Jul 25, 2009
Dalam Kenangan
Sedang aku bosan-bosan melayari internet,aku mendapat berita bahawa salah seorang pengarah tempatan yang aku suka meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.Memang agak mengejutkan.Aku ada juga dengar yang dia dimasukkan ke hospital,tapi aku tak menyangka yang ia mampu meragut nyawa dia.
Aku pasti semua orang kenal kepada Yasmin Ahmad.Kerana beliau lah kita berasa gembira,sedih,dan sebagainya.Filem-filem yang di arahkan beliau adalah antara yang terbaik untuk aku.Karya-karyanya walaupun bersifat agak santai tetapi ia masih menunjukkan suasana Malaysia yang moden, 'comel',dan berani.Jauh lari dari filem-filem konvensyenal Malaysia yang lain.
Kita semua tersenyum bila kita melihat keletah Kak Yam dan kita menitiskan air mata apabila Jason terbaring diatas jalan bergelumang dengan darah.Iklan-iklan yang di arahkan beliau juga sangat menarik hati apabila banyak isu masyarakat digunakan untuk memupuk nilai-nilai murni.
Sebenarnya apabila aku berangkat ke Middlesborough,filem beliau bertajuk Muallaf sudah mula di tayangkan di Singapura tetapi malangnya atas sebab-sebab tertentu,ia tak dapat di tayangkan secepat mungkin di Malaysia.Mungkin aku akan ada peluang berikutnya untuk menonton Muallaf tapi aku takkan dapat lagi menonton buah tangan dari pengarah yang sangat aku kagumi ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment