Jul 31, 2009

Cerobong Asap

Aku orang yang optimis.Mungkin juga seorang yang sangat sangat positif.Hidup penuh keyakinan je.Buat apa yang aku percaya dengan sepenuh hati tanpa fikirkan apa keputusannya kemudian.Serius siapa yang rapat dengan aku,akan cakap aku macam tu.

Tapi kadang-kadang tu,sempadan optimis aku dan over confident agak tipis.Ni abah aku la selalu cakap, 'Hidup jangan over confident sangat,nanti tak dapat hati kecewa'.Banyak kali juga aku macam ni.Aku berusaha bersungguh-sungguh dan mengharapkan keputusan dia juga akan sepadan dengan usaha.

Tak semua akan jadi sepadan dengan usaha kita.Kita boleh merengek,kita boleh mengharap,dan kita boleh berusaha.Tapi tak semua akan ikut kehendak kita.Aku tak pernah salahkan nasib.Kalau ada,ada lah dia.Cuma aku takkan mengalah selagi tak dapat sebarang keputusan.Tapi bagi aku tak apa lah kalau sakit hati sebab over confident atau apa-apa;sebab aku tau---kalau pun aku mati,aku tak pernah mati tanpa berusaha.

Jul 26, 2009

Buka Tin

'Puasa dah nak mai ni'.

Mak aku pesan dalam telefon hari tu.Eh pulak?

'29 ka 22 haribulan lapan agaknya' dia cakap lagi.

Eh?Selama ni aku ingat bulan sembilan baru nak mula.

Nasib mak aku cakap awal.Sebab aku tak jangka pun puasa akan datang secepat.Masa dah makin bergerak pantas.Ok lah agaknya.Bila di congak balik,ada ke rongak-rongak dalam puasa aku?Kalau tak salah dulu pernah ada empat hari.Tu pun dah macam 4 tahun lepas;sebab aku demam panas.Tapi gua dah cover baik punya.

Kali ni aku memang pasti,suasana akan jadi lain.Takkan ada lagi nugget ayam Ramly waktu sahur.Takkan ada lagi tau fu fa waktu buka puasa.Tak ada trip lima kali mak aku ketuk bilik atau tengok ada orang kena sembur air spray seterika.Aku pun tak payah nak ulang-alik ke rumah kawan-kawan buka puasa.

Puasa aku kali ni pun akan jadi lebih panjang.Sumpah dia akan jadi sangat panjang.Bayangkan di sini subuh antara pukul 2 pagi dan waktu maghrib pula di antara pukul 9.30 malam.Memang la slim melim jadinya aku nanti.

'Gila vain puasa 19 jam!' aku shout out kat ym Azim hari tu.Dia seronok lah,musim panas ni dia dekat Malaysia.Balik nak kahwin kata dia.

'Eleh kau,tu baru kat Middlesborough,cuba kau puasa dekat kutub selatan.Maunya kena puasa enam bulan terus menerus' Azim cuba buka cerita.(untuk info, klik sini,ke klik kat perkataaan klik.pandai-pandai kau lah).

Tak apa lah Azim.Nasib setahun je dekat sini.Nanti bila aku dah balik,puasa-puasa macam ni dapat pergi pasar ramadhan Gombak batu empat memang layan oh.Dia punya popia basah boleh buat orgasm.Tapi buat masa ni,kita layan buka puasa kat masjid Pakistan dulu.Dengar cerita setiap kali buka puasa,dia hidang nasi beriyani.



Jul 25, 2009

Dalam Kenangan




Sedang aku bosan-bosan melayari internet,aku mendapat berita bahawa salah seorang pengarah tempatan yang aku suka meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.Memang agak mengejutkan.Aku ada juga dengar yang dia dimasukkan ke hospital,tapi aku tak menyangka yang ia mampu meragut nyawa dia.

Aku pasti semua orang kenal kepada Yasmin Ahmad.Kerana beliau lah kita berasa gembira,sedih,dan sebagainya.Filem-filem yang di arahkan beliau adalah antara yang terbaik untuk aku.Karya-karyanya walaupun bersifat agak santai tetapi ia masih menunjukkan suasana Malaysia yang moden, 'comel',dan berani.Jauh lari dari filem-filem konvensyenal Malaysia yang lain.

Kita semua tersenyum bila kita melihat keletah Kak Yam dan kita menitiskan air mata apabila Jason terbaring diatas jalan bergelumang dengan darah.Iklan-iklan yang di arahkan beliau juga sangat menarik hati apabila banyak isu masyarakat digunakan untuk memupuk nilai-nilai murni.

