Mar 31, 2009

Hey Ho!

Waktu juvana aku lah paling berharga bagi aku.Tidak lah kerana aku gembira membuat onar,tapi sebab waktu remaja banyak mengajar banyak benda;hitam atau putih.Waktu tu pun darah tengah panas,jiwa masih memberontak dan muka tetap maintain cute.

Semua lah benda aku nak cuba dan memang semua benda pun.Dalam banyak-banyak benda extreme yang aku cuba,berlagak dengan awek-awek sekolah/semester awal U di Myspace lah yang paling mendatangkan rasa yang thrill di jiwa,sebijik macam makan nasi aku cakap kau.

Tapi kata orang-orang suka menipu: Sepandai-pandai orang makan rasuah melompat,jatuh muflis juga akhirnya.

Waktu tu,aku tengah 'baik' punya hantar-hantar comment kat seorang perempuan ni.Kalau tak salah,waktu tu dia tengah bercuti semester dan boleh kata,dia akan online hari-hari.

Sebagai lelaki single ketika itu,aku layan kan saja.Muka biar macam tapir tapi hati mau peramah,itulah prinsip hidup aku.Akhir nya aku terperangkap dalam keramahan sendiri.Kalau tak salah aku,macam ni lah kot antara comment tu;

Gadis:Eh anda minat Hujan?

Ah sudah.Dia ni cakap pasal cuaca ke band?

Aku:Suka.Siap dah ada cd dia lagi lah.Haha.Bila lah nak makan cheese cake ni?Pendek aku balas sambil nak tukar topik.

Jiwa nak berontak je.Tak mau mengaku kalah.

Gadis:Oh saya pun minat sangat.Anda suka lagu apa kah?

Ok.Bila aku tengok comment tu,aku dah terus offline Myspace aku.Nasib dia tak ada IM aku.Mau aku kena kejar sampai liang lahad.Perlahan-lahan juga aku rasa hidup aku bagai nak pecah.Ego pula nampak macam terbang-terbang di tiup angin.Mana boleh orang budget underground macam aku ni boleh tak tahu band-band hips terkini kegemaran gadis-gadis.

Aku kena cari apa itu kugiran Hujan sebelum aku boleh masuk Myspace aku semula.Mungkin cd atau kaset mereka mampu memenuhi hasrat terpendam ni.

Ingat lagi,waktu tu dalam tengah tahun 2007.

Aku ingatkan benda ni semudah ABC,tapi rupa-rupanya susah.Daripada sumber-sumber dari abang-abang jual cd kat Pertama Kompleks,Hujan hanya akan jual cd di gig-gig yang depa main saja.Dan tambah memeritkan,tak ada siapa pun kawan-kawan aku kenal band Hujan waktu tu.Mana lah aku nak cari,sudah lah nak tengok Myspace Hujan takut di kesan pula nanti.

Haru-haru.

Tapi bagai dapat hidayah,aku ternampak satu flier gig di Annexxe.Dan tertera situ ada nama Hujan.Aku dah nampak hala tujuan aku.Balik rumah tu,aku telefon Izzat,ajak hommies aku sekian lama tu ikut sekali pergi sana.Dia cakap ok saja.

Hari tu hari Sabtu dan ramai gila orang kat luar Annexxe.Aku tengok masing-masing dah pakai T-Shirt Hujan.Tapi lagi ramai awek under age lah kan berbanding kelas umur yang lain.Cis rupa-rupanya selama ni aku hidup dalam kepura-puraan.Berani aku tak upgrade band kegemaran awek-awek.Marah menusuk ke dalam hati perlahan-lahan.

Masuk-masuk tempat tu,aku dah nampak apa yang aku cari.

EP Kugiran Hujan!

Aku ambil dan nak beli,serius waktu tu aku tak sedar;rupa-rupanya si penjual cd tu Noh sendiri.Aku ingatkan dia tu macam ahli band yang biasa saja.Serius muka dia tak macam penyanyi band mana-mana.Sekeping je muka.CD yang harga rm10,aku dapat rm7 saja.Kononnya tengah ada diskaun.

Waktu tu aku tak berminat pun nak ambil kisah dengan scene indie ni.Pada aku mereka ni hanya macam hip hop,dia datang dan pergi macam tu saja.Scene budak-budak sekolah aku selalu cakap.Tapi memandangkan aku dan geng dah ada situ,aku pun cuba sebaik mungkin nak berwajah indie.Mana tau,sangkut tujuh lapan girlfriend.Kami pun waktu tu masih single dan ibubapa kami pula sangat mendambakan anak menantu.Bagai menyelam minum air lah.Macam orang tua-tua selalu cakap.

Tiba-tiba,crowd yang tadi duduk melayan band-band bosan mula bangun dan bersorak.Oh waktu tu ia macam satu fenomena kot.Sebab waktu tu,memang jarang band tempatan mampu buat macam tu kecuali kumpulan Spin yang penyanyi dia nama Achik tu.Emcee tu melaungkan nama kumpulan Hujan.

And all hell breaks loose.Rupa-rupanya tak rugi petang sabtu aku.Betapa energetiknya Hujan main.Lagu-lagu dengan chord-chord yang simple buat aku cepat sangat jatuh cinta dengan kugiran tu.Patutlah ramai awek suka;tegas aku.

Semua orang bagaikan histeria.Semua melompat dan menari sampai bergegar bangunan cakap kau.Sampaikan ada pihak dari Central Market datang dan menghentikan lagu yang Hujan tengah main tu.Aku tak pasti lagu apa,tapi Hujan dalam lagu ketiga depa hari tu.Pegawai tu suruh kami semua keluar sebab segala aktiviti yang kami tengah buat tu sedang membahayakan struktur bangunan.Kau bayangkan sendiri lah macam mana punya ramai dalam tempat sekecil tu.Mau runtuh la bangunan tu,memang banyak sungguh nyawa melayang.Ramai cakap kau.

Tapi yang paling kelakar,kami hanya di halau keluar.Tak ada sebarang urine test.Sampai sekarang aku masih gelak sebab benda ni.

Jadi semua orang pasrah dan keluar pergi.Aku sama Izzat dan D-Man pun fikir macam tu.Kami cepat-cepat pergi nak mendapatkan bas pulang ke rumah.Apa yang berlaku hari tu menjadi titik tolak aku dan Izzat untuk ikut kemana saja Hujan pergi.Serius cakap.Memang menjadi kegilaan sekejap lah kat kami dua.

Malam tu,aku balik dan online aku punya Myspace.Aku balas comment yang dah dua minggu aku tinggalkan tanpa balasan tu.

Aku:Cik,saya paling suka lagu Hiba.Sedih wei.Sori lambat balas.Lama tak ada internet.

Selalu ada white lies.Cis.

Gadis:Oh seronok lah ada CD dia.Saya pun download dari internet je.

Waktu tu aku terpandang Ares aku dan aku fikir,seriously I need help.Lama sungguh aku jadi bongok.

..................................................................................................................

Video ni aku jumpa kat youtube.Memang hari kejadian dia.Cari lah aku kalau kau jumpa.Aku pakai baju warna hitam.

Mar 29, 2009

Kucing Berlari

Aku dulu paling benci untuk belajar matapelajaran matematik tambahan.Sudah lah belajar matematik pun sudah teruk,ni lagi mau belajar yang tambahan-tambahan dia.Gila tak seronok.

Dulu aku ingat lagi,setiap hari selasa kami akan ada dua masa subjek matematik tambahan sebelum balik dan subjek pendidikan jasmani sebelum rehat.Manakala dua masa sebelum subjek Add Math ialah bahasa Inggeris.

Satu hari selepas penat berpendidikan jasmani,ketua gengster kami Aladdin rasa malas gila nak pergi kelas Add Math.Alasan dia nak pergi tuisyen awal.Dia cakap alang-alang dah buang baju sekolah,apa kata terus balik saja.Nanti leceh nak pakai baju sekolah pergi tuisyen.

Apa significant nak pergi tuisyen pagi-pagi aku pun tak tau.Setau aku kedai mesin kuda buka la pagi-pagi macam tu.

Dia ajak lapan-lapan setan kelas lima Beta suruh follow dia ponteng.Aku tak dapat pergi sebab waktu rehat aku kena bertugas.

