tag:blogger.com,1999:blog-11300851654511853562024-03-05T17:37:25.812+00:00PINK!Apa Barang?Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.comBlogger122125tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-29452173415935251592010-02-24T11:19:00.000+00:002010-02-24T11:20:23.788+00:00Let's Go Agogo Balik Rumah<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/Lp1fQ51YZMM&hl=en_US&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/Lp1fQ51YZMM&hl=en_US&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-29625011226193192762009-11-16T13:22:00.000+00:002009-11-15T13:23:44.281+00:00Hari IstimewaSELAMAT HARI JADI MAK:)Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-67130989742896509882009-09-20T01:05:00.003+01:002009-09-20T01:31:37.947+01:00Apa Aku Buat Sewaktu Hari Raya Pertama(Edisi Ucapan Atas Talian)Seperti tajuk di atas aku buat perkara-perkara seperti ini sebentar tadi(kemaskini sehingga pukul 1.14 pagi waktu Middlesborough):
1.Telefon mak abah lepas tu komplen macam mana tak seronoknya beraya di tempat orang.Seperti biasa abah akan cakap 'tak ada apa-apa lah' lepas tu letakkan telefon.
2.Mesej cinta.Tak dibalas,tak ada kredit agaknya.
3.Lama sedikit telefon cinta.Tak diangkat.Pergi mandi kot.
4.Telefon Jiha ucapkan selamat hari raya.Aku selalu akan kacau makcik kenit ni setiap kali raya.Tak pernah miss.Gosip-gosip pasal Teha kejap pastu letak telefon.
5.Telefon Izzat.Kawan punk paling akrab dalam dunia.Cakap-cakap pasal The Strokes dan bola sikit lepas tu ucapkan selamat hari raya dan hang up.
6.Mesej Cik Ash kacau dia tidur.Berlagak-lagak plus perasan-perasan diri sendiri sendiri cute lepas tu minta diri nak tidur.
7.Telefon Teha.Tanya pasal gosip yang ditabur tadi(baca point nombor 4).Lepas tu dia cakap dia nak kahwin lagi dua minggu.Dah lah tarikh nikah sama macam harijadi aku.
Hari raya di Malaysia memang meriah.Tadi aku ada pergi majlis sambutan malam raya di rumah Abang Hafiz.Ada makan-makan sikit dan takbir raya.Simple je tapi agak menusuk jiwa sebab beraya jauh.Esok ada juga lagi gathering raya tapi aku pasti dekat tempat sendiri lagi best.
Satu lagi fun fact tentang diri sendiri,sepanjang umur 23 tahun hidup;kalau aku berada dalam sebarang hubungan,tak pernah lagi pasangan aku akan angkat telefon aku sewaktu pagi hari raya pertama.Samada ini satu sumpahan atau aku memang annoying kacau orang pagi-pagi raya.Haha!Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-74913005099168500342009-09-18T13:50:00.002+01:002009-09-18T14:06:45.847+01:00Apa Ada Raya Tahun Ni?Puasa dah hampir tamat.Tak lama lagi boleh lah aku membelek redtube.com.Lama sangat rasanya aku tinggalkan benda tu.Bertambah ceria lah sedikit hari-hari aku lepas ni.Puasa kali ni agak menduga segala kesabaran,iman atau fizikal dan mental.Tak terlepas dari ujian dari tuhan.Tapi walaupun macam mana,fizikal aku tetap berubah.Ketika kawan-kawan lain jatuh 2-3 kilogram,aku pula sibuk naik 3 kilogram.Buat penat je tahan lapar.Bertambah gemuk ada lah.Tapi nasib ibadah terjaga.
Sekarang di Middlesborough tengah di awal musim luruh.Keadaan dia sejuk sampai ke tulang.Sudah lah heater dalam bilik aku nazak,mati segan hidup tak mau.Jadi keadaan agak sejuk dan memeritkan.Beraya dalam sejuk lah aku kali ni.
Persiapan untuk hari raya aku kali ni agak sederhana.Tiada apa pun yang di beli kecuali sehelai baju Union Jack.Ya raya aku kali ni berprinsip punk-rock;moden habis!Sebenarnya aku tak ada mood untuk menyambut Aidilfitri kali ni.Ya lah,kali pertama jauh dengan keluarga dan kawan-kawan.Sejuk je lagi pulak.Rasa macam nak terajang je sesiapa yang hinggap depan mata.
Raya aku kali ni pun agak malap sebab aku dah mula sibuk dengan research dan assignment.Minggu ni saja tiga report nak tulis;dah lah sejuk,nak menghadap laptop lagi.Ketar-ketar menahan marah je aku.Dengan dua presentation lagi,memang sayu aku sambut raya.
Kali ni pun aku agak mengalami masalah wang.Bayangkan dalam tangan sekarang ni pun hanya ada sepuluh pound.Fiver karang buat topup,fiver lagi aku buat duit makan.Gila sedih raya bengkrap-bengkrap.Kalau ada kawan-kawan yang sudi,tolong lah email aku minta nombor akaun aku di sini.Nak juga aku merasa raya seperti kau orang.Tapi sekali lagi aku laki tabah,tak mudah hilang fokus dalam hidup.Kita kena cool.Nanti-nanti ada lah tu.
Kami di sini menyambut Aidilfitri dalam hari ahad.Agak awal dari kau semua yang tinggal di Malaysia.Padan muka(haha!).Aku mungkin akan berangkat ke Durham untuk sambutan raya dengan pelajar Malaysia di sana.Ya raya aku agak sayu berbanding kemeriahan yang kau orang rasa di Malaysia.Baru sekarang aku faham apa maksud Sudirman waktu dia nyanyi Dari Jauh Kupohon Maaf.