Sebenarnya apabila aku berangkat ke Middlesborough,filem beliau bertajuk Muallaf sudah mula di tayangkan di Singapura tetapi malangnya atas sebab-sebab tertentu,ia tak dapat di tayangkan secepat mungkin di Malaysia.Mungkin aku akan ada peluang berikutnya untuk menonton Muallaf tapi aku takkan dapat lagi menonton buah tangan dari pengarah yang sangat aku kagumi ni.


Jul 19, 2009

Johnny Depp Pun Boleh

Sebenarnya aku dah hampir gila untuk tunggu dan menghabiskan cuti musim panas di England ni.Aku dah pergi hampir seluruh tempat di kawasan North East dan aku jangka tak akan pergi mana-mana lagi selain London.Itu pun bulan November nanti.Tengok Green Day live in concert hoi.Gila teruja ni walaupun tiket yang aku order masih tak nampak bayang.

Aku juga pernah menyuarakan pendapat aku nak menghabiskan baki cuti sekurangnya seminggu di Malaysia dekat mak aku.Tapi dia cakap,'Abah hang nak suruh merantau kat tempat orang'.Aku dah mula rasa ralat kat situ.Adik aku yang masuk PLKN tu pun mampu balik cuti,tapi aku ni sedih saja.Kenapa lah aku tak masuk University of Port Dickson je dulu,senang sikit nak balik rumah ulang-alik.

Bagi menghilangkan rasa bosan aku sempena musim panas ni,selain dari online dan bercinta;aku juga menghabiskan masa untuk menonton tv.Mujur lah rumah aku dilengkapi dengan tv kabel.Jadi tak lah vain sangat nak tengok rancangan-rancangan menarik.Softcore porn pun ada,jangan kau tak tau.Tapi jarang lah aku tengok;bukannya nampak apa pun.

Tapi walau macam mana pun,aku tetap rasa bosan di sini dan oh paling malang sekali, gua sekarang ni tengah nervous breakdown juga.Bukan sebab apa,tapi aku dah bosan duduk rumah tak buat apa-apa.

Rasa nak lepak Hakim seksyen tujuh saja sekarang ni.


Jul 13, 2009

Jul 4, 2009

Hidup Aku Untuk Aku Hidup.

Sewaktu aku kecil dulu,aku boleh di katakan antara cucu yang rapat dan paling hommies sama tok aku.Aku anak sulung mak aku,yang juga anak bongsu dalam keluarga dia.Jadi bila aku lahir,aku boleh di label sebagai cucu paling kecil dalam keluarga.Jadi secara tak langsung,aku pun turut di manjakan oleh nenek aku dan pakcik makcik aku.Gila mewah hidup gua waktu tu,apa minta semua dapat.Nasib waktu tu Proton tak keluar kereta Gen 2 lagi waktu tu.Kalau tak,mesti dah dapat.

Tapi mak abah aku tidak lah manjakan aku sangat.Mereka tegas dengan aku agar tak ada lah aku nak jadi bimbo bila dah besar macam sekarang.Walaupun macam tu,perhatian semua orang tetap terhadap aku.Sikit-sikit Syafiq,sikit-sikit Syafiq;umur lima tahun pun aku dah merasa hidup macam selebriti.Kadang-kadang tu terasa lelahnya.

Lagipun waktu tu aku sekeluarga tinggal dengan tok aku.Agaknya depa dua nak teman tok aku;sejak tok wan meninggal,dia hidup seorang.Seronok tinggal dekat kampung,tambah-tambah lagi bila tengahari.Member paling rapat aku waktu tu nama dia Asrol,dia jiran belakang.Segala aktiviti aku akan jalankan sama dia.Tapi bila aktiviti kena rotan dengan mak dia,aku tarik diri.Tak gemar sangat kena piat tu.Menyengat rasa dia.

Bila aku fikirkan balik bila aku dah besar macam sekarang,rasa tu buat aku rasa bahagia.Tapi sekarang benda tu dah hilang.Rumah tok aku dah jadi bengkel sejak dia meninggal,pakcik makcik aku semuanya makin tua,Asrol tu entah kemana,aku pun dah makin berumur dan tidak lagi di manjai.Aku agak ni lah kot pusingan kehidupan.

-------------------------------

Tak semua benda berkekalan.Dan kita yang tinggal ni,mesti jalan ke depan.Pandang ke belakang untuk buat peringatan.Memang dah adat.