Apr 27, 2009

Kampung Aku Jauh




'Pergi sana setahun saja.Kawan-kawan lain nak tinggal dengan kerja kat sana tapi saya nak pergi setahun saja'

Setahun saja.Itu perkataan senang,pejam celik semuanya akan jadi ok.Itu apa yang aku rasa dulu,semuanya akan jadi macam ni punya senang macam petik jari.

Setahun saja.Itu yang aku cakap dekat mak,Cinta,kawan-kawan baik,kawan-kawan rapat,kawan-kawan online.Cakap memang senang,dua belas bulan pasti berjalan macam air.Tapi tak semudah ABC macam tu.

Tak sampai setahun aku dah mula rindu segala.

Cinta.
Masakan mak.
Lepak mamak.
Nasi campur.
Ikan keli.
Wayang setengah harga pada hari rabu.

Cepat-cepat lah masa berjalan.

Apr 25, 2009

Rawak


*Gambar Hiasan


Sebagai seorang pelajar,hari-hari aku sangat sibuk.Serius.

Tugas aku hanya bangun pagi,mandi,pergi kelas,balik kelas,pergi perpustakaan,fikir apa untuk makan tengah hari,makan malam (atau mencari alasan tak nak makan malam),marah-marah sebab sejuk sangat setiap hari,gelak-gelak dengan Mahda,telefon Cinta,telefon mak,ber IM dengan Cinta,kutuk Ain Najiha dan tidur.

Monotone kan hidup aku?

Dan aku tau,walau macam mana pun hidup kena sentiasa kemas.Tapi masalahnya aku jarang ada masa nak mengemas bilik.Bilik dah macam tahap gaban teruk.Tongkang pecah atau apa saja kau nak panggil.

Tapi perkara ni mungkin sebab cuaca kat sini sangat sejuk membuatkan aku malas untuk membuat perkara-perkara yang memakai banyak tenaga.

Tengok lah nanti dah panas sikit aku jemur la apa-apa yang patut.

Apr 20, 2009

Bila Aku Sudah Tiada

'Lepas aku balik,kita main post-rock' cakap aku kat Hadi satu hari tu.

Nampaknya macam tak sia-sia cita-cita karat aku tu.Hari ni satu telecaster putih dah sampai rumah.

Cool.

Aku nak cuba main lagu Ramli Sarip lah sekarang ni.Dalam percubaan nak main lagu post-rock,latihan kena mantap.

Apr 13, 2009

Kerjasama.

'Jadi punk lah seronok' tiba-tiba Izzat cakap kat aku.

'Green Day' dia cakap lagi.Muka nak habis ketat saja.Tangan nak buat tanda best juga je.

Waktu tu aku dalam tingkatan dua.Baru pindah lagi masuk sekolah tu.Jadi tak ramai kawan.Dia antara kawan paling rapat dengan aku sampai sekarang.Hommies karat.

Seminggu lepas tu,dia kasi aku pinjam kaset International Superhits dia.Aku belek kulit kaset yang warna serba merah jambu dan putih tu.

'Punk kena garang' dia pesan aku lagi.

'Tapi ada lagu She ni.Jiwang la pula' aku cuba pecah keadaan secara bongoknya.

'Punk kasih sayang' dia cakap.Aku senyum.

Kejap garang,kejap kasih sayang.Mana-mana lah kawan.

Ingat lagi.

Dan dari situ juga lah datangnya aku sekarang.Berkembangnya aku menjadi aku.Ada yang suka,ada yang benci dan ada yang jatuh hati.

Nolstalgia pula bila teringat cerita dulu-dulu ni.

Yeah!



Apr 12, 2009

Rom Tak Pernah Di Bina Dalam Sehari

Tiba-tiba Fahmi buzz aku.

Gila.

Aku mana boleh dengar.Aku pakai Meebo.YM aku kat sini boleh pakai waktu-waktu tertentu saja.Internet lembab.

'Woi budak tunjuk fuck dalam Facebook'

'Yo dawg' aku balas.

'Hang makin tembun aku tengok sejak pergi sana' dia tulis.

'Aku dah gemuk sebelum pergi sana lah' sejukkan hati.

'Girlfriend aku pun cakap aku tak gemuk sangat pun' aku tambah.
.............................................................................

Malam tu aku cerita kat Cinta pasal kawan-kawan cakap aku sudah makin gemuk dan betapa dia cakap aku tak lah gemuk mana;sama macam aku counter statement dari kawan-kawan aku.

'Eh awak ada girlfriend lagi satu ke?' habis sarkastik.

Pagi tadi aku cepat-cepat capai tracksuit dan mulakan langkah.Ahh kena kacau dengan orang putih mabuk pun lantak lah.

Apr 3, 2009

Perbezaan

Sepanjang hidup ni,apabila aku pusing belakang;aku akan dapati perkara yang jarang aku buat ialah berterima kasih pada abah aku.Bukan lah kerana aku ni anak derhaka atau apa,tapi sikap tegas dia buat aku rasa janggal untuk bermesra dengan dia.Aku rasa hormat dengan dia.

Abah aku pun tidak lah suka bertegas tak kena tempat.Cuma aku rasa,memang sepatutnya dia bersikap macam tu supaya anak-anak dia dapat di kawal dan membesar menjadi orang yang berguna.

Aku pernah ingat lagi,sewaktu tu aku masih darjah tiga.Seorang sepupu aku bercerita tentang untuk meningkat naik darjah empat,harga-harga buku akan meningkat dengan sangat banyak,RM 500 macam tu.Bagi seorang kanak-kanak yang suka freak out,aku menangis.Aku takut abah tak ada duit untuk menanggung pelajaran aku selepas itu.Habis lah aku,aku fikir.Kemudian dia datang dan dia pegang kepala aku.Dia cakap dia akan tanggung semuanya.Janji aku hanya akan belajar elok-elok.Lepas tu aku kembali tenang.Rasa seronok bila kau dapat perlindungan yang kau nak.

Tapi aku tetap kecewakan dia.Waktu muda dan darah panas.Banyak kali aku nampak dia kecewa dengan aku.Tapi walau banyak mana sekalipun dia kecewa dengan aku,dia tak pernah putus asa untuk aku.Mahu pun adik-adik aku yang lain.

Walaupun macam mana aku usaha dan apa saja outputnya.Aku tau,abah akan ada belakang aku dan rasa bangga dengan aku.

Apr 1, 2009

Kerja Tak Siap,Tapi Imiginasi Bukan-Bukan

Pukul 1 pagi,Hari Sabtu.

Malam jadi makin sunyi.Kesunyian itu hanya di temani tiang-tiang lampu dan bunyi bising dari kenderaan-kenderaan.Ini lah kotaraya yang tak pernah tidur.Siang dan malam adalah sama.Tetapi keindahannya tetap sama,tidak pernah pudar cantiknya walau sudah berusia beratus-ratus tahun.

Sayup-sayup dari celah-celah lampu kelihatan satu susuk badan.

Dia berhenti di belakang sebuah lorong.

Dia menyalakan sebatang rokok Malboro yang di capainya.Di hisap dalam dan di hembus kuat.Nafasnya masih tercungap-cungap.Rasa nikotin memenuhi kepala,terasa ringan.Rasa khayal itu membuatkan dia terlupa sebentar apa yang telah terjadi tadi.Dia tahu,di sini bukan destinasinya.Masih jauh lagi perjalanan harus dia tempuh.Di lorong belakang ini,dia masih terdedah dengan bahaya.

Dia juga sedar rakan-rakannya yang dia tinggalkan di belakang itu mungkin telah menerima nasib mereka.Azab seksa yang sangat perit.Namun tiada siapa suruh mereka untuk minum dan berkhayal.Dia memang sudah jangka ini akan terjadi.Nasi sudah menjadi bubur.Mujur lah dia tak terlibat sama.

'Aku sudah pesan,jangan buat ni kat luar.Tak guna' dia berdengus kepada diri sendiri.

Kini dia sendiri.Berseorangan untuk cuba mencari tempat yang sesuai untuk tidur atau sekurang-kurangnya melepaskan lelah.Dan tempat itu harus lah tempat yang selamat tanpa gangguan skinhead-skinhead yang mengejar dia tadi.

Dia juga sudah tiada sesen pun tinggal untuk pulang menaiki teksi.Perkhidmatan bas pula hanya akan bermula pada pukul 5.30 pagi.Dia ada hampir 4 jam untuk meneruskan hidup.Dia pasrah.Di belasah sepuluh orang skinhead memang bukan pilihan langsung.Dia duduk sementara memikirkan rancangan paling agung untuk menyelamatkan diri.

Tiba-tiba dalam kepekatan malam itu,kedengaran bunyi but-but Doctor Marten menghempas tar jalan.Keadaan menjadi kaget.Mereka sudah nampak dia duduk di bawah sebatang tiang lampu.

'Jangan menyerah!';tubuh kurusnya memaksa.Dia menghembus asap terakhir dan terus berlari.Puntung rokok separuh terbakar itu di balingnya ke tanah.

Dia tau,kehidupan sebegini ialah pilihan nya.

Dia tau,bahaya sebegini akan sentiasa ada dalam hidupnya.

'Biarlah' kata hatinya.Ini semua sementara;hidup selagi muda,bergembira sebelum tua.

'Ya ini hidup yang aku pilih' dia tersenyum sebelum hilang di sebalik bangunan Times Square yang masih dalam pembinaan itu.

Asap dari rokok Malboro itu masih terus menyala.Menanti saat untuk menjadi puntung,menjadi abu.

Sama seperti adat kehidupan.

Siapa Sangka.



Semua benda adalah tak dijangka.Aku suka hidup aku sekarang.Lagi sekali aku ulang,tapi lantak lah aku nak ulang lapan kali pun.

Aku suka hidup aku.

Ada mak abah,adik-adik,Hunny dan kawan-kawan dan kau semua.

Terima kasih.

Full stop.