Sep 20, 2009

Apa Aku Buat Sewaktu Hari Raya Pertama(Edisi Ucapan Atas Talian)

Seperti tajuk di atas aku buat perkara-perkara seperti ini sebentar tadi(kemaskini sehingga pukul 1.14 pagi waktu Middlesborough):

1.Telefon mak abah lepas tu komplen macam mana tak seronoknya beraya di tempat orang.Seperti biasa abah akan cakap 'tak ada apa-apa lah' lepas tu letakkan telefon.

2.Mesej cinta.Tak dibalas,tak ada kredit agaknya.

3.Lama sedikit telefon cinta.Tak diangkat.Pergi mandi kot.

4.Telefon Jiha ucapkan selamat hari raya.Aku selalu akan kacau makcik kenit ni setiap kali raya.Tak pernah miss.Gosip-gosip pasal Teha kejap pastu letak telefon.

5.Telefon Izzat.Kawan punk paling akrab dalam dunia.Cakap-cakap pasal The Strokes dan bola sikit lepas tu ucapkan selamat hari raya dan hang up.

6.Mesej Cik Ash kacau dia tidur.Berlagak-lagak plus perasan-perasan diri sendiri sendiri cute lepas tu minta diri nak tidur.

7.Telefon Teha.Tanya pasal gosip yang ditabur tadi(baca point nombor 4).Lepas tu dia cakap dia nak kahwin lagi dua minggu.Dah lah tarikh nikah sama macam harijadi aku.

Hari raya di Malaysia memang meriah.Tadi aku ada pergi majlis sambutan malam raya di rumah Abang Hafiz.Ada makan-makan sikit dan takbir raya.Simple je tapi agak menusuk jiwa sebab beraya jauh.Esok ada juga lagi gathering raya tapi aku pasti dekat tempat sendiri lagi best.

Satu lagi fun fact tentang diri sendiri,sepanjang umur 23 tahun hidup;kalau aku berada dalam sebarang hubungan,tak pernah lagi pasangan aku akan angkat telefon aku sewaktu pagi hari raya pertama.Samada ini satu sumpahan atau aku memang annoying kacau orang pagi-pagi raya.Haha!

Sep 18, 2009

Apa Ada Raya Tahun Ni?

Puasa dah hampir tamat.Tak lama lagi boleh lah aku membelek redtube.com.Lama sangat rasanya aku tinggalkan benda tu.Bertambah ceria lah sedikit hari-hari aku lepas ni.Puasa kali ni agak menduga segala kesabaran,iman atau fizikal dan mental.Tak terlepas dari ujian dari tuhan.Tapi walaupun macam mana,fizikal aku tetap berubah.Ketika kawan-kawan lain jatuh 2-3 kilogram,aku pula sibuk naik 3 kilogram.Buat penat je tahan lapar.Bertambah gemuk ada lah.Tapi nasib ibadah terjaga.

Sekarang di Middlesborough tengah di awal musim luruh.Keadaan dia sejuk sampai ke tulang.Sudah lah heater dalam bilik aku nazak,mati segan hidup tak mau.Jadi keadaan agak sejuk dan memeritkan.Beraya dalam sejuk lah aku kali ni.

Persiapan untuk hari raya aku kali ni agak sederhana.Tiada apa pun yang di beli kecuali sehelai baju Union Jack.Ya raya aku kali ni berprinsip punk-rock;moden habis!Sebenarnya aku tak ada mood untuk menyambut Aidilfitri kali ni.Ya lah,kali pertama jauh dengan keluarga dan kawan-kawan.Sejuk je lagi pulak.Rasa macam nak terajang je sesiapa yang hinggap depan mata.

Raya aku kali ni pun agak malap sebab aku dah mula sibuk dengan research dan assignment.Minggu ni saja tiga report nak tulis;dah lah sejuk,nak menghadap laptop lagi.Ketar-ketar menahan marah je aku.Dengan dua presentation lagi,memang sayu aku sambut raya.

Kali ni pun aku agak mengalami masalah wang.Bayangkan dalam tangan sekarang ni pun hanya ada sepuluh pound.Fiver karang buat topup,fiver lagi aku buat duit makan.Gila sedih raya bengkrap-bengkrap.Kalau ada kawan-kawan yang sudi,tolong lah email aku minta nombor akaun aku di sini.Nak juga aku merasa raya seperti kau orang.Tapi sekali lagi aku laki tabah,tak mudah hilang fokus dalam hidup.Kita kena cool.Nanti-nanti ada lah tu.

Kami di sini menyambut Aidilfitri dalam hari ahad.Agak awal dari kau semua yang tinggal di Malaysia.Padan muka(haha!).Aku mungkin akan berangkat ke Durham untuk sambutan raya dengan pelajar Malaysia di sana.Ya raya aku agak sayu berbanding kemeriahan yang kau orang rasa di Malaysia.Baru sekarang aku faham apa maksud Sudirman waktu dia nyanyi Dari Jauh Kupohon Maaf.

Malaysia memang rock.

Sep 11, 2009

Air Mata

Selamat 11 September 2009.Hari ni merupakan sambutan kepada kemusnahan yang semua orang tau;simbol manusia tamak.Hari ni hari yang akan sentiasa dikenang sebagai hari kesedihan.Walaupun tidak aku,tetapi masih ada manusia yang meratapi kehilangan saudara mara mereka dan kehilangan ramai nyawa manusia sebagai individu yang berhak untuk hidup.

Memang tidak ada pemenang dalam setiap konflik.Hanya darah dan air mata.Mungkin ada orang berdiri teguh mengatakan mereka menentang imperialis.Ada yang mengangkat tangan mengatakan mereka perlu untuk mempertahankan negara mereka.Tapi apa yang pasti,3,017 nyawa melayang pada tarikh ini tahun 2001 yang lalu.Hari itu juga mengubah sejarah dunia.Hilang sudah Baghdad,Kabul akhirnya di tawan.Semuanya angkara tamak dan haloba manusia.

Tiada siapa pemenang dalam setiap konflik.Hanya air mata dan darah yang akan menitis.Selain itu hanya lah bayangan kuasa manusia tamak.Tamak dari segi ideologi dan kuasa.