Malaysia memang rock.Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-13700536565593823792009-09-11T01:06:00.004+01:002009-09-11T01:17:28.945+01:00Air MataSelamat 11 September 2009.Hari ni merupakan sambutan kepada kemusnahan yang semua orang tau;simbol manusia tamak.Hari ni hari yang akan sentiasa dikenang sebagai hari kesedihan.Walaupun tidak aku,tetapi masih ada manusia yang meratapi kehilangan saudara mara mereka dan kehilangan ramai nyawa manusia sebagai individu yang berhak untuk hidup.
Memang tidak ada pemenang dalam setiap konflik.Hanya darah dan air mata.Mungkin ada orang berdiri teguh mengatakan mereka menentang imperialis.Ada yang mengangkat tangan mengatakan mereka perlu untuk mempertahankan negara mereka.Tapi apa yang pasti,3,017 nyawa melayang pada tarikh ini tahun 2001 yang lalu.Hari itu juga mengubah sejarah dunia.Hilang sudah Baghdad,Kabul akhirnya di tawan.Semuanya angkara tamak dan haloba manusia.
Tiada siapa pemenang dalam setiap konflik.Hanya air mata dan darah yang akan menitis.Selain itu hanya lah bayangan kuasa manusia tamak.Tamak dari segi ideologi dan kuasa.Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-46768620906973599482009-08-20T11:22:00.003+01:002009-08-20T11:56:40.666+01:00Pedas PedasMasalah utama di sini adalah mencari makanan yang masuk dengan citarasa aku.Aku bukan lah seorang yang cerewet atau taste bukan-bukan.Cuma kadang-kadang tu,aku mahukan rasa Malaysia.Segalanya ada;pedas,masam,masin,manis,pahit.Tak perlu lah nak rasa semua tu,cukup lah kalau aku dapat jumpa masakan pedas yang mampu buat aku menangis.Tetapi kebanyakkan masakan di Middlesborough ini adalah masam dan masin.Itu saja yang aku dapat rasa sepanjang di sini.Sos cili di sini pun rasanya masam.Sudah apa hal kan?
Jadi aku dan hommies cuba mencari cara baru untuk high dengan pedas.Makanan ruji kami kalau sama-sama berkongsi duit adalah pizza.Dan setiap kali kami akan beralih dari satu kedai pizza ke satu kedai pizza yang lain.Bajet nak cari rasa pedas yang menusuk sanubari la konon-konon.Minggu lepas kami membeli satu pizza ni.Tulis kat kotak dia,pizza paling pedas dalam town.Dia punya topping pun kemain.Chilli,Jalapenos,yada yada.Memang class A lah dari segi presentation;Merah Berdarah!Tapi bila di makan,rasa macam mengulum gula-gula.Tak feel langsung.Ptuih!
Semalam aku dengan Hasnol nak cuba pizza kat satu kedai ni.Sudah seminggu kami membuat pemantauan drastik.Aweknya boleh tahan tapi pizza tak tahu apa cerita lagi.Harga pun macam biasa lah,mana-mana pizza kat England ni memang murah.Jadi kami pun order lah pizza yang paling pedas dia boleh offer.Aku pula tambah sebiji burger 1/2 pounder sebagai pencuci mulut.Kami bawa balik pizza tu dan tersangat-sangat lah terkejut apabila tengok tak ada lah gempak mana pun.Topping entah kemana-mana.Presentation memang hancus.Ni kalau nampak kat kawan aku si Anip yang kerja chef tu,mesti dia sedih tersedu-sedu.
Tapi bagaikan all hell broke loose.Rasa pizza tu pedas bagai nak mati.Hasnol semalam dah beberapa kali teguk air.Aku yang bajet jantan pun berair-air mata sebabkan pedas dan mengenangkan kampung halaman.Memang tak pernah makan pedas macam itu sekali,memang terbaik lah pizza kak long tu buat.Apa setan dia pakai tetap menjadi misteri alam.Paling tak boleh nak blah,pizza tu bukan saja buat aku menangis tetapi ia juga menyebabkan kecederaan fizikal yang serius.Entah macam mana adik kat bawah tu pun turut menerima akibatnya.Pedas tu rasa sampai ke bawah.Bukan-bukan sungguh pula aku rasa.Tapi semalam memang bahang lah dia.Panas je rasa.Sebelum aku tidur,aku pesan kat Mahdar dan Hasnol;
'Agak-agak aku jerit malam karang,kau orang tolong telefon kan NHS eh?Risau pula kot-kot berdarah tiba-tiba benda ni'
Pagi tadi aku bangun dah tak rasa bahang sangat.Ok lah sikit aku rasa,tak terseksa macam semalam.Cuma sekarang ni,dia macam bengkak.Eh kejap,tak ada masalah kot.Sebab dari azali dia memang bengkak macam itu.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-9802158839663799772009-08-17T14:54:00.003+01:002009-08-17T18:23:48.770+01:00Tidur Sebelum Lampu BukaApabila terkurung dalam rumah dan tanpa berbuat apa-apa semua manusia boleh jadi gila atau hampir gila.Bagi aku,aku dah gila.Tekanan yang bukan-bukan membuatkan aku terasa macam nak lompat laju-laju lepas tu shuffle.Sudah lah bahan-bahan toksik nak beli kat sini kena pakai ID.Apa pakai passport saja tak boleh ke?
Tapi dalam tekanan mental ni,aku berjaya membuatkan diri aku teringat kenangan lama.Rupa-rupanya aku pernah masuk pertandingan lakonan peringkat daerah.Hebat juga aku dulu-dulu.Jangan tak tau.Sebab tu Cinta aku selalu cakap aku ni drama queen.Memang bakat di kesan ketika muda.
Waktu tu aku baru umur dalam 16 tahun;tingkatan empat.Tiba-tiba saja aku,Izzat,Andika dan beberapa budak perempuan kelas aku kena panggil dengan Cikgu tengkuk.Yeah kami memang hebat kalau tak menghormati cikgu-cikgu ni.Nasib ilmu dia halalkan setiap kali hari guru.
Tu baru kami bagi nama Cikgu tengkuk,ada saja lagi nama-nama cikgu berasaskan organ badan yang tak boleh disebut di sini.
