Jan 2, 2009

Manusia Semakin Lemah

Hai.

Korang sedar tak yang dah banyak penyakit tengah melanda kehidupan kita seharian.Tak kira lah serius atau tidak,tapi antibodi kita tak mampu untuk menyembuhkan dalam masa terdekat.Paling-paling lama pun 3 hari,itu untuk demam panas biasa.Ini adalah perhatian aku sendiri terhadap sumber-sumber rapat.

Ok kenapa kita jadi semakin lemah?

Bagi aku,sebenarnya diri kita semua ni di lemahkan oleh bahan-bahan kimia yang telah di sogokkan dalam makanan harian kita.Tak payah lah nak sebut KFC atau McD atau Coke dan konpirasi yahudi nya.Makanan yang mak kau masak pun sebenarnya dah berlambak dengan bahan-bahan kimia.Kita ambil ayam,kalau kau semua nak tau.Ayam-ayam ni telah di suntik dengan antibiotik untuk mempercepat kan tumbesaran nya.Dan kesan antibiotik ni tak pernah hilang dan akhirnya meresap ke badan kau pula.Ingat,tak semua bahan kimia akan terus menerus menyakitkan kau.Ia nya akan secara perlahan-lahan memberi efek.

Mak aku dulu pernah pesan makan sayur banyak-banyak nanti besar dan handsome.Tapi masalah nya sayuran di negara kita ni terlalu toksin.Pihak-pihak pekebun menggunakan terlalu banyak racun perosak yang secara kumulatif nya memang akan memberi kesan jangka panjang kat tubuh badan kita.Kanser tu sebab kau makan banyak sangat racun la.Tapi aku tau mak aku tak pernah tipu.Sebab aku tak handsome dan tinggi adalah kerana aku makan terlalu banyak racun serangga perosak lebih dari sayur.

Sebenarnya benda ni dah berlaku terlalu lama.Ada pihak memantau tapi tak pernah berkesan.Ni sebab kuasa konsumer kita kurang.

Aku tak paksa korang berhenti apa yang kau makan sekarang.Aku sendiri pun sama,masih tercanguk minta order kat KFC nu.Cuma apa kata sekali sekala menjaga kesihatan badan.Bersenam ke,berjogging ke.Jangan tak tau,berpeluh mampu menyingkirkan toksin dari badan.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Bye.

No comments: