nak ajak Izzat jam lagu Love Will Tear Us Apart lah seround dua.Kot-kot dia ada masa terluang.

Mar 23, 2009

Kuasa Google



Aku ingat lagu ni la lagu first yang meng into kan aku dalam scene indie tempatan.Bukan OAG macam sesetengah orang ingat.

Tapi kasihan,depa tak famous dengan lagu ni.Korang mungkin akan lebih mengenali mereka dengan lagu Warkah kot.

Mar 20, 2009

Mana Dia Anak Kambing Saya

Ish dah lama si Ain Najiha tak online.

Rindu dia lah.Sesiapa kenal dia tolong cakap aku rindu dia.

Suruh dia top up nombor hand set aku sekali.Terima kasih.

Rindu Bawah Tanah Malaysia



Bunkface sihat?

Mimpi Kelakar

Hari tu kami ramai-ramai ke Stokcton.Ke rumah Cik Zahra.

'Selamat datang ke rumah yang berharga 2500 pound sterling' dia cakap.

Sebenarnya di United Kingdom,25oo pound ialah agak mahal bagi sebuah rumah sewa.Rumah aku pun sebulan tak capai 600 pound.

Rupa-rupanya bila di korek rahsia oleh Amin,tau lah rupa-rupanya rumah tu jadi 2500 pound sebab penggunaan elektrik yang tinggi oleh tuan rumah sebelum ni.Aku dan Mahda dah pandang sesama sendiri.Mampus aku cakap kat dia.Rumah kami pun tak tukar nama lagi.Mau tuan rumah dulu guna elektrik sampai lapan ratus juta billion pound macam mana?Mau tergadai body.Ahh tak sanggup mak.

Jadi tadi baru lah bermula nya misi kami menukar bil elektrik kepada nama kami.Setelah dua minggu kami balik dari Stockton.Gila pelupa kami berdua.Sambil ber IM dengan Hunny kejap tadi,aku google penyedia perkhidmatan elektrik di United Kingdom.

Ada lapan belas.

Gila.

Dah la tak ada sebarang bil kat sini yang menunjukkan yang mana satu syarikat yang salurkan elektrik kat rumah ni.

Oh agak-agak berapa banyak lah kosong dalam lapan ratus juta billion pound tu kan?

Eh Nak Rambut Macam Dia Boleh?



Ahh kisah apa rambut aku kerinting.

Angin Sejuk

Jiha semalam telefon aku dan cakap,

'I want to tell everybody how sluggish and bad you are before i met you and it was me who changed you to be a real man.And I really hate you'

And it did not happen.Dia tak buat pun.

Apa yang aku dapat hanya lah betapa aku dah lupa dia dan janji-janji aku aku kat dia sebelum aku datang sini kat facebook aku.Tapi dia memang tulis situ yang dia benci aku.Aku tau dia tipu.

Aku tak pernah lupa,cuma dia yang tak pernah balas mesej aku.Aku tau budak tu memang sengaja tak balas.Tapi aku tak marah dia pun.Aku tau dia tak pernah kisah nak balas.

Dan hari ni pertama kali aku rasa sangat muda.Aku berjaya faham konsep facebook sepenuhnya setelah setahun.Terima kasih pada Hunny.

Tepuk tepuk.

Mar 18, 2009

Neon

Perkara yang aku harus sesuaikan diri selain cuaca sejuk kat Middlesbrough ni ialah bahasa.Memang lah Bahasa Inggeris adalah bahasa utama di sini tapi orang tak bercakap macam apa yang kau belajar dalam kelas kat sekolah kau dulu.

Depa cakap lagu lain sikit.

Ala kalau kau banyak tengok tv.Kau pun tau macam mana slang orang-orang kat sini kan?

Kadang-kadang tu,aku boleh jadi gila hanya sebab nak beli groceries.Paling teruk slang dia ni tak lain dan tak bukan merupakan abang dekat satu kedai fish and chips ni.Ingat lagi waktu aku awal-awal aku kat sini.Setiap kali aku tak paham dan hanya menggeleng untuk jawab setiap pertanyaan dia,mesti dia akan letak fish sauce dalam fish and chips aku.Terus rasa tak sedap fish and chips aku.Macam minum air rendaman stokin sendiri rasa dia.Tapi aku tak suruh kau semua cuba pula,budget nak rasa susah macam aku la tu.Takde ertinya de.

Jadi aku terpaksa belajar untuk bercakap dan faham slang native speakers kat sini.Kalau tak,memang ber fish sauce lah fish and chips aku setiap masa.

Makanan motivasi terbaik juga kadang-kadang kau tau.

Mar 16, 2009

Bila Semua Deria Gagal



Dulu awal umur 17 an aku dengar dan hafal lagu ni.Tapi sekarang bila aku sudah capai umur 18 an,aku dah lupa lagu ni tapi aku dah faham pula maksud dia.

Masuk Lah Pintu Tak Kunci

Aku benci betis aku.

Serius.

Bukan lah aku benci sampai tahap aku nak mencabutnya lalu buang kat muka kau.Cuma aku tak berapa suka rekabentuk betis aku.Tak semantap kereta Gen-2 CPS.Macam batang pokok balak.

Aku ada nampak beberapa jeans yang menarik kat sini.Murah dan bermutu tinggi.Tapi malangnya cita-cita aku terbantut kerana betis yang maha besar ni.

Pernah sekali kena perli dengan Hunny bila aku mengadu pasal aku nak beli skinny jeans kat sini.

'Kalau kat Malaysia tak muat,budget kat UK muat ke?'

Yeah aku benci betis aku.

Sat lagi nak makan makanan berkhasiat sikit lah.Baru lah betis kita akan jadi sihat dan bersinar.

Mar 15, 2009

Bagaimana Iklan Mempengaruhi Anda

Sos Tomato

Kalau setiap kali aku telefon mak abah dan Hunny,pasti diorang hanya akan dengar aku merepek tentang betapa sejuknya iklim kat sini.Aku benci keadaan cuaca di sini.Serius.Setiap pagi aku akan melawan dengan ketar-ketar badan.

Mak dan abah akan suruh pakai baju tebal sikit.Hunny pula akan suruh banyak sabar.

Harap-harap menjelang musim bunga semua benda akan kembali normal.Kalau pun tidak mampu jadi sepanas Cheras,jadi panas macam kepala Kuhendran bila aku sepuk kepala dia pun jadi lah.Tapi serius,kepala dia memang panas.Tambah-tambah bila kena pelempang.

Memang ajaib bila aku kurang kompelin tentang bagaimana aku kena buat kerja rumah sendiri,basuh baju sendiri, malah kena masak makanan sendiri.Mungkin aku dah mula pandai berdikari agaknya.

Well, I am a grown man,I guess.Macam orang-orang Sparta.

Awuu!!!

Watchmen

Aku dan Hunny sudah lama nak menonton Watchmen bersama.Tengok pada semangat dan cahaya kat mata dia,aku tau dia sangat-sangat tunggu filem ni.Boleh lah nak kata sebagai filem yang dia tunggu untuk tahun 2009.

Tapi kami masing-masing tau,konteks 'tengok bersama' tu takkan terjadi.Aku harus pergi untuk sebentar.Jadi kami masing-masing berjanji nak tengok pada hari yang;yang mana hari tu ialah hari ni.Agak lambat,tetapi sebab masing-masing sibuk--kami tabahkan hati untuk cuba tengok pada hari yang sama juga.

Ok.Tu saja aku nak cakap.Hunny dah pergi tengok Watchmen waktu aku tidur tadi.Sekarang aku pula nak pergi tengok sementara dia tengah tidur ni.

Dia dah cakap sikit-sikit pasal filem tu.Dan dari suara dia yang ceria tadi,aku tau 5 pound aku hari ni takkan di sia-siakan.

