Pukul 1 pagi,Hari Sabtu.
Malam jadi makin sunyi.Kesunyian itu hanya di temani tiang-tiang lampu dan bunyi bising dari kenderaan-kenderaan.Ini lah kotaraya yang tak pernah tidur.Siang dan malam adalah sama.Tetapi keindahannya tetap sama,tidak pernah pudar cantiknya walau sudah berusia beratus-ratus tahun.
Sayup-sayup dari celah-celah lampu kelihatan satu susuk badan.
Dia berhenti di belakang sebuah lorong.
Dia menyalakan sebatang rokok Malboro yang di capainya.Di hisap dalam dan di hembus kuat.Nafasnya masih tercungap-cungap.Rasa nikotin memenuhi kepala,terasa ringan.Rasa khayal itu membuatkan dia terlupa sebentar apa yang telah terjadi tadi.Dia tahu,di sini bukan destinasinya.Masih jauh lagi perjalanan harus dia tempuh.Di lorong belakang ini,dia masih terdedah dengan bahaya.
Dia juga sedar rakan-rakannya yang dia tinggalkan di belakang itu mungkin telah menerima nasib mereka.Azab seksa yang sangat perit.Namun tiada siapa suruh mereka untuk minum dan berkhayal.Dia memang sudah jangka ini akan terjadi.Nasi sudah menjadi bubur.Mujur lah dia tak terlibat sama.
'Aku sudah pesan,jangan buat ni kat luar.Tak guna' dia berdengus kepada diri sendiri.
Kini dia sendiri.Berseorangan untuk cuba mencari tempat yang sesuai untuk tidur atau sekurang-kurangnya melepaskan lelah.Dan tempat itu harus lah tempat yang selamat tanpa gangguan skinhead-skinhead yang mengejar dia tadi.
Dia juga sudah tiada sesen pun tinggal untuk pulang menaiki teksi.Perkhidmatan bas pula hanya akan bermula pada pukul 5.30 pagi.Dia ada hampir 4 jam untuk meneruskan hidup.Dia pasrah.Di belasah sepuluh orang skinhead memang bukan pilihan langsung.Dia duduk sementara memikirkan rancangan paling agung untuk menyelamatkan diri.
Tiba-tiba dalam kepekatan malam itu,kedengaran bunyi but-but Doctor Marten menghempas tar jalan.Keadaan menjadi kaget.Mereka sudah nampak dia duduk di bawah sebatang tiang lampu.
'Jangan menyerah!';tubuh kurusnya memaksa.Dia menghembus asap terakhir dan terus berlari.Puntung rokok separuh terbakar itu di balingnya ke tanah.
Dia tau,kehidupan sebegini ialah pilihan nya.
Dia tau,bahaya sebegini akan sentiasa ada dalam hidupnya.
'Biarlah' kata hatinya.Ini semua sementara;hidup selagi muda,bergembira sebelum tua.
'Ya ini hidup yang aku pilih' dia tersenyum sebelum hilang di sebalik bangunan Times Square yang masih dalam pembinaan itu.
Asap dari rokok Malboro itu masih terus menyala.Menanti saat untuk menjadi puntung,menjadi abu.
Sama seperti adat kehidupan.
Apr 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment