Aug 20, 2009

Pedas Pedas

Masalah utama di sini adalah mencari makanan yang masuk dengan citarasa aku.Aku bukan lah seorang yang cerewet atau taste bukan-bukan.Cuma kadang-kadang tu,aku mahukan rasa Malaysia.Segalanya ada;pedas,masam,masin,manis,pahit.Tak perlu lah nak rasa semua tu,cukup lah kalau aku dapat jumpa masakan pedas yang mampu buat aku menangis.Tetapi kebanyakkan masakan di Middlesborough ini adalah masam dan masin.Itu saja yang aku dapat rasa sepanjang di sini.Sos cili di sini pun rasanya masam.Sudah apa hal kan?

Jadi aku dan hommies cuba mencari cara baru untuk high dengan pedas.Makanan ruji kami kalau sama-sama berkongsi duit adalah pizza.Dan setiap kali kami akan beralih dari satu kedai pizza ke satu kedai pizza yang lain.Bajet nak cari rasa pedas yang menusuk sanubari la konon-konon.Minggu lepas kami membeli satu pizza ni.Tulis kat kotak dia,pizza paling pedas dalam town.Dia punya topping pun kemain.Chilli,Jalapenos,yada yada.Memang class A lah dari segi presentation;Merah Berdarah!Tapi bila di makan,rasa macam mengulum gula-gula.Tak feel langsung.Ptuih!

Semalam aku dengan Hasnol nak cuba pizza kat satu kedai ni.Sudah seminggu kami membuat pemantauan drastik.Aweknya boleh tahan tapi pizza tak tahu apa cerita lagi.Harga pun macam biasa lah,mana-mana pizza kat England ni memang murah.Jadi kami pun order lah pizza yang paling pedas dia boleh offer.Aku pula tambah sebiji burger 1/2 pounder sebagai pencuci mulut.Kami bawa balik pizza tu dan tersangat-sangat lah terkejut apabila tengok tak ada lah gempak mana pun.Topping entah kemana-mana.Presentation memang hancus.Ni kalau nampak kat kawan aku si Anip yang kerja chef tu,mesti dia sedih tersedu-sedu.

Tapi bagaikan all hell broke loose.Rasa pizza tu pedas bagai nak mati.Hasnol semalam dah beberapa kali teguk air.Aku yang bajet jantan pun berair-air mata sebabkan pedas dan mengenangkan kampung halaman.Memang tak pernah makan pedas macam itu sekali,memang terbaik lah pizza kak long tu buat.Apa setan dia pakai tetap menjadi misteri alam.Paling tak boleh nak blah,pizza tu bukan saja buat aku menangis tetapi ia juga menyebabkan kecederaan fizikal yang serius.Entah macam mana adik kat bawah tu pun turut menerima akibatnya.Pedas tu rasa sampai ke bawah.Bukan-bukan sungguh pula aku rasa.Tapi semalam memang bahang lah dia.Panas je rasa.Sebelum aku tidur,aku pesan kat Mahdar dan Hasnol;

'Agak-agak aku jerit malam karang,kau orang tolong telefon kan NHS eh?Risau pula kot-kot berdarah tiba-tiba benda ni'

Pagi tadi aku bangun dah tak rasa bahang sangat.Ok lah sikit aku rasa,tak terseksa macam semalam.Cuma sekarang ni,dia macam bengkak.Eh kejap,tak ada masalah kot.Sebab dari azali dia memang bengkak macam itu.

Aug 17, 2009

Tidur Sebelum Lampu Buka

Apabila terkurung dalam rumah dan tanpa berbuat apa-apa semua manusia boleh jadi gila atau hampir gila.Bagi aku,aku dah gila.Tekanan yang bukan-bukan membuatkan aku terasa macam nak lompat laju-laju lepas tu shuffle.Sudah lah bahan-bahan toksik nak beli kat sini kena pakai ID.Apa pakai passport saja tak boleh ke?

Tapi dalam tekanan mental ni,aku berjaya membuatkan diri aku teringat kenangan lama.Rupa-rupanya aku pernah masuk pertandingan lakonan peringkat daerah.Hebat juga aku dulu-dulu.Jangan tak tau.Sebab tu Cinta aku selalu cakap aku ni drama queen.Memang bakat di kesan ketika muda.

Waktu tu aku baru umur dalam 16 tahun;tingkatan empat.Tiba-tiba saja aku,Izzat,Andika dan beberapa budak perempuan kelas aku kena panggil dengan Cikgu tengkuk.Yeah kami memang hebat kalau tak menghormati cikgu-cikgu ni.Nasib ilmu dia halalkan setiap kali hari guru.
Tu baru kami bagi nama Cikgu tengkuk,ada saja lagi nama-nama cikgu berasaskan organ badan yang tak boleh disebut di sini.

Di pendekkan cerita,kami dikumpulkan untuk membentuk pasukan drama untuk dipertandingkan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.Skrip asal drama tersebut adalah berbentuk drama tarian.Aku pula di pilih sebagai watak utama.Biasa lah,muda-muda dulu badan tengah sasa macam Fahrin Ahmad.