Di pendekkan cerita,kami dikumpulkan untuk membentuk pasukan drama untuk dipertandingkan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.Skrip asal drama tersebut adalah berbentuk drama tarian.Aku pula di pilih sebagai watak utama.Biasa lah,muda-muda dulu badan tengah sasa macam Fahrin Ahmad.
Tapi skrip terpaksa diubah memandangkan aku tidak pandai menari.Gila lah,tukar skrip tuu bukan tukar pelakon.Nampak sangat aku ni hot stuff waktu sekolah dulu.Memandangkan lagi dua minggu pertandingan tu dan skrip pula baru ditukar,kami terpaksa playsafe dengan hanya membuat pantomin.Senang nak berlatih dan senang nak kuasai.Pelakon pun tak payah nak hafal skrip.
Aku jadi watak suami yang mendera isteri,Shantanu menjadi isteri aku,Izzat menjadi doktor,adik Latifah menjadi skandal aku manakala Latifah dan Andika menjadi watak bunian.Eh bunyian-bunyian;seperti suara pelakon,pintu dan suara pokok.Setiap hari kami dipanggil berlatih dan tanpa banyak bunyi kami cuba memenuhi kriteria watak.
Pada hari pertandingan,kami tengok sekolah lain kemain sungguh persediaan dia.Dengan bendera-bendera,pasukan dikir barat,awek-awek cheerleader.Prop kami simple je.Tali pinggang dari seluar aku dan paling bercostume terhebat pun Izzat je.Tu pun sebab dia jadi doktor.Dia pakai baju makmal pinjam cakap sama kau.Walaupun kami dikenali sebagai underdog tidak berprops mahal tapi moral pasukan kami tetap utuh.
Bila saja tiba masa kami,masing-masing menunjukkan komitmen watak yang jitu.Ada satu scene tu,memang aku pukul Shantanu sampai lebam pipi dia.Tu baru aku hentak pakai tali pinggang,apa lah kalau aku guna pinggang.Mau lepak ICU lah dia.Secara purata persembahan masing-masing adalah terhebat.
Tapi masih kami tak mampu menang.Setakat nombor empat saja.Ok lah tu dari tempat kesembilan.
Selepas itu kami pun balik kepenatan.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-47745291316473273582009-08-10T13:54:00.002+01:002009-08-10T14:03:05.425+01:00Mencari KesimpulanDi England,tak banyak perkara untuk dibualkan kecuali cuacanya.Satu hari ia akan hujan sepanjang hari dan hari kemudiannya mungkin akan panas sampai aku nak tidur pun susah.Tempat aku takkan dilitupi salji walaupun pada musim sejuk.Aku pernah sekali je tengok salji turun,itu pun tak sampai lima belas minit.
Kebanyakkan hari,sama ada ia akan hujan ataupun panas.Aku pun dah bosan bercakap tentang cuaca di sini.Tapi apa pun aku boleh buat.Nak bercakap tentang pasukan bolasepak Middlesbrough,baru hari tu lawan Sheffield United pun seri.
Nasib lah dah nak masuk kelas bulan depan.Tak lah menderita parkinson sangat kalau bosan-bosan.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-67336105483847732272009-08-03T21:45:00.002+01:002009-08-03T21:50:55.421+01:00RaksasaCuaca sudah jadi makin sejuk.Aku pun mula jadi makin lapar.Ah bila je pun aku tak pernah lapar?24 jam 7 hari seminggu dok asyik lapar je.Patut lah tak kurus-kurus macam sweet 17 dulu.Setiap malam sebelum tidur,cita-cita nak berjogging tapi hampas.Semangat je lebih,dapat jumpa bantal;semangat ke mana,semua ke mana.
Tahi.
Sekarang dah nak mula balik jogging pagi aku.Sebelum puasa dan sebelum raya,aku kena fit.Sebab aku pun dah mula nak buat research paper dah.Ni asyik penat je,mood pun tak ada apa pun tak ada.Tak siap research paper memang la tak boleh balik.
Memang bye bye lah Perhentian.
Tahi.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-23599004718132603572009-08-01T23:40:00.005+01:002009-08-02T00:01:13.371+01:00Tidur Petang LebihAku baru saja tengok filem V for Vendetta di tv tadi.Seperti semua yang pernah tengok cerita tu,ia melambangkan bagaimana masyarakat di Neo-Britain cuba untuk melumpuhkan sistem kerajaan yang bersifat totalitarian.Isi filem tu agak berat dengan ideologi-ideologi radikal untuk membentuk masyarakat yang lebih adil dan saksama.
Secara kebetulan pula,hari ini di Malaysia pula masyarakatnya bangun menentang ketidakadilan kerajaan.Sahutan revolusi bergema di tengah-tengah Kuala Lumpur hari ni dan tampaknya rakyat Malaysia tidak lah hanya duduk melangut apabila ditekan dan dinafikan hak sebagai masyarakat bebas.
Ramai orang mengutuk dan mengeji.Kata mereka,perkara ni tak lebih dari berunsurkan politik dan menyusahkan rakyat.Tapi kita kena ingat dan letak ini semua dalam kepala,negara kita kononnya negara yang berpegang teguh kepada demokrasi berpelembagaan.Tapi selama ni,pernah ke kerajaan kita ambil pusing apabila kita menyuarakan perkara secara aman?Dan kita kena ingat lagi satu,kita tak pernah ada kerajaan pusat lebih dari satu.Mereka saja yang kita ada sejak 52 tahun dulu.Mereka saja yang kita selalu adukan segala masalah dan hanya mereka yang tahu apa yang rakyat nak selama ni.
