Jan 28, 2009

Sebelum Mandi





Aku jumpa ni dekat e-album aku yang lama.Pernah di siarkan dalam blog lama aku,i-Tulis.

Aku Sakit Dan Benci

Oh aku hilang aku punya lappy yang aku amat dearest.Jadi aku dah macam lelaki yang hilang dua belah kaki.

Jadi selagi aku tak dapat apa-apa pengganti,aku tak akan berupaya online dengan tahap maksima.

Tiada ym,tiada Myspace,tiada youtube dan tiada hidup.

Kalau kau rindu sama aku,aku masih ada Maxis yang aku boleh harapkan.

Dunia memang memang tak adil.

Dan sekali lagi,aku tak mau nak mencarut.

Aku Sakit

Dulu aku pernah cakap.Dunia memang tak adil.Baru-baru ni,dunia memang tak adil dengan aku.Rumah aku di pecah dan aku hilang kawan-kawan aku yang paling sayang.

Aku hilang lappy aku,aku hilang kamera video aku dan aku hilang kamera digital aku.

Nampaknya aku sudah boleh mula ucapkan selamat tinggal kepada Pertandingan Filem Pendek Astro Kirana 2009.

Aku benci lah kalau dah berusaha tapi nasib tak sebelah kita.

Dunia memang tak selalunya indah.

Dan aku tak mau mencarut kali ni.

Jan 24, 2009

Mati Bosan

Sepatutnya hari ni aku pergi main paintball dengan kawan-kawan.

Tapi ego dalaman aku menghalang aku untuk ikut sama.

'Kau kalau pergi pun bukan sebab diorang nak kau kat sana.Kau cuma seorang yang mencukupkan korum'

Ye memang betul pun.Dah pernah jadi dah sebelum ni.Ingat aku tak tau betapa aku ni memang sekadar watak pengcukup korum.

Ah bukan satu hari ni dan kawan-kawan ni saja.

Orang lain pun sama.

Aku dah bosan lah dengan orang yang ambil kesempatan ni.

Biar mati bosan pun aku tak hadap dengan kau.

Jan 23, 2009

Rimas

Sekarang ni panas lah kawasan rumah aku.

Rimas nya hidup.

Kalau ada hujan kan lagi seronok.

Buat gua emo tak bertempat lah panas-panas macam ni.

Jan 22, 2009

Masa Untuk Hero-Hero



Bila anda rasa kecewa.Anda perlukan seorang hero.Aku ada ramai hero yang selalu ambil pusing pasal aku.

Sayang kau semua.

Muah.

Jan 21, 2009

Pembebel

Bila aku keluar dari sekolah.

Aku seorang remaja yang bersemangat.

Semangat aku bagaikan sebatang lilin yang menerangi insan lain.

Meluap-luap.

Tapi lepas bertahun-tahun usia remaja tu aku di habiskan.Segala sepak terajang aku rasa.Dan segala benda aku dah lalu.

Aku jadi layu.

Aku rasa nak cuba sesuatu yang baru bagi memuaskan baki-baki jiwa rebellious aku.

Yes.

Before I end up becoming a super-grumpy man.

Boikot Boikot !!!

Serius.

Aku memang betul-betul tengah boikot barangan Amerika dan Israel.

Aku boleh saja tak nak ikut.Tapi memandang gesaan sesetengah pihak yang agak mendesak.Aku tabahkan hati.

Aku tak boleh lah tak minum coke walaupun sehari.Tapi sekarang dah macam 2 minggu dah.Aku pun tak boleh minum sangat-sangat Malta.Sebab air gandum akan menggemukkan.

Agak-agak kat Cheras ni,mana nak cari Zam-Zam Cola atau Mecca Cola ye?

Mimpi Indah

Sebenarnya aku lebih suka meluahkan rasa kepada orang-orang yang aku tak kenal.Orang yang kadang-kadang tu aku sendiri pun tak pernah nampak muka atau tau nama dia.

Serius.

Sebab bila aku habis meluahkan segala,orang-orang tu akan teruskan hidup mereka dan tak akan pernah ambil pusing dengan masalah aku.

Aku pun tak perlukan pertolongan orang untuk semua masalah aku.I can handle it myself.Percaya lah.Mungkin orang lain yang kau jumpa memang susah nak selesaikan masalah sendiri.Tapi tidak bagi aku.

I just want to be heard.

Itu saja yang penting.

Sebab tu aku menulis kat blog ni.

Aku tau sekurang-kurangnya akan ada strangers yang akan baca apa yang aku mengarut.

Ok.

Dah pergi teruskan hidup kau.Lupa kan aku.

Haha lagi sekali aku sungguh in denial.

Jangan Curi

Dua hari lepas aku mengadu dengan Izzat.

We were having a lunch in a restaurant.

'Hidup aku dah merapu..Segala nya aku rasa bosan.Dah tak ada spark untuk bergembira'

Music,cool bands,chicks,great books,poems are not cool for me anymore.

I wonder is this growing up or am I becoming a sicko.

'Ala cheer up a bit.At least you don't have children to raise lagi' Izzat cakap.

Lepas tu,kami bayar dan balik.

Itu lah kami,dua punk rockers tua.

Jan 20, 2009

Aku Membesar Dengan Cita-Cita Nak Jadi Chuck Norris

Matang adalah perkara subjektif.Kau tak boleh nampak.

Tapi sekarang aku dah samar-samar nampak.Betapa seorang budak kecil dalam diri aku dah pelan-pelan mau evolusi jadi seorang yang lebih bertanggung jawab.

Dan kurang rebel.

Oh aku paling tak suka part yang ini.



Blink 182-Dammit.

Dan mereka ni pernah cool dulu.

Macam aku.

Sekali Macam Ni,Selama Macam Ni

Oh tadi sekali lagi aku pergi ke Northpoint Mid Valley.Ada appoinment untuk memohon visa.Seperti biasa ada calon-calon yang membawa ibubapa.

'I don't have a good impression toward you boy' ketepek kena kat muka aku tadi.

Tiba-tiba saja makcik tu cakap kat aku.Ringan sungguh mulut dia mengata aku.Aku ingat aku cuma jawab telefon bukan nya dengan salam kot kat kawan aku tadi.Tiba-tiba saja dia nak naik emo.

Makcik,tu baru I cakap Oi!.Kalau I cakap benda lain macam mana?

Anak dia tak hebat pun dari aku,selalu sangat jadi anak mak sampai tak boleh nak blend in well with the crowd.Jadi pendiam.Mungkin aku yang banyak bercakap sana,jadi dia sama ada naik meluat atau jealous tengok betapa peramahnya aku berbanding anaknya.

Haha.

Makcik,lu tak rock ah!

Api Dan Air

Aku bangun awal hari ni.Sejuk dan rasa sebu.

Kau mesti perasan kan yang ada satu hari tu,kau akan jadi malas nak buat apa-apa.Rupa-rupa nya ni hari aku.Mata dah terjegil luas tapi aku malas nak bangun.

Sejak aku buka mata tadi,4 jam baru aku terasa nak pergi mandi.

Aku appoinment hari ni.Kalau tak mesti aku dah tidur sampai minggu depan.

Orang tua memang macam ni ke?

Jan 19, 2009

Jatuh Dan Kalah

Dunia tak pernah adil.

Semua orang akan cakap macam tu.Kita usaha terlalu banyak untuk sesuatu,tapi kita masih akan tetap di kecewakan.Dan paling perit bila,ia nya berlaku saat-saat akhir.

Ya dunia memang tak adil.

Tapi sekali dalam hidup,dunia akan bagi kau satu peluang untuk kau rebut.

Macam abang kat gig Butterfingers semalam.Emmet panggil dia hanya untuk bersiul untuk sebuah lagu tapi girang dia macam menang Akademi Fantasia.

'Aku dapat jadi sessionist Butterfingers woi !!!' dia jerit lepas tu.

Ok lah.

At least sudah ada orang yang akan mati dengan aman.

Tak Ok Sangat Sekarang Ni

Aku pernah mati dulu.

Kau dah boleh panggil aku a dead man walking.Tapi sesungguhnya aku hanya pernah hampir mati.Aku cuma koma.Sekurang-kurangnya aku sudah begitu hampir dengan kematian.Jadi kau boleh panggil aku an almost-dead man walking saja.

