Aku dulu paling benci untuk belajar matapelajaran matematik tambahan.Sudah lah belajar matematik pun sudah teruk,ni lagi mau belajar yang tambahan-tambahan dia.Gila tak seronok.
Dulu aku ingat lagi,setiap hari selasa kami akan ada dua masa subjek matematik tambahan sebelum balik dan subjek pendidikan jasmani sebelum rehat.Manakala dua masa sebelum subjek Add Math ialah bahasa Inggeris.
Satu hari selepas penat berpendidikan jasmani,ketua gengster kami Aladdin rasa malas gila nak pergi kelas Add Math.Alasan dia nak pergi tuisyen awal.Dia cakap alang-alang dah buang baju sekolah,apa kata terus balik saja.Nanti leceh nak pakai baju sekolah pergi tuisyen.
Apa significant nak pergi tuisyen pagi-pagi aku pun tak tau.Setau aku kedai mesin kuda buka la pagi-pagi macam tu.
Dia ajak lapan-lapan setan kelas lima Beta suruh follow dia ponteng.Aku tak dapat pergi sebab waktu rehat aku kena bertugas.
Lupa cakap,aku dulu pengawas.
Jadi berambus lah tujuh-tujuh ekor tu panjat pagar.Si Johanes Kumar pun nak panjat pagar juga.Tak padan badan besar macam Undertaker.Nasib tembok tu tak roboh.
Alamatnya bertugas seorang lah aku rehat ni,aku dah berkira-kira.Sebelum diorang pergi,Aladdin dah pesan suruh aku kautim sama Wei Suh,amoi ketua kelas aku.
Aku pun buat lah apa yang Aladdin suruh.Cakap kat Wei Suh semua.Dan paling memeritkan aku kena masuk kelas Add Math sorang-sorang.Sebagai seekor antara lapan ekor setan kat kelas tu,seperti biasa aku jadi easy target.Setakat nak buat fungsi,persamaan linear,pengamiran,vektor memang lah aku tak reti!
Hanya tuhan saja tau macam mana seksa kat depan papan hitam tu.
.....................................................................................
Ingat lagi,pagi besoknya tu tenang saja.Serius tenang.Langit biru,burung-burung berkicauan riang.Miss Maha tak habis puji-puji aku(seperti biasa).Si Scary Dalila pula tak datang sekolah dan secara tak langsung tak mengacau aku.Bendera sekolah pun aku ikat sekali nafas saja.Oh rasa syurga.
Rupa-rupanya itu merupakan petanda paling terhebat dalam karier aku sebagai pengawas.Dalam kelas bahasa Inggeris awal pagi tu,tiba-tiba saja nama tujuh-tujuh setan tu di panggil dengan Mr. Bathianathan.
Lepas tu seorang-seorang di panggil ke depan dan di lempang.Aladdin,Azman,Nazmir,Kamal Nathan,Johannes,Nazir.Semuanya kena lempang tanpa belas kasihan.Muka sekor-sekor pula nak macam tapir je.
Rupa-rupanya amoi tu report kat Mr. Bathianathan yang diorang sengaja ponteng kelas semalam.Plan dah backfire.Nasib dia tak petik nama aku.Kalau tak memang habis lah imej good boy aku di sisi masyarakat.Fuh.
Lepas kejadian tu, sebulan juga lah kena pulau dengan geng-geng tu.Gila betul.Hari-hari kena black mail.Terasa macam Karpal Singh pun ada.Tapi bukan salah aku pun.Si Wei Suh tu yang sebenarnya bersalah dan depa pun tau.
Cuma aku tak pakai skirt sama stokin panjang,aku di sisihkan.
Kesian.
Mar 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
add math memang sux!!
i dapat 8. tapi masuk U je. hahahaha! ;p
ahaha ~
sian dow kene pulau sentosa .
cite aku pon sama cm cite kau ~
tp situasi nya
aku la antara setan2 yg lompat pagar tuh
koyak kaen mak !
mana gambar kamu di middleborough. publish gok saya mau tengok. mana tau ada jumpa ketua kampung disana gareth saouthgate.
ala...rindu sekolah!
siapa ajar you addmath dulu?
hahaha.. aku xleh lupe kejadian itam tu.. nazmir yg plg xleh blah.. hahaha..
W. Suhailaliza binti W. M. Hussin:ahaha sama lah kita.adik adik jangan ikut perangai abang dan kakak ye.
plasterakuluka:haha tak payah mengaku pun aku dah tau hang setan:p
Dari Jalan Kopi:Oh yang itu klik kat Bahagian Lain di sebelah toolbar.situ saya letak blog gambar gambar.
Syafiqah:mesti la puan rasilah sampul.sampai sudah dia sakit hati dengan kiteorang.satu hari nak minta maaf lah.hehe.
Yagami:ahaha padan muka korang!
hua2..aladin mmg byk pengikut zaman dulu.skang xtau la ada lagi ke x.
Pergh..xtau pon diorg kena lempang.musti mcm wwe smackdown rasanya.do you smell...!!!
Ko kena sisih kwn a sama wei suh.dia comel.
Mc Izzy:kejam wei kalau kau nampak.macam holocaust.haha.oh teringat lagi wei suh cakap aku hensem bila aku suruh dia bandingkan aku dgn nazmir.haha.
Post a Comment