Lupa cakap,aku dulu pengawas.

Jadi berambus lah tujuh-tujuh ekor tu panjat pagar.Si Johanes Kumar pun nak panjat pagar juga.Tak padan badan besar macam Undertaker.Nasib tembok tu tak roboh.

Alamatnya bertugas seorang lah aku rehat ni,aku dah berkira-kira.Sebelum diorang pergi,Aladdin dah pesan suruh aku kautim sama Wei Suh,amoi ketua kelas aku.

Aku pun buat lah apa yang Aladdin suruh.Cakap kat Wei Suh semua.Dan paling memeritkan aku kena masuk kelas Add Math sorang-sorang.Sebagai seekor antara lapan ekor setan kat kelas tu,seperti biasa aku jadi easy target.Setakat nak buat fungsi,persamaan linear,pengamiran,vektor memang lah aku tak reti!

Hanya tuhan saja tau macam mana seksa kat depan papan hitam tu.

.....................................................................................

Ingat lagi,pagi besoknya tu tenang saja.Serius tenang.Langit biru,burung-burung berkicauan riang.Miss Maha tak habis puji-puji aku(seperti biasa).Si Scary Dalila pula tak datang sekolah dan secara tak langsung tak mengacau aku.Bendera sekolah pun aku ikat sekali nafas saja.Oh rasa syurga.

Rupa-rupanya itu merupakan petanda paling terhebat dalam karier aku sebagai pengawas.Dalam kelas bahasa Inggeris awal pagi tu,tiba-tiba saja nama tujuh-tujuh setan tu di panggil dengan Mr. Bathianathan.

Lepas tu seorang-seorang di panggil ke depan dan di lempang.Aladdin,Azman,Nazmir,Kamal Nathan,Johannes,Nazir.Semuanya kena lempang tanpa belas kasihan.Muka sekor-sekor pula nak macam tapir je.

Rupa-rupanya amoi tu report kat Mr. Bathianathan yang diorang sengaja ponteng kelas semalam.Plan dah backfire.Nasib dia tak petik nama aku.Kalau tak memang habis lah imej good boy aku di sisi masyarakat.Fuh.

Lepas kejadian tu, sebulan juga lah kena pulau dengan geng-geng tu.Gila betul.Hari-hari kena black mail.Terasa macam Karpal Singh pun ada.Tapi bukan salah aku pun.Si Wei Suh tu yang sebenarnya bersalah dan depa pun tau.


Cuma aku tak pakai skirt sama stokin panjang,aku di sisihkan.

Kesian.

Mar 27, 2009

Kau

Senyum lah cinta,
Kerana itu semangatku,
Walau pun untuk selama-selamanya,
Aku akan tetap tersenyum bersamamu,

Jangan kau bimbang sayang,
Ia hanya untuk sementara,
Biarpun segala nya mendatang,
Aku ada untuk kau demi segalanya,

Cuba untuk senyum sekali lagi,
Kerana bibir mu cantik bak matahari,
Biarpun orang datang dan pergi,
Aku akan bersamamu sampai mati,

Mar 25, 2009

Kelakar Je.

Aku dah delete akaun friendster aku.Tapi ada pula blog lama aku lagi situ.

Coolio.

Eva dan Dani

Apa kata kita biarkan semuanya.

Biarkan Sid Vicious yang mati sebab pengambilan heroin berlebihan di New York City.

Dan jom kita biarkan Ian Curtis yang gantung diri dalam dapur rumah dia di Macclesfield.

Mereka sudah pilih bagaimana hidup mereka yang sepatutnya.Biarkan mereka mati dengan aman sekurang-kurangnya.Pegang saja prinsip Live and Let Live.

Hidup aku lagi selesa dari mereka.Kalau pun tidak,mungkin lebih selamat.Bukan kerana aku sudah tak berani lagi untuk hidup secara radikal,tapi hidup dah semakin nampak tujuan dia.

Hidup dah semakin bermakna.Jadi apa kata kita ambil peluang ni dan hidup secara minima.

Sumpah aku suka hidup aku sekarang.

Muah sikit.

Apa.