Ketika tu aku tingkatan 4.

Muda lagi.

Bila kali pertama aku buka mata kat Hospital Gleneagles tu,aku berjanji pada diri sendiri yang aku akan hidup lavishly.Aku mau buat apa yang aku mau.

Tapi ianya hanya boleh di kira semi-anarchy kot.Sebab aku masih tinggal sama mak dan ayah waktu tu.But of course,I really went for it.Walaupun sekadar untuk ala kadar.

Pada fikiran aku waktu tu,kalau aku mati lagi sekali pun,sekurang-kurang nya aku dah bersedia.I have live my life well.So there will not be any regret for me.

And it was yesterday.

Hari ni aku bangun dan tiba-tiba dapat berita yang seorang kawan aku kehilangan ayah yang dia sayang.Meninggal dalam tidur.

Aku tersentak.

Apa kata,kalau benda tu jadi kat aku?

Jawapan nya,aku memang tak bersedia lagi.Banyak benda masih aku tak capai dan paling penting sekali,aku rasa aku sangat muda untuk mati.

Tapi kalau dah di takdirkan apa nak buat ye tak.Tak perlu nak takut atau cuba mengelak.Ia tetap akan sampai,kau bersedia atau tidak.

Cuma aku akan mati dalam keadaan terkilan je lah.

Kesian.

Jan 18, 2009

Sepi Akan Pergi Selamanya


Ain Najiha: Si degil !!!

Tak Mandi Lagi

Aku macam biasa.

Sangat susah dalam bab planning ni.

Sepatutnya aku dah pergi mandi dan boleh start enjin kereta.Tapi aku masih terkandas kat meja laptop.

Ni pun nasib baik mak aku kejut tidur tadi.Kalau hidup sorang-sorang nanti.Siapa lah nak datang untuk pertolongan.Tak payah teruk-teruk pun.Aku cuma perlukan siapa-siapa yang boleh seterika baju aku je nanti.

Ah mengada-ada lah kau.

Hidup kena berdikari lah,baru lah rebel.

Ye lah,nak pergi mandi lah ni.

Cahaya Memerang

Semalam merupakan hari di mana aku kalah.

Malam di mana aku habiskan sepinggan nasi.Di mana selepas itu aku pergi untuk char keau tiaw Penang di Kajang dan ia jadi sangat rumit bila aku tak boleh tahan untuk goreng nugget pada pukul 3 pagi.

Tolong lah.

Aku tengah diet.

Jan 17, 2009

Kalau Tanya Pada Aku

Kawan aku pernah tanya aku.

'Agak-agak kalau kau jumpa Tuhan dalam masa terdekat,apa yang kau nak cakap dengan dia?'

Aku ingat aku nak jawab,

'Oh Tuhan,aku seorang yang baik sepanjang 2 minggu ni'

'Boleh tak aku jadi muda balik?'

'Aku tengah sakit pinggang lah'

Butterfingers Esok Di Istana Budaya



Hidup Ni Macam Muzik.

Kalau Kau Bosan Dengan Arus Perdana,

Ia Masih Akan Ada Alternatif
.


Sheesh..

Kambing

Semenjak dua menjak ni,setiap kali aku lalu di ruang tamu tempat Ain Najiha dan laptop dia mesti aku akan nampak dia sengih-sengih sambil menaip ym.

Well it is a normal thing for a growing teenager.Especially girls.Bergosip memang di latih sejak kecil.Aku fikir lah.

Setiap pagi,aku akan kacau dia di bilik dulu sebelum aku mandi.Tradisi sejak dia kecil dan mungkin sebab aku ni memang super-penyibuk punya abang.

Kali ni aku nampak dia senyum-senyum sambil menaip sms di handphone pula.

'Senyum-senyum apa?Hempuk kepala kat meja sat lagi' aku cakap.

Sah lagi bersuluh.

Dah ada boyfriend la tu.

Anarki Tua

Aku baru bangun dari tidur dan terjaga dari perasaan yang paling emo sejak semalam.It was hard though.Bukan tidur tapi perasaan.Aku rasa cuak semalam,cuak untuk hilang segalanya yang aku ada selama ni.Kali pertama setelah 2 tahun.