Tapi skrip terpaksa diubah memandangkan aku tidak pandai menari.Gila lah,tukar skrip tuu bukan tukar pelakon.Nampak sangat aku ni hot stuff waktu sekolah dulu.Memandangkan lagi dua minggu pertandingan tu dan skrip pula baru ditukar,kami terpaksa playsafe dengan hanya membuat pantomin.Senang nak berlatih dan senang nak kuasai.Pelakon pun tak payah nak hafal skrip.

Aku jadi watak suami yang mendera isteri,Shantanu menjadi isteri aku,Izzat menjadi doktor,adik Latifah menjadi skandal aku manakala Latifah dan Andika menjadi watak bunian.Eh bunyian-bunyian;seperti suara pelakon,pintu dan suara pokok.Setiap hari kami dipanggil berlatih dan tanpa banyak bunyi kami cuba memenuhi kriteria watak.

Pada hari pertandingan,kami tengok sekolah lain kemain sungguh persediaan dia.Dengan bendera-bendera,pasukan dikir barat,awek-awek cheerleader.Prop kami simple je.Tali pinggang dari seluar aku dan paling bercostume terhebat pun Izzat je.Tu pun sebab dia jadi doktor.Dia pakai baju makmal pinjam cakap sama kau.Walaupun kami dikenali sebagai underdog tidak berprops mahal tapi moral pasukan kami tetap utuh.

Bila saja tiba masa kami,masing-masing menunjukkan komitmen watak yang jitu.Ada satu scene tu,memang aku pukul Shantanu sampai lebam pipi dia.Tu baru aku hentak pakai tali pinggang,apa lah kalau aku guna pinggang.Mau lepak ICU lah dia.Secara purata persembahan masing-masing adalah terhebat.

Tapi masih kami tak mampu menang.Setakat nombor empat saja.Ok lah tu dari tempat kesembilan.

Selepas itu kami pun balik kepenatan.



Aug 10, 2009

Mencari Kesimpulan

Di England,tak banyak perkara untuk dibualkan kecuali cuacanya.Satu hari ia akan hujan sepanjang hari dan hari kemudiannya mungkin akan panas sampai aku nak tidur pun susah.Tempat aku takkan dilitupi salji walaupun pada musim sejuk.Aku pernah sekali je tengok salji turun,itu pun tak sampai lima belas minit.

Kebanyakkan hari,sama ada ia akan hujan ataupun panas.Aku pun dah bosan bercakap tentang cuaca di sini.Tapi apa pun aku boleh buat.Nak bercakap tentang pasukan bolasepak Middlesbrough,baru hari tu lawan Sheffield United pun seri.

Nasib lah dah nak masuk kelas bulan depan.Tak lah menderita parkinson sangat kalau bosan-bosan.

Aug 3, 2009

Raksasa

Cuaca sudah jadi makin sejuk.Aku pun mula jadi makin lapar.Ah bila je pun aku tak pernah lapar?24 jam 7 hari seminggu dok asyik lapar je.Patut lah tak kurus-kurus macam sweet 17 dulu.Setiap malam sebelum tidur,cita-cita nak berjogging tapi hampas.Semangat je lebih,dapat jumpa bantal;semangat ke mana,semua ke mana.

Tahi.

Sekarang dah nak mula balik jogging pagi aku.Sebelum puasa dan sebelum raya,aku kena fit.Sebab aku pun dah mula nak buat research paper dah.Ni asyik penat je,mood pun tak ada apa pun tak ada.Tak siap research paper memang la tak boleh balik.

Memang bye bye lah Perhentian.

Tahi.

Aug 1, 2009

Tidur Petang Lebih

Aku baru saja tengok filem V for Vendetta di tv tadi.Seperti semua yang pernah tengok cerita tu,ia melambangkan bagaimana masyarakat di Neo-Britain cuba untuk melumpuhkan sistem kerajaan yang bersifat totalitarian.Isi filem tu agak berat dengan ideologi-ideologi radikal untuk membentuk masyarakat yang lebih adil dan saksama.

Secara kebetulan pula,hari ini di Malaysia pula masyarakatnya bangun menentang ketidakadilan kerajaan.Sahutan revolusi bergema di tengah-tengah Kuala Lumpur hari ni dan tampaknya rakyat Malaysia tidak lah hanya duduk melangut apabila ditekan dan dinafikan hak sebagai masyarakat bebas.

Ramai orang mengutuk dan mengeji.Kata mereka,perkara ni tak lebih dari berunsurkan politik dan menyusahkan rakyat.Tapi kita kena ingat dan letak ini semua dalam kepala,negara kita kononnya negara yang berpegang teguh kepada demokrasi berpelembagaan.Tapi selama ni,pernah ke kerajaan kita ambil pusing apabila kita menyuarakan perkara secara aman?Dan kita kena ingat lagi satu,kita tak pernah ada kerajaan pusat lebih dari satu.Mereka saja yang kita ada sejak 52 tahun dulu.Mereka saja yang kita selalu adukan segala masalah dan hanya mereka yang tahu apa yang rakyat nak selama ni.

Bagi mengubah sesuatu,kita harus menekan dan terus menekan supaya mereka tahu,kita pilih mereka bukan untuk tidur dan bermimpi.

Tapi kasihan pula Cinta aku tak dapat pergi Sogo hari ni.Kau orang punya pasal lah semua ni.Buat polis tutup jalan je.Cuba la kau orang buat waktu malam ke?