Bagi mengubah sesuatu,kita harus menekan dan terus menekan supaya mereka tahu,kita pilih mereka bukan untuk tidur dan bermimpi.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-10919211807327493472009-07-31T12:18:00.003+01:002009-07-31T12:37:23.973+01:00Cerobong AsapAku orang yang optimis.Mungkin juga seorang yang sangat sangat positif.Hidup penuh keyakinan je.Buat apa yang aku percaya dengan sepenuh hati tanpa fikirkan apa keputusannya kemudian.Serius siapa yang rapat dengan aku,akan cakap aku macam tu.
Tapi kadang-kadang tu,sempadan optimis aku dan over confident agak tipis.Ni abah aku la selalu cakap, 'Hidup jangan over confident sangat,nanti tak dapat hati kecewa'.Banyak kali juga aku macam ni.Aku berusaha bersungguh-sungguh dan mengharapkan keputusan dia juga akan sepadan dengan usaha.
Tak semua akan jadi sepadan dengan usaha kita.Kita boleh merengek,kita boleh mengharap,dan kita boleh berusaha.Tapi tak semua akan ikut kehendak kita.Aku tak pernah salahkan nasib.Kalau ada,ada lah dia.Cuma aku takkan mengalah selagi tak dapat sebarang keputusan.Tapi bagi aku tak apa lah kalau sakit hati sebab over confident atau apa-apa;sebab aku tau---kalau pun aku mati,aku tak pernah mati tanpa berusaha.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-49704833506063598912009-07-26T21:37:00.008+01:002009-07-26T22:09:57.924+01:00Buka Tin'Puasa dah nak mai ni'.
Mak aku pesan dalam telefon hari tu.Eh pulak?
'29 ka 22 haribulan lapan agaknya' dia cakap lagi.
Eh?Selama ni aku ingat bulan sembilan baru nak mula.
Nasib mak aku cakap awal.Sebab aku tak jangka pun puasa akan datang secepat.Masa dah makin bergerak pantas.Ok lah agaknya.Bila di congak balik,ada ke rongak-rongak dalam puasa aku?Kalau tak salah dulu pernah ada empat hari.Tu pun dah macam 4 tahun lepas;sebab aku demam panas.Tapi gua dah cover baik punya.
Kali ni aku memang pasti,suasana akan jadi lain.Takkan ada lagi nugget ayam Ramly waktu sahur.Takkan ada lagi tau fu fa waktu buka puasa.Tak ada trip lima kali mak aku ketuk bilik atau tengok ada orang kena sembur air spray seterika.Aku pun tak payah nak ulang-alik ke rumah kawan-kawan buka puasa.
Puasa aku kali ni pun akan jadi lebih panjang.Sumpah dia akan jadi sangat panjang.Bayangkan di sini subuh antara pukul 2 pagi dan waktu maghrib pula di antara pukul 9.30 malam.Memang la slim melim jadinya aku nanti.
'Gila vain puasa 19 jam!' aku shout out kat ym Azim hari tu.Dia seronok lah,musim panas ni dia dekat Malaysia.Balik nak kahwin kata dia.
'Eleh kau,tu baru kat Middlesborough,cuba kau puasa dekat kutub selatan.Maunya kena puasa enam bulan terus menerus' Azim cuba buka cerita.(untuk info, klik sini,ke klik kat perkataaan klik.pandai-pandai kau lah).
Tak apa lah Azim.Nasib setahun je dekat sini.Nanti bila aku dah balik,puasa-puasa macam ni dapat pergi pasar ramadhan Gombak batu empat memang layan oh.Dia punya popia basah boleh buat orgasm.Tapi buat masa ni,kita layan buka puasa kat masjid Pakistan dulu.Dengar cerita setiap kali buka puasa,dia hidang nasi beriyani.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-42048715609125054322009-07-25T17:36:00.008+01:002009-07-26T14:21:53.417+01:00Dalam Kenangan<object height="344" width="425"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/UehSJlOQj2I&hl=en&fs=1&"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowscriptaccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/UehSJlOQj2I&hl=en&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" height="344" width="425"></embed></object>
Sedang aku bosan-bosan melayari internet,aku mendapat berita bahawa salah seorang pengarah tempatan yang aku suka meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.Memang agak mengejutkan.Aku ada juga dengar yang dia dimasukkan ke hospital,tapi aku tak menyangka yang ia mampu meragut nyawa dia.
Aku pasti semua orang kenal kepada Yasmin Ahmad.Kerana beliau lah kita berasa gembira,sedih,dan sebagainya.Filem-filem yang di arahkan beliau adalah antara yang terbaik untuk aku.Karya-karyanya walaupun bersifat agak santai tetapi ia masih menunjukkan suasana Malaysia yang moden, 'comel',dan berani.Jauh lari dari filem-filem konvensyenal Malaysia yang lain.
Kita semua tersenyum bila kita melihat keletah Kak Yam dan kita menitiskan air mata apabila Jason terbaring diatas jalan bergelumang dengan darah.Iklan-iklan yang di arahkan beliau juga sangat menarik hati apabila banyak isu masyarakat digunakan untuk memupuk nilai-nilai murni.
Sebenarnya apabila aku berangkat ke Middlesborough,filem beliau bertajuk Muallaf sudah mula di tayangkan di Singapura tetapi malangnya atas sebab-sebab tertentu,ia tak dapat di tayangkan secepat mungkin di Malaysia.Mungkin aku akan ada peluang berikutnya untuk menonton Muallaf tapi aku takkan dapat lagi menonton buah tangan dari pengarah yang sangat aku kagumi ni.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-91709831113651639932009-07-19T13:59:00.003+01:002009-07-19T14:42:07.008+01:00Johnny Depp Pun BolehSebenarnya aku dah hampir gila untuk tunggu dan menghabiskan cuti musim panas di England ni.Aku dah pergi hampir seluruh tempat di kawasan North East dan aku jangka tak akan pergi mana-mana lagi selain London.Itu pun bulan November nanti.Tengok Green Day live in concert hoi.Gila teruja ni walaupun tiket yang aku order masih tak nampak bayang.