Dulu kawan aku panggil aku sebagai Amir Syafiq the Heartless.Lelaki yang tiada jiwa.Lelaki yang jual segala perasaan nya kepada syaitan konon-konon nya.Aku tak pernah risau pasal perasaan orang lain.Lelaki atau perempuan atau khunsa atau lelaki nak jadi perempuan atau perempuan nak jadi lelaki.

Pendek kata,aku pernah jadi anti-social.

Umur yang tua mungkin menjadikan aku seorang yang sedikit sensitif.

Tapi aku dah buat keputusan,tekad kan diri dan segala nya akan jadi ok.

Gila in denial kau.

Jan 16, 2009

Aku Pelupa







Aku ni baru berusia 17 tahun.Tapi malangnya aku adalah seorang pelupa.Tambah-tambah lagi bila ianya berkaitan dengan tempat di mana aku park kereta aku.

Selalu nya tangkap gambar saja lebih.Tak pernah jumpa terus pun.Abang guard juga yang akan tumpangkan aku naik motor dia sambil mencari kereta aku.

Kalau satu hari,kau nampak ada mamat berpakaian preman menumpang motorsikal seorang pengawal keselamatan dalam sebuah shopping mall.

Tegur lah.

Mana tau itu aku.

Kongsi Duka Mu Bersama

Tadi ada briefing.Memang kaw kaw punya bosan.Sudah lah bosan,lepas tu ada pula antara orang kat situ nak bawa ibubapa ikut sekali.Habis tak rock cakap kau.

Ok tapi aku tak kisah pun nak bawa mak ke,makcik ke,sepupu ke.Tapi pastikan ibu bapa anda berada dalam jagaan yang sempurna.Ini tidak,di biarkan mereka ni berkeliaran.

Semua benda nak kasi tau yang mereka serba tau.

Eh aku rimas lah Einstein.

Nasib nanti aku tak nak kawan dengan anak kau pun.

Usah Gentar,Segalanya Akan Jadi Ok

Aku tak boleh tidur langsung semalam.Gila insomania.Segala nya aku dah cuba nak tidur,turun bawah dan tengok filem jepun yang paling lambat pergerakan dia pun tak mampu buat aku mengantuk.

Siap habis satu filem dan mendapat review terbaik dari aku.Tak boleh tidur lagi.

I wish I could intoxicated myself with some panadol pills but I do not have any guts now.

'Takpa lah' I said to myself yesternight.

Jadi sekarang mata aku dah barai.Muka aku dah macam zombie.

Nak pergi jumpa orang lah pula hari ni,gila macam tak bersedia.

I wish I am in my juvenile.

Epi,siapkan mesin masa kau cepat-cepat....

Jan 15, 2009

Hey Sabar Lah

Aku teringat lagi bila Jiha nak tikam aku guna pisau steak dua hari lepas.Dia ugut aku suruh jadi matang sikit.Waktu tu aku baru saja bercakap nak berjalan bogel sama Amin kat dalam One Utama.

'Amir,mulut tu kalau cakap kotor lagi memang aku tikam kau dengan benda ni!'

Aku tengok sambil senyum.

Yani angguk tanda setuju.Yani mana berani lawan aku secara depan-depan.Bila si harimau Jiha tu dah mengamuk,baru Yani mampu berikan sokongan.Tapi aku tak pernah kisah,Jiha dengan aku dah memang macam adik beradik.Sudah tentu aku adik dan dia kakak yang garang.

Tahun 2009,aku masih main-main dan tak pernah serius dalam banyak perkara.Macam dulu-dulu,mungkin sejak dia kenal aku.Memang lah dia risau agak nya.Tapi jangan risau,sekali dah berjumpa jodoh aku akan serius.Sekali aku jumpa perkara yang berkaitan hidup aku,aku akan serius.

Tau Jiha?

Boikot Boikot !!!

Sudah seminggu aku tak makan McD.Ni semua sebab menyambut saranan Epi memboikot barangan Amerika.Tapi bukan McD saja lah,banyak lagi makanan dan minuman yang berpaksi kan Amerika ni macam Coke,Pepsi dan KFC aku boikot.