Mar 14, 2009

Waktu Kecil Kita Memang Foolish Dan Comel

Tengah Hari Juara-Juara

Hari ni aku merantau keluar;keluar dari Teesside.Dunia aku sepanjang 2 minggu berada di sini.

Aku pergi ke Stockton.

Tak sangka,Stockston lagi sejuk dari Middlebrough.Serius sejuk.Mungkin sebab tempat tu dekat dengan laut dan musim sejuk pun masih lagi di penghujung.

Dalam sejuk-sejuk tu,Amin buka cerita yang mak dia dah berjumpa dengan girlfriend dia pula.Galak sungguh dia bercerita.Sudah lah dia dapat balik Malaysia musim panas ni.

Ahh aku pun nak balik jumpa mak abah sama Hunny juga.Tapi aku ada masalah sikit.Tak banyak,sikit saja tapi agak menganggu.

Dan dia tak berhenti cakap pasal benda tu dengan aku.Dia tau benda besar macam ni yang boleh buat aku jadi lemah.Tapi aku senyum,tak mau konflik-konflik ni.Aku dah janji kena sentiasa positif.

Memang tak ada benda yang mampu halang dia bercakap pasal benda ni.

Aku pun ingat macam tu.

Tapi rupa-rupanya tengah hari tadi,sewaktu Dossena menyumbat gol keempat Liverpool; dia menikus.Laa peminat Manchester United rupanya.

Aman hidup aku.

Fuh~

Seterika Hangit

Kehidupan sini tak ada banyak yang boleh aku buat.Serius cakap,tinggal di Middlebrough ni boleh mematikan otak.Setiap hari,segala aktiviti akan berhenti pada jam lima petang.Semua kedai dan pejabat akan di tutup.Baki yang tinggal hanya kedai-kedai Fish and Chips dan kedai serbaneka.

Sudah lah rancangan tv dia penuh dengan rancangan bual bicara dan rancangan-rancangan ilmiah.Konstruktif-konstruktif macam ni mana kena dengan jiwa aku yang hanya inginkan belaian romantik.

Tapi mujur lah aku dan Mahdar cepat-cepat beli saluran tv kabel.Tak la malam-malam kami di sia-sia dengan membina tahi mata.Macam-macam channel ada.Mau makan dekat 90 juga lah.Ingat lagi,bila dia datang tengah hari semalam mata Mahdar bersinar.

Tapi malam tu,dia dah tak berapa nak bersinar sangat.Monyok je lebih.

'Kenapa lah Playboy Tv ni kena bayar beb?Aku ingat masuk dalam pakej hari tu' dia sound aku.

'Haram haram' jawab aku sambil klik channel 475.Mana tau ada free preview.

Mar 13, 2009

Setelah Dua Minggu

Hidup jauh dari keluarga,Hunny dan kawan-kawan memang perit dan susah.Aku ingat lagi,hari-hari awal aku kat Middlebrough ni aku kena cirit birit yang super teruk.Hanya tuhan yang tau macam mana rasa bila perut aku menjerit.

Tapi aku tau aku indestructable,aku ada mak dan abah yang tak henti-henti mendoakan aku.Malah Hunny aku pun seorang yang sangat-sangat memberi sokongan.

Jadi apa barang sakit sikit nak menangis kan?

Tak crocodile hunter lah.

Kami The Ting Tings


Rindu Aku?

Aku sudah kembali yo.

Mar 2, 2009

Hak Hak

Aku dah selamat kat sini.Ni merupakan kali pertama aku pegang internet.Hubungan kepada dunia luar.

Sini sejuk.Percaya lah.

Itu saja kot nak cakap.

Oh ni aku pinjam internet orang.Jadi tak payah lah nak kreatif-kreatif sangat.

Aku akan kembali dalam masa dua minggu dari sekarang.

Tunggu tau.

Oh aku rindu Hunny dan keluarga aku.

Nanti jumpa lagi ok.

Feb 25, 2009

Hari Pertama

Gementar rasa buat pertama kali,
Teruskan saja walau tak ada yakin diri,
Pecah cermin tengok banyak kali,
Tarik nafas panjang tanda gagahkan diri,

Bertudung putih coraknya hitam,
Sejuk hati bila orangnya datang,
Bercerita dengan dia buat aku nak pitam,
Aduh aku jatuh cinta sekali pandang,

Pertemuan seterusnya mengundang rasa,
Buat si cewek mahupun si pria,
Sehari tak jumpa rasa naik gila,
Itu lah agaknya lagenda cinta,

Berkasih bersayang pasti ada ralat,
Ada masa memang nampak jatuh dan bangun nya,
Hilang patah memang adat,
Tapi aku tak akan pergi untuk selamanya,

Jangan kau bimbang sayang,
Di mana saja aku berada,
Mahupun dengan siapa aku bersama,
Aku pasti aku tetap kau yang punya,

Hari pertama masih dalam kepala,
Kita berjumpa bermesra,
Kini aku harus mengejar cita-cita,
Selamat berjumpa lagi wahai si cinta,

Feb 23, 2009

Sempurna Yang Buruk

Aku ada lagi masa 2 hari sebelum bertolak.Aku tau semuanya berlaku dengan cepat.Aku pernah cakap dengan Hunny.

'I hate it when everything is so perfectly fine'

Dan itu dah jadi macam mantra aku sebelum tidur.

Tapi aku tak boleh berat sebelah.Ada setengah benda tu memang sepatutnya jadi sangat sempurna.Hidup aku di kelilingi dengan ramai orang yang sempurna,cinta yang sempurna dan situasi yang memang aku ingin aku tengok sejak umur aku 5.

Jadi aku sedapkan hati menggunakan format jam.Aku masih ada 48 jam.Dalam masa 48 jam tu,aku masih boleh buat semuanya.Aku masih boleh berbakti pada negara agaknya.

Sekarang aku nak menggunakan sejam dari masa tu untuk mempebaharui lesen memandu aku.

Eh dah ada 47 jam pula lepas ni.

Hidup Ini Roda

Setahun bukan satu tempoh yang lama.

Ya memang pun.

Kau pejam celik,semuanya akan tamat.Sampai kan kita sendiri tak akan sangka apa yang kita dah lalu dalam masa setahun tu.

Tapi dalam masa setahun,semuanya boleh terjadi.Ambil contoh di hadapan kita.Banyak kan?Sampaikan ada yang sanggup menderhaka.

Macam-macam boleh jadi pada aku juga nanti.Maksud aku dalam masa setahun ni.

Aku juga percaya yang aku tengah pegang sebuah amanat yang sangat penting.

Jadi teruskan berjalan dan berjalan tanpa toleh ke belakang.Hanya nasib dapat halang aku kali ni.

Aku tahu,kalau aku berjaya.Masa depan akan meraikan kemenangan aku menentang arus.

Feb 21, 2009

Jangan Biarkan Aku Berjalan Jauh

Aku ada masalah dengan kaki aku.

Sakit rasanya.Lepas tu rasa lah pijar-pijar sikit.

Mak aku nampak aku jalan mengjengket tadi,lepas tu dia tegur.Aku cakap mungkin sebab gout kot.Semalam makan hati ayam banyak sangat.

'Ish penyakit macam penyakit orang tua lah gout ni.Umur baru 23' aku tambah.

'Hmm' mak aku jawab pendek tapi dia punya intonasi macam orang malas layan.

'Ish ni kat sana siapa lah nak tolong jaga ni' aku melawak.

Wohhhh muka dia berubah pula.Macam nak berkaca mata dia.Aku senyum je.Comel lah mak aku ni kadang-kadang.

Feb 20, 2009

Hidup Hidup Hidup.

Dulu Izzat pernah tanya aku.

'Does she complete your sentence?'