Aku juga pernah menyuarakan pendapat aku nak menghabiskan baki cuti sekurangnya seminggu di Malaysia dekat mak aku.Tapi dia cakap,'Abah hang nak suruh merantau kat tempat orang'.Aku dah mula rasa ralat kat situ.Adik aku yang masuk PLKN tu pun mampu balik cuti,tapi aku ni sedih saja.Kenapa lah aku tak masuk University of Port Dickson je dulu,senang sikit nak balik rumah ulang-alik.
Bagi menghilangkan rasa bosan aku sempena musim panas ni,selain dari online dan bercinta;aku juga menghabiskan masa untuk menonton tv.Mujur lah rumah aku dilengkapi dengan tv kabel.Jadi tak lah vain sangat nak tengok rancangan-rancangan menarik.Softcore porn pun ada,jangan kau tak tau.Tapi jarang lah aku tengok;bukannya nampak apa pun.
Tapi walau macam mana pun,aku tetap rasa bosan di sini dan oh paling malang sekali, gua sekarang ni tengah nervous breakdown juga.Bukan sebab apa,tapi aku dah bosan duduk rumah tak buat apa-apa.
Rasa nak lepak Hakim seksyen tujuh saja sekarang ni.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-31558810991268572372009-07-13T14:14:00.004+01:002009-07-13T14:24:54.135+01:00Hari Isnin Panas
Dulu dia ni kedekut bilik dia.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-37189526126216229092009-07-04T14:30:00.003+01:002009-07-04T14:51:29.937+01:00Hidup Aku Untuk Aku Hidup.Sewaktu aku kecil dulu,aku boleh di katakan antara cucu yang rapat dan paling hommies sama tok aku.Aku anak sulung mak aku,yang juga anak bongsu dalam keluarga dia.Jadi bila aku lahir,aku boleh di label sebagai cucu paling kecil dalam keluarga.Jadi secara tak langsung,aku pun turut di manjakan oleh nenek aku dan pakcik makcik aku.Gila mewah hidup gua waktu tu,apa minta semua dapat.Nasib waktu tu Proton tak keluar kereta Gen 2 lagi waktu tu.Kalau tak,mesti dah dapat.
Tapi mak abah aku tidak lah manjakan aku sangat.Mereka tegas dengan aku agar tak ada lah aku nak jadi bimbo bila dah besar macam sekarang.Walaupun macam tu,perhatian semua orang tetap terhadap aku.Sikit-sikit Syafiq,sikit-sikit Syafiq;umur lima tahun pun aku dah merasa hidup macam selebriti.Kadang-kadang tu terasa lelahnya.
Lagipun waktu tu aku sekeluarga tinggal dengan tok aku.Agaknya depa dua nak teman tok aku;sejak tok wan meninggal,dia hidup seorang.Seronok tinggal dekat kampung,tambah-tambah lagi bila tengahari.Member paling rapat aku waktu tu nama dia Asrol,dia jiran belakang.Segala aktiviti aku akan jalankan sama dia.Tapi bila aktiviti kena rotan dengan mak dia,aku tarik diri.Tak gemar sangat kena piat tu.Menyengat rasa dia.
Bila aku fikirkan balik bila aku dah besar macam sekarang,rasa tu buat aku rasa bahagia.Tapi sekarang benda tu dah hilang.Rumah tok aku dah jadi bengkel sejak dia meninggal,pakcik makcik aku semuanya makin tua,Asrol tu entah kemana,aku pun dah makin berumur dan tidak lagi di manjai.Aku agak ni lah kot pusingan kehidupan.
Tak semua benda berkekalan.Dan kita yang tinggal ni,mesti jalan ke depan.Pandang ke belakang untuk buat peringatan.Memang dah adat.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-56149085288766985072009-06-30T22:19:00.003+01:002009-06-30T22:41:21.897+01:00Tunggu Si Dia BangunDah tiga hari Cinta aku mula bekerja(ikut waktu Malaysia).Dan dia selalu cakap yang dia selalu rindu zaman remaja dia.Dia sangat rindu sewaktu dia menjadi student semua;bebas dari tanggungjawab pendek kata.Tak payah nak fikir bayar duit kereta,tak payah nak fikir nak bayar loan pelajaran(walaupun lambat laun kena bayar juga tapi siapa pun yang akan kenakan tindakan kepada pelajar yang sedang menuntut?).
Eleh ingat dia sorang saja?Aku pun sama.Nasib baik lah aku sekarang masih menuntut tapi lambat-laun aku pun kena keluar ke dunia luar dan rasa segalanya.Segala tanggungjawab,sepak terajang dan kena mengorat;semuanya sudah tersedia untuk dunia masa depan aku.
Umur pun dah semakin meningkat.Dulu aku congak dalam kepala,masih 16 tahun tapi lama-lama ia berubah menjadi 18 tahun.Banyak bezanya.Aku pun kena rancang baik punya perjalanan hidup aku.Mana nak kumpul duit beli Gen 2,mana nak kumpul duit beli cincin tunang lagi(ahaks).Semuanya kena rancang ikut plan terbaik.
Buat masa ni,aku masih mencuba untuk berjaya dalam hidup.Sudah menjadi adat,yang berjaya akan di atas dan memerintah.
Oh no!
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-38093368276087862222009-06-23T20:02:00.005+01:002009-06-23T20:20:28.622+01:00Matahari MatahariUmur aku sekarang dah cecah lapan belas.Dah tua rasanya.Untuk kehidupan sepanjang ini aku dah capai segalanya.Tapi aku tak pernah anggap semua apa yang aku capai sebagai kejayaan,tak pernah aku rasa sebarang kejayaan total.Aku tak pernah menang trofi pertandingan catur,aku tak pernah menang kejuaraan Grand Slam.Tapi aku berani cakap yang segala pengalaman yang aku kutip dari hidup aku gunakan sebagai pengajaran.Mana satu baik,aku akan simpan elok-elok di dalam kotak memori,yang buruk pula aku akan kutip dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi.
Aku tak pernah sempurna.Ada perkara tu aku akan buat sengaja atau tidak dan menyakitkan hati kau.Ramai yang sakit hati dengan aku,aku tau.Walaupun kau tak boleh buat apa-apa tentang ni,aku harap kau semua lupakan saja kejahatan yang aku pernah buat pada kau semua.Aku minta maaf pada kau semua.Mungkin kau semua anggap segala kebahagiaan yang aku ada sekarang ni adalah hasil usaha aku dengan berbuat jahat pada kau semua.Maafkan aku.
Sekarang aku bahagia.Aku ada keluarga aku,aku ada Cinta aku dan kawan-kawan baik yang tak habis-habis memberi cahaya pada aku.Aku mungkin kaget dalam membalas kembali apa yang dia semua bagi pada aku.Tapi manusia ada masa-masa bodoh dia.Jadi aku harap kau semua tak usah lah berkecil hati pada aku.Aku dah tak jahat macam dulu.Sekarang aku cuma fikir nak menjadi tua bersama kau semua saja.Dan kau juga Cinta.Maafkan aku kalau aku dah buat kau marah sama aku.Kau saja yang aku nak.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-87985597622123874722009-06-22T21:11:00.003+01:002009-06-22T21:29:35.632+01:00Apa Aku Makan?'Eh apa kau makan kat sana selalu-selalu eh?Babi-babi ada tak?Nampak gemuk macam babi lah kau sekarang ni'
Seorang kawan aku yang naif tahap nak kena pijak tanya aku lama dulu.Aku pasti kau semua pun nak tau apa diet seharian aku kan?
Sebenarnya aku paling minimal dalam bab-bab makan ni.Satu hari,boleh di katakan tak sampai 2 kali pun aku makan.Sarapan dan makan tengah hari.Makan malam aku jarang ambil,agak-agak madam besar dah bising baru aku akan terhegeh-hegeh teringat nak makan.Tapi makanan halal adalah bukan masalah di sini kerana Middlesbrough ni merupakan pekan yang agak tinggi kehadiran imigran dari Pakistan dan negara-negara Arab.
Jadi setakat nak makan nasi beriyani tu aku masih boleh petik jari lagi.Tapi kalau nasi beriyani gam tu,sampai esok petik pun belum tentu dapat lagi lah kan.Kalau nak beriyani gam,paling afdal kau pergi kat TTDI.Aku kan jauh,mana boleh pergi,jadi nanti balik aku nak kau semua pakat-pakat belanja aku sepinggan dua.Layan weh nasi beriyani gam.
Lagi satu makanan kegemaran aku sementara di sini ialah Fish and Chips.Mitos mengatakan fillet-fillet yang di gunakan untuk hidangan ini ialah ikan Haddock.Tadi aku dah google,muka dia iras-iras ikan Tongsan tapi mana ada ikan Tongsan tinggal dalam laut.Jadi kau panggil saja lah dia ikan Haddock.Semua nak translate,kau ingat aku tak ada kerja?Fish and Chips di sini biasanya akan di goreng kuning dan akan di hidangkan dengan cuka,garam dan sos tomato.
Kemudian di sini juga aku boleh nak dapat ayam tandoori.Ayam-ayam tandoori di sini saiznya lebih besar dari Malaysia.Kalau kat Malaysia tu,lagi kecil ayam tu maka akan lebih mahal lah dia.Tapi di sini,ia akan jadi lebih mahal sebab tukaran asing Malaysia kan lagi rendah dari Pound.Tak kelakar langsung pula.Lantak lah.Tapi aku jarang makan tandoori,di sini atau di Malaysia;sebabnya aku tak boleh makan rempah banyak sangat.Nanti aku panas badan.Bujang-bujang ni panas badan tak baik sangat.
Tapi secara totalnya,kebanyakkan makanan aku terdiri dari makanan orang Pakistan.Dan paling menyedihkan,KFC yang halal hanya terdapat di London.McDonald's memang harapan lah,tak ada langsung outlet yang menyediakan hidangan halal.Bagus lah agaknya untuk aku,sekurang-kurangnya aku tak menyokong ekonomi jahat zionis.Angkat tiga ibu jari untuk aku.
Best.
Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-81013423378967268752009-06-14T21:21:00.004+01:002009-06-14T21:31:58.958+01:00Hey Hey Let's Go!Keadaan musim panas di England agak berlainan dengan keadaan di Malaysia(duh!).Siang malam di sini boleh di katakan sangat pelik.Malamnya akan menjadi sangat pendek,manakala siangnya adalah sangat panjang.Bayangkan matahari hanya akan tenggelam pada pukul 9 malam dan ke atas.Mungkin kerana ini juga lah aku menjadi sangat gemuk di sini.Dalam kepala aku,makan malam hanya boleh di makan bila ia sudah gelap.Dan untuk makan sesuatu hidangan berat pada pukul 10 malam,hanya lah menyebabkan lemak berkumpul dan menampakkan diri kau gemuk.
Cuaca di sini yang nyaman dan kadang-kadang sejuk tu juga kadang-kadang buat aku malas sekali nak berjogging di waktu pagi.Kebanyakkan masa pagi aku di habiskan di atas katil menunggu cuaca menjadi panas dan sesuai.Tapi setiap kali cuaca begitu sampai,kedai Fish and Chips seberang jalan dah mula menjalankan operasi.Jadi,dari berjogging,baik layan Fish and Chips.Sedap juga kalau dapat makan panas-panas.
Kadang-kadang tu,aku hanya boleh merancang.Tapi displin yang lemah buat aku tewas berturut-turut.Nasib Cinta aku tak begitu memandang rupa paras aku.Tapi seboleh-bolehnya nak juga aku nampak hot.Kot-kot dia juga yang bangga kalau agak-agak ada orang tanya;'Boyfriend sapa lah ni handsome sangat?'