Emosi sekarang ni banyak terganggu sikit.Sejak aku dah habis baca buku Touching From A Distance hari tu,banyak deria aku kacau.Hampir jadi paranoia.Tapi aku masih pegang pada jalan yang benar.

Cuaca sejuk dan malap setiap hari buat aku makin rindu dekat kehidupan lama di Malaysia.Serius rindu.Tambah-tambah lagi semua yang aku sayang ada di sana.Mak abah keluarga,Hunny,kawan-kawan semua.

Lepas tu buat pula aku download filem Control.Walaupun dah macam 3 kali dah tengok tahun lepas tapi benda ni tetap kacau hidup aku.Masih bagi impak yang sama pada aku.

Lepas balik Malaysia nanti aku ingat nak ajak Izzat jam lagu Love Will Tear Us Apart lah seround dua.Kot-kot dia ada masa terluang.

Mar 23, 2009

Kuasa Google



Aku ingat lagu ni la lagu first yang meng into kan aku dalam scene indie tempatan.Bukan OAG macam sesetengah orang ingat.

Tapi kasihan,depa tak famous dengan lagu ni.Korang mungkin akan lebih mengenali mereka dengan lagu Warkah kot.

Mar 20, 2009

Mana Dia Anak Kambing Saya

Ish dah lama si Ain Najiha tak online.

Rindu dia lah.Sesiapa kenal dia tolong cakap aku rindu dia.

Suruh dia top up nombor hand set aku sekali.Terima kasih.

Rindu Bawah Tanah Malaysia



Bunkface sihat?

Mimpi Kelakar

Hari tu kami ramai-ramai ke Stokcton.Ke rumah Cik Zahra.

'Selamat datang ke rumah yang berharga 2500 pound sterling' dia cakap.

Sebenarnya di United Kingdom,25oo pound ialah agak mahal bagi sebuah rumah sewa.Rumah aku pun sebulan tak capai 600 pound.

Rupa-rupanya bila di korek rahsia oleh Amin,tau lah rupa-rupanya rumah tu jadi 2500 pound sebab penggunaan elektrik yang tinggi oleh tuan rumah sebelum ni.Aku dan Mahda dah pandang sesama sendiri.Mampus aku cakap kat dia.Rumah kami pun tak tukar nama lagi.Mau tuan rumah dulu guna elektrik sampai lapan ratus juta billion pound macam mana?Mau tergadai body.Ahh tak sanggup mak.

Jadi tadi baru lah bermula nya misi kami menukar bil elektrik kepada nama kami.Setelah dua minggu kami balik dari Stockton.Gila pelupa kami berdua.Sambil ber IM dengan Hunny kejap tadi,aku google penyedia perkhidmatan elektrik di United Kingdom.

Ada lapan belas.

Gila.

Dah la tak ada sebarang bil kat sini yang menunjukkan yang mana satu syarikat yang salurkan elektrik kat rumah ni.

Oh agak-agak berapa banyak lah kosong dalam lapan ratus juta billion pound tu kan?

Eh Nak Rambut Macam Dia Boleh?



Ahh kisah apa rambut aku kerinting.

Angin Sejuk

Jiha semalam telefon aku dan cakap,

'I want to tell everybody how sluggish and bad you are before i met you and it was me who changed you to be a real man.And I really hate you'

And it did not happen.Dia tak buat pun.

Apa yang aku dapat hanya lah betapa aku dah lupa dia dan janji-janji aku aku kat dia sebelum aku datang sini kat facebook aku.Tapi dia memang tulis situ yang dia benci aku.Aku tau dia tipu.

Aku tak pernah lupa,cuma dia yang tak pernah balas mesej aku.Aku tau budak tu memang sengaja tak balas.Tapi aku tak marah dia pun.Aku tau dia tak pernah kisah nak balas.

Dan hari ni pertama kali aku rasa sangat muda.Aku berjaya faham konsep facebook sepenuhnya setelah setahun.Terima kasih pada Hunny.

Tepuk tepuk.

Mar 18, 2009

Neon

Perkara yang aku harus sesuaikan diri selain cuaca sejuk kat Middlesbrough ni ialah bahasa.Memang lah Bahasa Inggeris adalah bahasa utama di sini tapi orang tak bercakap macam apa yang kau belajar dalam kelas kat sekolah kau dulu.