Tanpa teragak aku jawab 'Yes'.

Jawapan tu sampai sekarang aku pegang.Mungkin untuk satu tempoh masa yang panjang juga lah aku akan pegang jawapan tu.

Dia orang yang paling rapat dengan aku.Dia lah tempat mengadu,dia lah tempat aku luah perasaan.

Aku pasti dia pun fikir benda yang sama dengan aku.

Dan kami,kawan-kawan sekalian.Melengkapkan hidup masing-masing.

Aku sayang Hunny aku.

Anarki Di UK

Sebenarnya aku telah berusaha selama sebulan lebih untuk menyediakan diri aku ke United Kingdom.

Visa aku pernah di tolak.

Pinjaman bank aku sampai sekarang masih tak dapat di sahkan.

Tapi semua tak menjadi masalah bagi aku.Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.

Ye dak?

Satu persatu masalah aku hadapi dengan sokongan moral dari keluarga,Hunny dan kawan-kawan yang lain.


Jadi selepas 25 Februari 2009,aku mungkin akan menulis di England.

Tak sangka aku akan cakap begini.

Feb 18, 2009

Aku Mau Jadi Rockstar

Dulu aku sangat-sangat nak jadi seorang rockstar.

Aku rasa mesti sangat gembira kalau kau dapat semua perhatian dan ada ramai peminat.

Tak ramai peminat pun tak apa.Janji ada attitude.

Aku nak jadi Johnny Rotten.Tak pun jadi Tim Armstrong.

Lepas tu tubuh band dan main lagu macam ni.



Syok woh.

Bahagia

Aku sekarang ialah seorang manusia super.

Aku ada apa yang kau mungkin dambakan dalam kehidupan kau.

Aku ada sebuah famili yang bahagia.Aku ada mak abah yang akan sentiasa menyokong aku dalam apa yang aku buat.Aku ada Ain Najiha yang sangat suka berkawan dengan aku.Apa lagi yang aku mau ialah membuatkan mereka rasa gembira balik.

Aku juga ada teman wanita yang sangat memahami.Dia juga sangat sweet dan mempunyai daya tarikan yang tak ada perempuan dapat buat aku rasa macam tu.Sekarang pun aku rasa sangat bahagia dan apa lagi yang aku nak minta hanya lah dedikasi diri sendiri untuk komitmen yang satu ni.

Kawan-kawan aku juga sangat cool.Mereka pun akan buat apa saja untuk aku.Aku juga begitu.Walaupun aku tak ramai kawan tapi lantak lah.Kualiti jauh lebih penting kuantiti.Aku tak minta lebih,tapi cukup lah aku mampu berada di samping mereka tak kira waktu,sedih atau gembira.

Kau cemburu dengan aku?

Memang patut pun.

Feb 16, 2009

The Offspring

The Offspring is so cool.

If Rancid is the godfather of all punk rockers.

They would be the vice godfather of all punk rockers.

Sampai Tua

Hari ni aku hilang satu hommies yang paling rapat dengan aku.Macam tu saja.Just with a click,two clicks to be exact.And it come with a price.

Tak mahal,tapi masih ada harga yang perlu aku bayar.

Kalau kau cakap teman waktu sakit jarang dapat,tapi aku rasa dia lah yang selalu muncul saat-saat aku tengah sakit.Tanpa pernah ponteng.

Tapi malangnya ia hanya sebatang gigi yang reput.

Hari ni aku pergi doktor gigi dan cabut gigi yang dah lama dalam mulut aku tu.Sejak darjah lima kot aku biarkan dalam mulut sampai lah aku dah tak tahan sangat tadi.

Gara-gara ubat bius yang sangat kuat,aku tak mampu nak bercakap selama 3 jam.Dah macam apa dah mulut aku tadi.Serebeh semacam.

Dark Side

Personaliti manusia sangat jarang dapat di kenal pasti dengan hanya melihat kepada luaran nya.Kadang-kadang tu kau pun tak akan kenal dengan seseorang tu walaupun kau sangat rapat dengan dia.

Benda ni jadi kat aku.

Bukan lah aku kena tikam dari belakang atau apa.Tapi suatu pendedahan buat aku berfikir lima kali juga lah tentang bagaimana aku punya pemerhatian kat seseorang tu.

Memang aku tak terjangka manusia memang ada sisi hitam masing-masing.

Feb 15, 2009

Semalam

Semalam aku keluar dengan Hunny.Biasa lah ritual hari minggu.Tapi mungkin ianya bukan ritual seperti selalu kot.Semalam macam sangat istimewa.

Lepas lintas jalan kat The Curve.Ada wartawan Channel 9 pula nak interview kami.Di sebab kan kami sangat sporting.Kami pun cuba lah.Kenapa tidak kan?Dapat juga jadi famous selama beberapa saat.

Hanya aku dan Hunny aku di temuramah oleh sebuah staesen tv nasional.Romantik campur adrenaline rush pula rasa.

Tajuknya: Wajar kah Hari Valentine Dalam Islam?

Malam tu,aku dapat tau hanya Hunny saja masuk tv.Bahagian aku entah mana-mana pergi.Masuk Melodi mungkin.

Atau mungkin produser tak suka dengan komen aku yang lebih kurang macam ni;

Aku:.....Saya datang ni pun bukan nak sambut Valentine Day sangat tapi nak sambut birthday girlfriend saya....

Jujur kan aku?

Feb 12, 2009

Makan Nasi

Tadi aku pergi Amcorp Mall dengan hunny.

Aku: Kalau saya pergi nanti.Huzair lah nak ganti tempat saya.

Hunny: Eh sedap ke dia?

Aku: Entah.Siapa pun tak ada suara sedap dalam band tu sebenarnya.

Ahaha.

Sedar diri pun.

Feb 11, 2009

Mana Kau?

Oh aku sebenarnya sangat depressed.

Banyak perkara yang aku telah buat sepanjang dua minggu ni buat kan badan aku jadi sangat penat.Tambah sakitkan hati,tak semua berjalan dengan sempurna.Aku benci begitu.

Lagi,aku semacam takut dengan masa depan juga.Hidup takkan jadi manis macam sekarang lagi bila kau yang berumur 40 tahun yang masih tinggal bersama ibu bapa.

Eh benci lah jadi warga tua ni.

Banyak nak kena fikir.

Feb 10, 2009

Hunny Aku

Hidup aku sekarang dah lain.

Aku dah settle untuk satu komitmen.Siapa pernah sangka kan?

Hey ingat orang jahat macam aku tak boleh jatuh cinta ke?

Si dia bukan calang-calang ok.She hit me to the heart just right.

Tiba-tiba saja aku dah di lamun cinta.

Pelik rasanya.Tapi aku suka lah.

Feb 7, 2009

Pokok Mangga

Setiap hari aku harap aku dapat bangun dan ada kederat remaja aku.

Rindu lah semangat dan buah fikiran yang aku ada dulu.

Tapi aku rasa jadi tua bukan sesuatu yang teruk pun.Kalau kau tau cara yang terbaik untuk menghabiskan sisa-sisa usia kanak-kanak dalam diri kau.

Cara dia senang.

Jadi macam diorang saja.

Seronok tau.Percaya lah.

Feb 4, 2009

Errr

Hujan Hujan Hujan

Aku tak pernah terfikir aku akan ada hubungan jarak jauh.

Aku pun tak pernah ada pengalaman tu.Rasa rindu tu macam dah memang confirm.Ye lah,berpisah beribu-ribu batu kot.Aku dah susah hati.

Hadi cakap distance is only number.

Seriously.

Dia cakap juga yang apa yang paling penting ialah kepercayaan.

Dengan kepercayaan semua benda akan jadi mudah walaupun mungkin akan ada perasaan rindu juga nanti.