Kebanyakkan barangan yang aku tak tahu nak boikot,aku akan google senarainya di internet.

Tapi satu saja nama tak muncul lepas tiga kali anak mata melilau menengok senarai tu.

Guinness Anchor.

Jadi agak-agak kalau aku minum Malta ok kot.Sebab dia tak ada dalam senarai kan.

Fuh nasib...

Saya Suka Timothy Lockwood Armstrong


Kalau di berikan peluang untuk mengarahkan sebuah filem.Aku akan pilih untuk mengarahkan filem dokumentari autobiografi berdasarkan idola terhebat aku,Tim Armstrong.Bagi aku dia seorang pelirik dan pembuat lagu yang terbaik dalam dunia punk.

Kumpulan dia Rancid pula merupakan kumpulan terbaik pernah aku lihat dalam hidup aku(sebelum kumpulan Rancid,dia juga pernah menganggotai kumpulan punk ska lagenda, Operation Ivy).Kebanyakkan lirik dan lagu Rancid,kalau kau nak tau,Tim Armstrong lah yang tulis.Ideologi-ideologi gangster,setiakawan dan keamanan yang di terapkan dalam setiap lirik dorang,aku pegang sampai sekarang.

Dia ni aku sangat puja sampai dulu aku pernah buat satu kenyataan yang aku idolize dia lebih dari idola yang sepatutnya aku ikut.

But it was a foolish period though.

And still,I Heart Tim Armstrong yo.Peace.

Jan 14, 2009

Ronggeng Dengan Kawan-Kawan




Tadi aku mesej Ajiq.Memang aku tak pernah mesej dia petang-petang macam ni.Lagi pun dia lelaki,memang sangat janggal.

Tapi serius,aku rindu dengan batch kolej tahun 2004-2007 aku sekarang ni.Rindu sangat.Kalau boleh aku nak buat satu majlis dengan mereka semua ni.

Raya tahun baru cina ni,Fahmi dengan Jengkot nak ajak aku pergi Williams.Well not bad lah sebab dah lama tak jumpa kan.

Satu lagi gambar kat atas buat aku teringatkan kat filem Heart lah.Tambah-tambah tengok muka Norme dengan Nadia Izzati.

Ala yang Irwansyah sama Acha Sepriasa berlakon tu.

Tolong lah korang.

Dewasa Tapi Comel

Tadi berlaku perkara yang hebat.

Aku lebih memilih untuk mewikipedia judul buku dari menonton porn hub.

Mak, tengok lah.Anak mu kini sudah matang dan pelan-pelan mau jadi bosan.

Oh duniaaaaaa......

Istana Budaya Hujung Minggu Ni



Aku seorang yang mudah mendapat penyakit denggi berdarah dan penyakit super-bosan.Jadi untuk mengelakkan perkara-perkara berikut membunuh aku untuk kesekian kalinya,aku perlukan hiburan dari band-band yang gempak.

Jadi jika kau rindu aku,jumpa aku di Istana Budaya ahad ni.

Tiket dah beli kot woi!

Tak sangka kali ni aku tolak show Butterfingers bersama Hujan untuk show Transcendence yang menjanjikan Butterfingers lebih rock dari biasa .

Rock uh.

Impian Yang Bukan Aku Bikin

Pagi ni aku bangun lewat.Aku tak kisah pun tak pergi kelas atau tidak.Sebab aku dah berhenti kolej ha.Walau pun tak sepenuhnya lagi berhenti.Ni semua sebab kes sangkut yuran sem ni.Kalau aku tau lah,mesti aku berhenti sebelum zaman jahilliyah lagi.

Tapi aku orang naif plus comel.Kau tak boleh salahkan aku seratus peratus.

Kesian kan aku?

Tak ada duit walaupun nak berhenti kolej.Apakata kau belanja aku.Tak banyak.Dia dah bagi diskaun fifty percent lagi woi.

RM 1771.20 je.

What say you?

Jan 13, 2009

Jangan Risau Dia Takkan Baca Blog



Sayang mamat ni sangat.