Depa cakap lagu lain sikit.

Ala kalau kau banyak tengok tv.Kau pun tau macam mana slang orang-orang kat sini kan?

Kadang-kadang tu,aku boleh jadi gila hanya sebab nak beli groceries.Paling teruk slang dia ni tak lain dan tak bukan merupakan abang dekat satu kedai fish and chips ni.Ingat lagi waktu aku awal-awal aku kat sini.Setiap kali aku tak paham dan hanya menggeleng untuk jawab setiap pertanyaan dia,mesti dia akan letak fish sauce dalam fish and chips aku.Terus rasa tak sedap fish and chips aku.Macam minum air rendaman stokin sendiri rasa dia.Tapi aku tak suruh kau semua cuba pula,budget nak rasa susah macam aku la tu.Takde ertinya de.

Jadi aku terpaksa belajar untuk bercakap dan faham slang native speakers kat sini.Kalau tak,memang ber fish sauce lah fish and chips aku setiap masa.

Makanan motivasi terbaik juga kadang-kadang kau tau.

Mar 16, 2009

Bila Semua Deria Gagal



Dulu awal umur 17 an aku dengar dan hafal lagu ni.Tapi sekarang bila aku sudah capai umur 18 an,aku dah lupa lagu ni tapi aku dah faham pula maksud dia.

Masuk Lah Pintu Tak Kunci

Aku benci betis aku.

Serius.

Bukan lah aku benci sampai tahap aku nak mencabutnya lalu buang kat muka kau.Cuma aku tak berapa suka rekabentuk betis aku.Tak semantap kereta Gen-2 CPS.Macam batang pokok balak.

Aku ada nampak beberapa jeans yang menarik kat sini.Murah dan bermutu tinggi.Tapi malangnya cita-cita aku terbantut kerana betis yang maha besar ni.

Pernah sekali kena perli dengan Hunny bila aku mengadu pasal aku nak beli skinny jeans kat sini.

'Kalau kat Malaysia tak muat,budget kat UK muat ke?'

Yeah aku benci betis aku.

Sat lagi nak makan makanan berkhasiat sikit lah.Baru lah betis kita akan jadi sihat dan bersinar.

Mar 15, 2009

Bagaimana Iklan Mempengaruhi Anda

Sos Tomato

Kalau setiap kali aku telefon mak abah dan Hunny,pasti diorang hanya akan dengar aku merepek tentang betapa sejuknya iklim kat sini.Aku benci keadaan cuaca di sini.Serius.Setiap pagi aku akan melawan dengan ketar-ketar badan.

Mak dan abah akan suruh pakai baju tebal sikit.Hunny pula akan suruh banyak sabar.

Harap-harap menjelang musim bunga semua benda akan kembali normal.Kalau pun tidak mampu jadi sepanas Cheras,jadi panas macam kepala Kuhendran bila aku sepuk kepala dia pun jadi lah.Tapi serius,kepala dia memang panas.Tambah-tambah bila kena pelempang.

Memang ajaib bila aku kurang kompelin tentang bagaimana aku kena buat kerja rumah sendiri,basuh baju sendiri, malah kena masak makanan sendiri.Mungkin aku dah mula pandai berdikari agaknya.

Well, I am a grown man,I guess.Macam orang-orang Sparta.

Awuu!!!

Watchmen

Aku dan Hunny sudah lama nak menonton Watchmen bersama.Tengok pada semangat dan cahaya kat mata dia,aku tau dia sangat-sangat tunggu filem ni.Boleh lah nak kata sebagai filem yang dia tunggu untuk tahun 2009.

Tapi kami masing-masing tau,konteks 'tengok bersama' tu takkan terjadi.Aku harus pergi untuk sebentar.Jadi kami masing-masing berjanji nak tengok pada hari yang;yang mana hari tu ialah hari ni.Agak lambat,tetapi sebab masing-masing sibuk--kami tabahkan hati untuk cuba tengok pada hari yang sama juga.

Ok.Tu saja aku nak cakap.Hunny dah pergi tengok Watchmen waktu aku tidur tadi.Sekarang aku pula nak pergi tengok sementara dia tengah tidur ni.