Sebab tu dia dengan Megan Fox bahagia macam sekarang.

Oh sweetnya diorang kan?

Rasa macam nak terajang.

Feb 2, 2009

Apa Nama Dia?

Hari ni Izzat cakap pasal sekolah dulu-dulu.

'Eh kau ingat si barang baik?'

'O tau' aku congak kepala.

'Aku tak pernah rapat dengan dia' aku sambung balik.

'In fact aku tak pernah baik dengan mana-mana perempuan kat sekolah kecuali ex aku dulu'

'Sampai dia tinggal kan aku'

'Tak apa beb.Kita punk' Izzat macam buat ayat sedapkan hati pula.

Agak lah.

Punk tak boleh sedih.

Sebab tu aku jadi Mr Lockwood.

Dia orang yang sangat gembira.

Bosan

Semua macam dah tau.Aku dah berhenti kolej.

Aku seorang penganggur yang paling hebat yang tak pernah kau saksikan.

Tapi kesian.Hidup aku pathetic.

Aku akan duduk seharian di rumah tanpa membuat apa-apa.

Kadang-kadang nak saja aku lepak kat kolej misi belakang rumah ni mengorat nurse-nurse lalu lalang.

Tak pun aku pergi melindungi dunia.Aku boleh pergi selesaikan masalah jenayah.Jadi vigilante.

Atau aku boleh buka kedai buah-buahan.Ye lah,panas-panas macam ni,dapat makan buah manggis memang heaven.

Tapi entah lah.Aku rasa aku nak jadi lelaki biasa saja.Lelaki yang akan menonton Wonderpets setiap pukul 3 petang.

Aku tau.Aku memang cool.

THE BLOODY ONE.

Haha.

Feb 1, 2009

Kepong

Aku anggap hidup aku adalah paling gembira antara kisah hidup orang yang aku kenal.

Ye lah.Aku tiada komitmen dan sangat carefree.Aku pun jarang ada musuh kerana aku akan tinggalkan orang yang ingin bermusuh sebelum kami jadi musuh.Itu pun salah satu dari kebolehan aku.Aku mampu kesan orang yang hipokrit dan suka ambil kesempatan dari diri aku.

Tapi aku pun perlukan juga orang yang ambil pusing pasal hidup aku.Aku dah tak rasa bercakap pasal bolasepak adalah cool.

Aku kena mula fikir pasal mempunyai tanggungjawab..

Terhadap orang yang ambil pusing pasal aku.

Serius.

Apa gelak-gelak?

Ahad Malap

Malam tadi aku tertidur sekali lagi atas sofa.Sakit belakang.

Bila aku sedar,tv pun tak tutup lagi.Memang semalam sakit hati sangat.Manchester United di atas dengan 5 mata mengatasi Liverpool.

Sakit hati sangat.

Tak sampai 30 minit aku sedar,tiba-tiba kawan aku telefon.

'Beb,semalam dia sesak nafas lepas tu mati'

Gila terkejut.

One of my college hommies was found dead in his room.

He is just 21 kot;and he used to be a punk.

Just like me.

Tiba-tiba buat aku fikir,is growing up punks will all end up dying in early age ke?

Aih takut lah.

Jan 28, 2009

Sebelum Mandi





Aku jumpa ni dekat e-album aku yang lama.Pernah di siarkan dalam blog lama aku,i-Tulis.

Aku Sakit Dan Benci

Oh aku hilang aku punya lappy yang aku amat dearest.Jadi aku dah macam lelaki yang hilang dua belah kaki.

Jadi selagi aku tak dapat apa-apa pengganti,aku tak akan berupaya online dengan tahap maksima.

Tiada ym,tiada Myspace,tiada youtube dan tiada hidup.

Kalau kau rindu sama aku,aku masih ada Maxis yang aku boleh harapkan.

Dunia memang memang tak adil.

Dan sekali lagi,aku tak mau nak mencarut.