Haha.

Gila Bosan

Dalam kepala otak aku ada satu benda yang akan bergetar bila aku super bosan.Benda tu macam rear alarm kereta abah kau,dia akan berbunyi bila ada benda di belakang kereta abah kau bila dia tengah gostan.

Jadi seperti aku cakap tadi.Aku super bosan.Aku buka youtube dan layan video shuffle mamat-mamat Malaysia.

'Oh syiok woi kalau aku pun macam tu'

Teett teett teettt..

Ok my super-boring senses are tingling.

Serius cakap power giler dia semua bershuffle.

Teeett teeettt teeettt...

Uh.

Bye.

Jan 11, 2009

Ronggeng Dengan Kawan-Kawan








Seronok kalau dapat ronggeng sama kawan-kawan.Tambah-tambah lagi,kalau kau sayang sangat mereka semua.

Bye.

Jan 2, 2009

Manusia Semakin Lemah

Hai.

Korang sedar tak yang dah banyak penyakit tengah melanda kehidupan kita seharian.Tak kira lah serius atau tidak,tapi antibodi kita tak mampu untuk menyembuhkan dalam masa terdekat.Paling-paling lama pun 3 hari,itu untuk demam panas biasa.Ini adalah perhatian aku sendiri terhadap sumber-sumber rapat.

Ok kenapa kita jadi semakin lemah?

Bagi aku,sebenarnya diri kita semua ni di lemahkan oleh bahan-bahan kimia yang telah di sogokkan dalam makanan harian kita.Tak payah lah nak sebut KFC atau McD atau Coke dan konpirasi yahudi nya.Makanan yang mak kau masak pun sebenarnya dah berlambak dengan bahan-bahan kimia.Kita ambil ayam,kalau kau semua nak tau.Ayam-ayam ni telah di suntik dengan antibiotik untuk mempercepat kan tumbesaran nya.Dan kesan antibiotik ni tak pernah hilang dan akhirnya meresap ke badan kau pula.Ingat,tak semua bahan kimia akan terus menerus menyakitkan kau.Ia nya akan secara perlahan-lahan memberi efek.

Mak aku dulu pernah pesan makan sayur banyak-banyak nanti besar dan handsome.Tapi masalah nya sayuran di negara kita ni terlalu toksin.Pihak-pihak pekebun menggunakan terlalu banyak racun perosak yang secara kumulatif nya memang akan memberi kesan jangka panjang kat tubuh badan kita.Kanser tu sebab kau makan banyak sangat racun la.Tapi aku tau mak aku tak pernah tipu.Sebab aku tak handsome dan tinggi adalah kerana aku makan terlalu banyak racun serangga perosak lebih dari sayur.

Sebenarnya benda ni dah berlaku terlalu lama.Ada pihak memantau tapi tak pernah berkesan.Ni sebab kuasa konsumer kita kurang.

Aku tak paksa korang berhenti apa yang kau makan sekarang.Aku sendiri pun sama,masih tercanguk minta order kat KFC nu.Cuma apa kata sekali sekala menjaga kesihatan badan.Bersenam ke,berjogging ke.Jangan tak tau,berpeluh mampu menyingkirkan toksin dari badan.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Bye.

Jan 1, 2009

Esok Dah Mula

Hai.

Esok Ain Najiha dah nak masuk sekolah.Bukan sekolah tadika lagi.Sudah sekolah menengah.Aku tak pernah nampak dia akan menjadi remaja.Memang tak pernah tercapai visi aku.Ain Najiha akan sentiasa aku nampak sebagai budak kecil.

Sekarang dia nak masuk tingkatan satu.Esok lusa kalau ada lelaki kacau dia pula macam mana?Kalau dia nak ada boyfriend pula macam mana?Sudah lah waktu kali pertama dia datang bulan,aku macam tak percaya yang adik bongsu aku ni dah besar.Rasa risau tu memang ada.Sangat banyak kau tau.

Jadi aku bagi amaran siap-siap kat siapa-siapa berani kacau adik kecil aku ya.Kau jangan nak buat bukan-bukan.Akibatnya adalah di luar jangkauan kau.Faham?

Bye.