Esok nak kena jogging lah!Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-87904123617611686742009-06-14T09:16:00.002+01:002009-06-14T09:21:32.696+01:00Tak Semua Benda SelamanyaHari ni mak aku balik ke Kedah.Satu perjalanan yang tak di rancang;mengejut.Wa Mad aku dalam keadaan yang nazak.Dalam bahasa Kedah,Wa bermaksud yang paling tua dan boleh lah dianggap sebagai pangkat Pak Long.Oh aku ada memori indah banyak sangat tentang dia dan aku sangat sedih.
Ok bye.Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-71860996355317714122009-06-12T20:21:00.006+01:002009-06-13T20:43:08.960+01:00Dia Tengah MarahCuti musim panas merupakan cuti yang di tunggu-tunggu oleh semua orang yang berada di negara yang beriklim 4 musim.Waktu ni di mana cuaca menjadi panas mengikut kulit mereka dan secara amnya,segala sektor yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pelajaran akan bercuti.Aku pun turut terlibat juga.Aku ingin balik ke Malaysia tapi aku di nasihatkan untuk tunggu dan menikmati segala panorama yang ada di England.Mana aku nak pergi?Aku tau England besar dan macam banyak nak pakai duit.Buat masa ni,aku ingat nak pelan-pelan jelajah Northeast region.
Kawan-kawan aku sudah ada pun yang balik ke Malaysia bercuti.Aku tengok bukan main melompat terkinja-kinja nak balik.Cis tak tahu ke aku pun cemburu?Aku pun ada mak abah dan Cinta juga di Malaysia.Kalau diikutkan berani,mau saja aku masuk dalam baggage Amin kat bawah ruang tamu tu.Buang semua baju dan masuk.Nasib aku tak berani.
Kemungkinan besar aku akan menghabiskan cuti musim panas aku ke Manchester atau Liverpool.Di situ merupakan tempat yang melahirkan muzik yang selalu berkumandangan dalam lappy aku.Silap-silap haribulan,aku boleh makan fish and chips dengan Steven Gerrard dekat Liverpool.Si Hasnol pula asyik mengajak untuk ke Sepanyol tapi aku kalau boleh alang-alang merantau sampai keluar eropah ingin sekali nak pergi Disneyland Paris,sambil-sambil bercuti situ boleh survey tempat bulan madu dengan Cik Epifah nanti;menyelam sambil minum air orang cakap.
Semua ni masih lagi impian aku.Masa aku ada 3 bulan saja.Terhad untuk pergi mana-mana.Tapi percaya lah yang aku akan berusaha untuk menggembara melihat tempat orang.Entah bila lagi aku nak datang ke sini.Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-27031836471611415602009-06-12T15:45:00.003+01:002009-06-12T16:54:03.257+01:00PelangiWaktu aku sekolah menengah dulu,aku seorang pengawas yang sangat garang orangnya.Walaupun sedikit garang,tapi aku tak pernah mengabaikan aktiviti ponteng kelas.Tambah-tambah lagi kalau hari tu ada tuisyen kat Pusat Tuisyen Martin.Selalu-selalu kelas tuisyen akan bermula pada pukul 3 petang tapi aku memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam persediaan untuk bermain di Cyber Cafe dan layan mesin kuda sekurang-kurangnya 13 kali larian.Jadi aku akan perlahan-lahan menyamar sebagai pelajar sesi petang.Cara paling mudah ialah dengan mencabut tanda sesi dan berlagak cool.
Selalunya aku akan bermain mesin kuda untuk mencari modal tambang bas ke Pudu.Waktu tu kalau tak salah,bas Intrakota cas kami lapan puluh sen.Agak-agak menang RM 2 pun dah cukup dah.Boleh buat main counterstrike setengah jam,beli roti 40 sen sebungkus dan tambang bas.Kadang-kadang tu tak bayar pun,naik bas terus tidur.Duit bulan-bulan mak ayah kasi,boleh simpan buat pergi gig atau beli kaset punk.
Hari tu aku dengan Azman.Ingat lagi,seminggu sebelum tu aku kena tinggal dengan girlfriend paling garang pernah aku jumpa.Nasib la dia tinggalkan aku.Kalau dia pukul aku dengan kayu besbol?Mana nak cekau duit buat pembedahan plastik.Jadi untuk menggembirakan hati aku yang lara,Azman mengajak aku untuk pergi ke Bukit Bintang.Tak payah masuk kelas dia kata,aku pun mengangguk tanda setuju.Ponteng-ponteng ni aku tak pernah protes.Protes tanda lemah.
Jadi sampai lah kami dua dekat Sungei Wang.Waktu tu tempat tu up sikit.Ada kedai cd tu dia jual vcd Linkin Park live in Texas yang kami tak pernah mampu nak beli.Budak-budak sekolah kerajaan macam kami mana mampu nak pegang duit RM 34.90 pergi jalan-jalan kat Sungai Wang.Dapat beli nasi ayam kat foodcourt tingkat 4 tu pun sudah kira berkemampuan.Tapi sekering mana pun poket aku,aku tetap menyimpan perasaan untuk membeli Adidas Superstar.Baru nampak macam Fat Mike.
Tengah aku membelek kasut kat Al-Ikhsan kat BB Plaza,tiba-tiba datang seorang pakcik ni.Dia minta tisu dari Azman.Dia ni nampak macam baru balik kerja,dengan tali leher dan baju kemeja tuck in.Tak pun dia tengah ponteng kerja,sebab waktu tu baru pukul 3.30 petang.Azman cakap dia tak ada tisu.Pakcik tu kemudiannya menjadi sangat mesra pula,dia suruh panggil dia Uncle Is.Cis nak nama mat saleh je.Dia ajak kami untuk temankan dia kat Mc Donald's Sungei Wang.
Kami yang tengah lapar ni pun apa lagi.Orang mengantuk disorongkan bantal.Kurang-kurang dapat simpan duit belasah addbot esok.Lepas tu Uncle Is mula buka cerita.Dari rumah dia sampai lah ke anak cucu dia.Tapi dia nampak berkenan sangat dengan Azman.Asyik bercakap dan ketawa bersama Azman.Dia yang selama ni banyak bercakap tiba-tiba bertanyakan nama kami.
'Adik dua ni nama siapa eh?' dia tanya.
Aku pandang Azman.Dia pun pandang aku.Tak baik bagi maklumat peribadi dekat orang yang baru kita kenal.Tambah-tambah lagi orang tu muka macam sindiket menjual kanak-kanak.
'Aladdin' jawab Azman selamba.Aku tengok dia sambil nak tergelak.Aku pun fikir nak petik nama Nazir sebelum aku tersedar yang aku masih ada nametag kat dada.Jadi selamba saja Uncle Is tu kenal aku.Uncle Is dah mula menunjukkan taring sebenar.Dia ajak kami untuk datang semula ke sini hari sabtu ni.Dia cakap dia nak belanja kami dua karaoke.Aku dah mula berkerut,lain macam saja ini brader.Dia mula minta nombor telefon Azman.
Lagi sekali Azman buat sial.Dia petik nombor telefon rumah Gembo.Uncle Is salin dan simpan dalam beg dia.Nampak sangat dia suka kat Azman kan?Sebab dia tak minta pun nombor telefon aku.Waktu tu aku dah start pakai handphone tau.Baru nak berlagak tunjuk 3310 baru aku,tapi tak jadi.Selepas lama kat situ,kami masing-masing minta diri.Nanti balik lambat kena syak bukan-bukan pula.
'Kau tengok apa macam bok?' Azman tanya aku.
'Aku pun pelik dengan dia,tiba-tiba je ajak pergi karaoke.Mau dia jual bontot kita waktu tu habis la aku,kahwin pun tak lagi' aku jawab.
'Pastu agak-agak kalau dia telefon rumah Gembo,Gembo angkat bagi salam tak?'aku tanya balik.
Kau semua jangan main-main.Gembo tu ketua pengawas surau sekolah tu.Tiap-tiap pagi sebelum masuk kelas,dia yang baca doa kat perhimpunan tau.Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-75750860364529044782009-06-11T20:19:00.006+01:002009-06-11T20:44:36.669+01:00Awan Biru Buat Aku GilaMusim panas di Middlesborough bukan lah seperti di rancangkan.Iklim di sini bertukar-tukar ikut suka hati.Kau tak akan rasa panas selamanya dan kau tak akan rasa sejuk untuk masa yang panjang.Bagi menambahkan garam pada luka,ia akan hujan dan angin yang datang bersama hujan akan membawa hawa yang sejuk.Bukan rancangan yang baik untuk kau menjemur kain.Macam aku,sudah masuk tiga hari pakaian aku di ampaian.Esok nak pergi kenduri,apa cerita sekarang ni pergi kenduri doa selamat pakai baju tengkorak?
Ketika aku di Malaysia tak lama dulu,aku pernah menghadiri penerangan ringkas tentang cara hidup di England.Aku di janjikan yang kami takkan di curahkan hujan yang banyak kerana menurut Mr. Norman Paddington,Middleborough atau Teeside berada di Northeast region yang mana kurang mengalami sebarang musim hujan atau lebih di namakan dry area.
Tapi jangkaan aku adalah meleset sama sekali.Hanya penerangan dia tentang cara hidup malam mat saleh di sini saja yang boleh pakai.Mr Norman Paddington tu mana pergi aku pun tak tau.Kalau aku nampak kereta Rolls Royce dia,mesti aku siku side mirror.Sebenarnya cara hidup malam mat saleh sini nampak meriah sekali;kalau di sini disko yang paling hips nama dia The Crown.Setiap kali lalu depan The Crown,mesti aku teringin sangat nak masuk.Tapi wajah comel mak abah dengan Cinta mesti akan muncul dalam kepala.Tu yang buat kadang-kadang aku tarik nafas panjang juga tu nak jengah masuk kepala.
Tapi sekarang ni,disko tak disko.Aku kena cari cara macam mana nak keringkan baju.Kena pakai baju terbaik untuk kenduri doa selamat kat Ayersome Street esok.Mana tau kot-kot ada peraduan King and Queen.Silap haribulan boleh bawa balik hamper Danone.Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1130085165451185356.post-88421633679700045512009-06-11T09:18:00.004+01:002009-06-11T12:19:40.035+01:00Masalah Lama Dengan Twist TerbaruAku tengah mengalami masalah terbesar dalam sejarah hidup aku;badan aku semakin membesar.Ya aku tau ni masalah lama tapi kali ni ia betul-betul menganggu kehidupan aku.Bila berdiri depan cermin,apa yang aku lihat ialah sepasang tangan sebesar bata,paha sebesar kampit baja,pipi setembam selasih dan gabungan huruf seperti 38 dan F.
Sudah tak handsome macam Tim Armstrong.
Bukan lah aku tak mahu in shape kembali atau apa-apa tapi keadaan sejuk di sini memaksa aku untuk terus makan dan makan untuk mengekalkan suhu panas optimum badan aku.
Cantik kan alasan aku?
Kukuh sungguh.Flawless tahap bukan-bukan.
Tapi aku merasakan aku juga harus menjaga kesihatan aku.Cita-cita untuk memakai skinny jeans sebelum kahwin pun nampaknya masih dalam samar-samar.Takkan lah aku nak cita-cita untuk merasakan bagai mana bebola kacang aku di dakap dengan kain denim hitam tu terhapus begitu saja.Jadi aku kena teruskan usaha untuk melawan lemak di badan.Teruskan berlawan dengan titisan peluh terakhir. Kau semua doakan saja lah kejayaan aku.
Stop your messing around,
Better think of your future.
Time you straighten right out,
Creating problems in town.
A message to you,rudai!Amir Syafiqhttp://www.blogger.com/profile/04533788695184911716noreply@blogger.com8