Dia dah cakap sikit-sikit pasal filem tu.Dan dari suara dia yang ceria tadi,aku tau 5 pound aku hari ni takkan di sia-siakan.

Mar 14, 2009

Waktu Kecil Kita Memang Foolish Dan Comel

Tengah Hari Juara-Juara

Hari ni aku merantau keluar;keluar dari Teesside.Dunia aku sepanjang 2 minggu berada di sini.

Aku pergi ke Stockton.

Tak sangka,Stockston lagi sejuk dari Middlebrough.Serius sejuk.Mungkin sebab tempat tu dekat dengan laut dan musim sejuk pun masih lagi di penghujung.

Dalam sejuk-sejuk tu,Amin buka cerita yang mak dia dah berjumpa dengan girlfriend dia pula.Galak sungguh dia bercerita.Sudah lah dia dapat balik Malaysia musim panas ni.

Ahh aku pun nak balik jumpa mak abah sama Hunny juga.Tapi aku ada masalah sikit.Tak banyak,sikit saja tapi agak menganggu.

Dan dia tak berhenti cakap pasal benda tu dengan aku.Dia tau benda besar macam ni yang boleh buat aku jadi lemah.Tapi aku senyum,tak mau konflik-konflik ni.Aku dah janji kena sentiasa positif.

Memang tak ada benda yang mampu halang dia bercakap pasal benda ni.

Aku pun ingat macam tu.

Tapi rupa-rupanya tengah hari tadi,sewaktu Dossena menyumbat gol keempat Liverpool; dia menikus.Laa peminat Manchester United rupanya.

Aman hidup aku.

Fuh~

Seterika Hangit

Kehidupan sini tak ada banyak yang boleh aku buat.Serius cakap,tinggal di Middlebrough ni boleh mematikan otak.Setiap hari,segala aktiviti akan berhenti pada jam lima petang.Semua kedai dan pejabat akan di tutup.Baki yang tinggal hanya kedai-kedai Fish and Chips dan kedai serbaneka.

Sudah lah rancangan tv dia penuh dengan rancangan bual bicara dan rancangan-rancangan ilmiah.Konstruktif-konstruktif macam ni mana kena dengan jiwa aku yang hanya inginkan belaian romantik.

Tapi mujur lah aku dan Mahdar cepat-cepat beli saluran tv kabel.Tak la malam-malam kami di sia-sia dengan membina tahi mata.Macam-macam channel ada.Mau makan dekat 90 juga lah.Ingat lagi,bila dia datang tengah hari semalam mata Mahdar bersinar.

Tapi malam tu,dia dah tak berapa nak bersinar sangat.Monyok je lebih.

'Kenapa lah Playboy Tv ni kena bayar beb?Aku ingat masuk dalam pakej hari tu' dia sound aku.

'Haram haram' jawab aku sambil klik channel 475.Mana tau ada free preview.

Mar 13, 2009

Setelah Dua Minggu

Hidup jauh dari keluarga,Hunny dan kawan-kawan memang perit dan susah.Aku ingat lagi,hari-hari awal aku kat Middlebrough ni aku kena cirit birit yang super teruk.Hanya tuhan yang tau macam mana rasa bila perut aku menjerit.

Tapi aku tau aku indestructable,aku ada mak dan abah yang tak henti-henti mendoakan aku.Malah Hunny aku pun seorang yang sangat-sangat memberi sokongan.

Jadi apa barang sakit sikit nak menangis kan?

Tak crocodile hunter lah.

Kami The Ting Tings


Rindu Aku?

Aku sudah kembali yo.

Mar 2, 2009

Hak Hak

Aku dah selamat kat sini.Ni merupakan kali pertama aku pegang internet.Hubungan kepada dunia luar.

Sini sejuk.Percaya lah.

Itu saja kot nak cakap.

Oh ni aku pinjam internet orang.Jadi tak payah lah nak kreatif-kreatif sangat.

Aku akan kembali dalam masa dua minggu dari sekarang.

Tunggu tau.

Oh aku rindu Hunny dan keluarga aku.

Nanti jumpa lagi ok.