Aku Sakit

Dulu aku pernah cakap.Dunia memang tak adil.Baru-baru ni,dunia memang tak adil dengan aku.Rumah aku di pecah dan aku hilang kawan-kawan aku yang paling sayang.

Aku hilang lappy aku,aku hilang kamera video aku dan aku hilang kamera digital aku.

Nampaknya aku sudah boleh mula ucapkan selamat tinggal kepada Pertandingan Filem Pendek Astro Kirana 2009.

Aku benci lah kalau dah berusaha tapi nasib tak sebelah kita.

Dunia memang tak selalunya indah.

Dan aku tak mau mencarut kali ni.

Jan 24, 2009

Mati Bosan

Sepatutnya hari ni aku pergi main paintball dengan kawan-kawan.

Tapi ego dalaman aku menghalang aku untuk ikut sama.

'Kau kalau pergi pun bukan sebab diorang nak kau kat sana.Kau cuma seorang yang mencukupkan korum'

Ye memang betul pun.Dah pernah jadi dah sebelum ni.Ingat aku tak tau betapa aku ni memang sekadar watak pengcukup korum.

Ah bukan satu hari ni dan kawan-kawan ni saja.

Orang lain pun sama.

Aku dah bosan lah dengan orang yang ambil kesempatan ni.

Biar mati bosan pun aku tak hadap dengan kau.

Jan 23, 2009

Rimas

Sekarang ni panas lah kawasan rumah aku.

Rimas nya hidup.

Kalau ada hujan kan lagi seronok.

Buat gua emo tak bertempat lah panas-panas macam ni.

Jan 22, 2009

Masa Untuk Hero-Hero



Bila anda rasa kecewa.Anda perlukan seorang hero.Aku ada ramai hero yang selalu ambil pusing pasal aku.

Sayang kau semua.

Muah.

Jan 21, 2009

Pembebel

Bila aku keluar dari sekolah.

Aku seorang remaja yang bersemangat.

Semangat aku bagaikan sebatang lilin yang menerangi insan lain.

Meluap-luap.

Tapi lepas bertahun-tahun usia remaja tu aku di habiskan.Segala sepak terajang aku rasa.Dan segala benda aku dah lalu.

Aku jadi layu.

Aku rasa nak cuba sesuatu yang baru bagi memuaskan baki-baki jiwa rebellious aku.

Yes.

Before I end up becoming a super-grumpy man.

Boikot Boikot !!!

Serius.

Aku memang betul-betul tengah boikot barangan Amerika dan Israel.

Aku boleh saja tak nak ikut.Tapi memandang gesaan sesetengah pihak yang agak mendesak.Aku tabahkan hati.

Aku tak boleh lah tak minum coke walaupun sehari.Tapi sekarang dah macam 2 minggu dah.Aku pun tak boleh minum sangat-sangat Malta.Sebab air gandum akan menggemukkan.

Agak-agak kat Cheras ni,mana nak cari Zam-Zam Cola atau Mecca Cola ye?

Mimpi Indah

Sebenarnya aku lebih suka meluahkan rasa kepada orang-orang yang aku tak kenal.Orang yang kadang-kadang tu aku sendiri pun tak pernah nampak muka atau tau nama dia.

Serius.

Sebab bila aku habis meluahkan segala,orang-orang tu akan teruskan hidup mereka dan tak akan pernah ambil pusing dengan masalah aku.

Aku pun tak perlukan pertolongan orang untuk semua masalah aku.I can handle it myself.Percaya lah.Mungkin orang lain yang kau jumpa memang susah nak selesaikan masalah sendiri.Tapi tidak bagi aku.

I just want to be heard.

Itu saja yang penting.

Sebab tu aku menulis kat blog ni.

Aku tau sekurang-kurangnya akan ada strangers yang akan baca apa yang aku mengarut.

Ok.

Dah pergi teruskan hidup kau.Lupa kan aku.

Haha lagi sekali aku sungguh in denial.