Waktu aku sekolah menengah dulu,aku seorang pengawas yang sangat garang orangnya.Walaupun sedikit garang,tapi aku tak pernah mengabaikan aktiviti ponteng kelas.Tambah-tambah lagi kalau hari tu ada tuisyen kat Pusat Tuisyen Martin.Selalu-selalu kelas tuisyen akan bermula pada pukul 3 petang tapi aku memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam persediaan untuk bermain di Cyber Cafe dan layan mesin kuda sekurang-kurangnya 13 kali larian.Jadi aku akan perlahan-lahan menyamar sebagai pelajar sesi petang.Cara paling mudah ialah dengan mencabut tanda sesi dan berlagak cool.
Selalunya aku akan bermain mesin kuda untuk mencari modal tambang bas ke Pudu.Waktu tu kalau tak salah,bas Intrakota cas kami lapan puluh sen.Agak-agak menang RM 2 pun dah cukup dah.Boleh buat main counterstrike setengah jam,beli roti 40 sen sebungkus dan tambang bas.Kadang-kadang tu tak bayar pun,naik bas terus tidur.Duit bulan-bulan mak ayah kasi,boleh simpan buat pergi gig atau beli kaset punk.
Hari tu aku dengan Azman.Ingat lagi,seminggu sebelum tu aku kena tinggal dengan girlfriend paling garang pernah aku jumpa.Nasib la dia tinggalkan aku.Kalau dia pukul aku dengan kayu besbol?Mana nak cekau duit buat pembedahan plastik.Jadi untuk menggembirakan hati aku yang lara,Azman mengajak aku untuk pergi ke Bukit Bintang.Tak payah masuk kelas dia kata,aku pun mengangguk tanda setuju.Ponteng-ponteng ni aku tak pernah protes.Protes tanda lemah.
Jadi sampai lah kami dua dekat Sungei Wang.Waktu tu tempat tu up sikit.Ada kedai cd tu dia jual vcd Linkin Park live in Texas yang kami tak pernah mampu nak beli.Budak-budak sekolah kerajaan macam kami mana mampu nak pegang duit RM 34.90 pergi jalan-jalan kat Sungai Wang.Dapat beli nasi ayam kat foodcourt tingkat 4 tu pun sudah kira berkemampuan.Tapi sekering mana pun poket aku,aku tetap menyimpan perasaan untuk membeli Adidas Superstar.Baru nampak macam Fat Mike.
Tengah aku membelek kasut kat Al-Ikhsan kat BB Plaza,tiba-tiba datang seorang pakcik ni.Dia minta tisu dari Azman.Dia ni nampak macam baru balik kerja,dengan tali leher dan baju kemeja tuck in.Tak pun dia tengah ponteng kerja,sebab waktu tu baru pukul 3.30 petang.Azman cakap dia tak ada tisu.Pakcik tu kemudiannya menjadi sangat mesra pula,dia suruh panggil dia Uncle Is.Cis nak nama mat saleh je.Dia ajak kami untuk temankan dia kat Mc Donald's Sungei Wang.
Kami yang tengah lapar ni pun apa lagi.Orang mengantuk disorongkan bantal.Kurang-kurang dapat simpan duit belasah addbot esok.Lepas tu Uncle Is mula buka cerita.Dari rumah dia sampai lah ke anak cucu dia.Tapi dia nampak berkenan sangat dengan Azman.Asyik bercakap dan ketawa bersama Azman.Dia yang selama ni banyak bercakap tiba-tiba bertanyakan nama kami.
'Adik dua ni nama siapa eh?' dia tanya.
Aku pandang Azman.Dia pun pandang aku.Tak baik bagi maklumat peribadi dekat orang yang baru kita kenal.Tambah-tambah lagi orang tu muka macam sindiket menjual kanak-kanak.
'Aladdin' jawab Azman selamba.Aku tengok dia sambil nak tergelak.Aku pun fikir nak petik nama Nazir sebelum aku tersedar yang aku masih ada nametag kat dada.Jadi selamba saja Uncle Is tu kenal aku.Uncle Is dah mula menunjukkan taring sebenar.Dia ajak kami untuk datang semula ke sini hari sabtu ni.Dia cakap dia nak belanja kami dua karaoke.Aku dah mula berkerut,lain macam saja ini brader.Dia mula minta nombor telefon Azman.
Lagi sekali Azman buat sial.Dia petik nombor telefon rumah Gembo.Uncle Is salin dan simpan dalam beg dia.Nampak sangat dia suka kat Azman kan?Sebab dia tak minta pun nombor telefon aku.Waktu tu aku dah start pakai handphone tau.Baru nak berlagak tunjuk 3310 baru aku,tapi tak jadi.Selepas lama kat situ,kami masing-masing minta diri.Nanti balik lambat kena syak bukan-bukan pula.
'Kau tengok apa macam bok?' Azman tanya aku.
'Aku pun pelik dengan dia,tiba-tiba je ajak pergi karaoke.Mau dia jual bontot kita waktu tu habis la aku,kahwin pun tak lagi' aku jawab.
'Pastu agak-agak kalau dia telefon rumah Gembo,Gembo angkat bagi salam tak?'aku tanya balik.
Kau semua jangan main-main.Gembo tu ketua pengawas surau sekolah tu.Tiap-tiap pagi sebelum masuk kelas,dia yang baca doa kat perhimpunan tau.
Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts
Jun 12, 2009
Apr 27, 2009
Kampung Aku Jauh
'Pergi sana setahun saja.Kawan-kawan lain nak tinggal dengan kerja kat sana tapi saya nak pergi setahun saja'
Setahun saja.Itu perkataan senang,pejam celik semuanya akan jadi ok.Itu apa yang aku rasa dulu,semuanya akan jadi macam ni punya senang macam petik jari.
Setahun saja.Itu yang aku cakap dekat mak,Cinta,kawan-kawan baik,kawan-kawan rapat,kawan-kawan online.Cakap memang senang,dua belas bulan pasti berjalan macam air.Tapi tak semudah ABC macam tu.
Tak sampai setahun aku dah mula rindu segala.
Cinta.
Masakan mak.
Lepak mamak.
Nasi campur.
Ikan keli.
Wayang setengah harga pada hari rabu.
Cepat-cepat lah masa berjalan.
Mar 14, 2009
Tengah Hari Juara-Juara
Hari ni aku merantau keluar;keluar dari Teesside.Dunia aku sepanjang 2 minggu berada di sini.
Aku pergi ke Stockton.
Tak sangka,Stockston lagi sejuk dari Middlebrough.Serius sejuk.Mungkin sebab tempat tu dekat dengan laut dan musim sejuk pun masih lagi di penghujung.
Dalam sejuk-sejuk tu,Amin buka cerita yang mak dia dah berjumpa dengan girlfriend dia pula.Galak sungguh dia bercerita.Sudah lah dia dapat balik Malaysia musim panas ni.
Ahh aku pun nak balik jumpa mak abah sama Hunny juga.Tapi aku ada masalah sikit.Tak banyak,sikit saja tapi agak menganggu.
Dan dia tak berhenti cakap pasal benda tu dengan aku.Dia tau benda besar macam ni yang boleh buat aku jadi lemah.Tapi aku senyum,tak mau konflik-konflik ni.Aku dah janji kena sentiasa positif.
Memang tak ada benda yang mampu halang dia bercakap pasal benda ni.
Aku pun ingat macam tu.
Tapi rupa-rupanya tengah hari tadi,sewaktu Dossena menyumbat gol keempat Liverpool; dia menikus.Laa peminat Manchester United rupanya.
Aman hidup aku.
Fuh~

Feb 2, 2009
Apa Nama Dia?
Hari ni Izzat cakap pasal sekolah dulu-dulu.
'Eh kau ingat si barang baik?'
'O tau' aku congak kepala.
'Aku tak pernah rapat dengan dia' aku sambung balik.
'In fact aku tak pernah baik dengan mana-mana perempuan kat sekolah kecuali ex aku dulu'
'Sampai dia tinggal kan aku'
'Tak apa beb.Kita punk' Izzat macam buat ayat sedapkan hati pula.
Agak lah.
Punk tak boleh sedih.
Sebab tu aku jadi Mr Lockwood.
Dia orang yang sangat gembira.

Jan 22, 2009
Masa Untuk Hero-Hero
Bila anda rasa kecewa.Anda perlukan seorang hero.Aku ada ramai hero yang selalu ambil pusing pasal aku.
Sayang kau semua.
Muah.
Jan 15, 2009
Hey Sabar Lah
Aku teringat lagi bila Jiha nak tikam aku guna pisau steak dua hari lepas.Dia ugut aku suruh jadi matang sikit.Waktu tu aku baru saja bercakap nak berjalan bogel sama Amin kat dalam One Utama.
'Amir,mulut tu kalau cakap kotor lagi memang aku tikam kau dengan benda ni!'
Aku tengok sambil senyum.
Yani angguk tanda setuju.Yani mana berani lawan aku secara depan-depan.Bila si harimau Jiha tu dah mengamuk,baru Yani mampu berikan sokongan.Tapi aku tak pernah kisah,Jiha dengan aku dah memang macam adik beradik.Sudah tentu aku adik dan dia kakak yang garang.
Tahun 2009,aku masih main-main dan tak pernah serius dalam banyak perkara.Macam dulu-dulu,mungkin sejak dia kenal aku.Memang lah dia risau agak nya.Tapi jangan risau,sekali dah berjumpa jodoh aku akan serius.Sekali aku jumpa perkara yang berkaitan hidup aku,aku akan serius.
Tau Jiha?

Jan 14, 2009
Ronggeng Dengan Kawan-Kawan

Tadi aku mesej Ajiq.Memang aku tak pernah mesej dia petang-petang macam ni.Lagi pun dia lelaki,memang sangat janggal.
Tapi serius,aku rindu dengan batch kolej tahun 2004-2007 aku sekarang ni.Rindu sangat.Kalau boleh aku nak buat satu majlis dengan mereka semua ni.
Raya tahun baru cina ni,Fahmi dengan Jengkot nak ajak aku pergi Williams.Well not bad lah sebab dah lama tak jumpa kan.
Satu lagi gambar kat atas buat aku teringatkan kat filem Heart lah.Tambah-tambah tengok muka Norme dengan Nadia Izzati.
Ala yang Irwansyah sama Acha Sepriasa berlakon tu.
Tolong lah korang.
Jan 13, 2009
Jan 11, 2009
Ronggeng Dengan Kawan-Kawan
Subscribe to:
Posts (Atom)